script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Harga Runcit RON95 dan RON97 Dinaikkan Sebanyak 10 Sen


PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing dinaikkan sebanyak 10 sen seliter bermula 12 tengah malam ini hingga 1 Mac depan. 

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit RON95 dinaikkan kepada RM2.08 berbanding RM1.98 seliter sebelum ini dan RON97 dinaikkan kepada RM2.38 seliter daripada RM2.28.

"Harga diesel dikekalkan pada paras  RM2.18 untuk tempoh sama berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM) bagi penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan," katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, peningkatan harga runcit petrol RON95 didorong oleh faktor peningkatan purata kos produk diproses di pasaran dunia berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada 
AS$63.11 (RM257.17) setong kepada AS$66.91 (RM272.66) setong.

Katanya, kos purata produk diproses bagi produk diesel turut meningkat secara ketara iaitu daripada AS$74.38 (RM303.09) setong kepada AS$79.11 (RM322.34) setong.

"Sepatutnya harga runcit diesel adalah sebanyak RM2.33 seliter.

"Namun, selaras dengan janji kerajaan untuk menstabilkan harga runcit diesel sekiranya harga sebenar pasaran adalah lebih tinggi daripada paras ditetapkan, maka harga runcit diesel terus dikekalkan untuk tempoh berkenaan," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.