script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Polis: Peniaga Kerugian RM28,600 Di Tipu Kenalan Facebook !


KUANTAN - Seorang peniaga kerugian RM28,600 selepas diperdayakan kenalan laman sosial Facebook yang dikenalinya awal tahun ini. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa yang berusia 42 tahun mendakwa wang itu adalah bayaran pemprosesan bagi mendapatkan hadiah kiriman lelaki tersebut.

"Mangsa mendakwa suspek yang dikatakan seorang jurutera di Scotland telah mengirimkan pelbagai barangan terdiri daripada barang kemas, wang tunai dan telefon bimbit sebagai tanda penghargaan persahabatan mereka.

"Dia diminta membuat bayaran terlebih dahulu kononnya kepada pihak Kastam sebelum boleh mendapatkan barangan tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Wazir menambah, mangsa mendakwa telah membuat bayaran itu secara berperingkat sebanyak 11 kali bermula 11 Februari sehingga Jumaat lepas.

Mangsa bagaimanapun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuantan semalam, selepas merasakan dirinya ditipu kerana masih tidak menerima barangan yang dijanjikan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.