script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Polis Dakwa Siti Masitah Telah Dipukul Objek Tumpul Di Kepala


KUANTAN - Dendam dan marah dengan keluarga Siti Masitah Ibrahim, 11, dipercayai menjadi punca kanak-kanak perempuan berkenaan dibunuh oleh suspek yang dikenali mereka.

Kanak-kanak berketurunan Kemboja berkenaan dipercayai dipukul dengan objek tumpul di bahagian kepala oleh suspek berusia 23 tahun pada hari dia dilaporkan hilang pada 30 Januari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Othman Nayan berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan hari ini mendapati terdapat tiga kecederaan di rahang kiri, bahagian atas tengkorak sebelah kiri belakang kepala mangsa.

"Hasil pengakuan awal suspek, polis telah merampas senjata kayu yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk memukul mangsa.

"Motif kejadian adalah dipercayai kerana dendam atau marah terhadap keluarga mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Siti Masitah dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Medang Hilir di Pekan dekat sini untuk ke kedai dengan menunggang basikal kira-kira pukul 5 petang 30 Januari lalu.

Mayat anak ketiga daripada empat beradik itu ditemukan kira-kira pukul 4 petang kelmarin oleh penduduk kampung yang memburu ayam hutan di dalam semak bersebelahan sebuah ladang kelapa sawit di Tanjung Medang Kemahang, kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.

Othman bagaimanapun tidak menjelaskan punca yang menyebabkan suspek berdendam dengan keluarga mangsa.

Kata beliau, suspek yang merupakan warganegara Kemboja adalah kenalan kepada keluarga mangsa dan mereka tinggal sekampung. 

Hasil soal siasat, kata beliau, suspek pada awalnya tidak membuat pengakuan berkenaan kehilangan mangsa namun akhirnya mendedahkan penglibatan dirinya berkaitan kehilangan kanak-kanak berkenaan.

"Polis menafikan penularan berita yang tidak berasas bahawa terdapat organ-organ badan mayat berkenaan yang hilang  yang kononnya dikaitkan dengan aktiviti penjualan organ manusia. 

"Polis tidak menolak kemungkinan keadaan mayat yang tidak sempurna boleh diakibatkan oleh haiwan liar dan faktor mayat terdedah dalam tempoh masa yang panjang," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.