Cuaca panas di daerah ini sejak hujung Januari lalu menyebabkan kawasan tersebut kering dan mudah terdedah kepada kebakaran.
Bagaimanapun, punca sebenar yang menyebabkan kebakaran tersebut masih dalam siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang.
Timbalan Pengarah JBPM Pahang, Mohd. Sani Harul berkata, kebakaran melibatkan 70 peratus daripada keluasan hutan tersebut.
"Setakat ini (lewat petang hari ini), kira-kira 10 peratus kawasan kebakaran telah dapat dikawal," ujar beliau menerusi kenyataan kepada pemberita di sini.
Menurut beliau, pihaknya menerima aduan awam berhubung kejadian kebakaran di hutan tersebut pada pukul 2.28 petang.
Ujar beliau lagi, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng telah ditugaskan untuk memadam kebakaran tersebut. #sumber







Tiada ulasan:
Catat Ulasan