script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mayat Pemancing Selamatkan Keluarga Dari Lemas Di Temui !


KUALA TERENGGANU: Setelah pelbagai usaha dilakukan, akhirnya mayat pemancing yang hilang ketika menyelamatkan 4 mangsa kenderaan pacuan 4 roda yang terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan Jumaat lepas, ditemukan kira-kira pukul 7.24 pagi ini.
Mayat Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, dijumpai oleh orang awam dalam keadaan terapung di kawasan muka kuala Tanjung, Sungai Terengganu iaitu kira-kira 2.5km dari lokasi kejadian.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Sharikan Bustaman berkata, mayat mangsa dinaikkan oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bomba.
“Keluarga mangsa telah melakukan pengecaman dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.
“Dengan penemuan ini operasi dan pusat kawalan operasi SAR ditutup secara rasmi pada 8.30 pagi,” katanya ketika ditemui.
Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, Abdul Bari Asyraf yang ketika itu sedang memancing bersama rakannya, terjun ke dalam muara sungai selepas melihat kereta pacuan 4 roda itu terjunam.
Selain beliau, 4 lagi orang awam turut melakukan perbuatan sama bagi menyelamatkan 4 beranak di dalam kereta terbabit. Empat sekeluarga itu bagaimanapun selamat dan dihantar ke HSNZ untuk rawatan.
Operasi SAR juga membabitkan orang awam, malah ia menarik perhatian pemimpin kerajaan negeri hingga menganjurkan solat hajat malam tadi sebagai antara usaha pencarian. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.