script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Polis Siasat Tiga Lelaki Buat Ugutan Tentang Kes Hina Agong


KUANTAN - Polis di sini semalam menahan dua lelaki berusia 32 dan 36 tahun kerana melakukan ugutan jenayah terhadap seorang lelaki yang memuat naik komen jelik terhadap Yang Di-Pertuan Agong.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Nor Yusof Ali berkata, polis turut melakukan siasatan ke atas lelaki berusia 45 tahun berkenaan berhubung komen yang dimuat naik di laman Facebook kelmarin.

"Pada 31 Januari kira-kira pukul 4 petang, pengadu melayari Facebook dan telah menulis komen  'Muka mcm end of the world'.

"Selang beberapa minit, pengadu mendapati banyak pengguna Facebook memberi reaksi kurang senang terhadap komen tersebut.

"Apabila diperiksa, pengadu dapati komen 'Muka mcm end of the world' itu berada di ruang sembang yang tertera gambar Yang Di-Pertuan Agong," katanya menerusi kenyataan kepada pemberita.

Tambah beliau lagi, lelaki berkenaan kemudian bertindak memadam komen tersebut pada hari yang sama selepas dikecam pengguna Facebook.

"Bagaimanapun, pada kira-kira pukul 4.30 petang esoknya (semalam), dua lelaki datang ke kedainya dan berlaku pertengkaran serta diajak bergaduh disebabkan komen tersebut di Facebook.

"Pengadu membuat laporan polis dan dua lelaki tersebut telah ditangkap untuk disiasat. Berhubung komen tersebut di Facebook, polis juga sedang melakukan siasatan," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.