script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

NGO Pahang Ikrar Pertahankan Institusi Raja Daripada Di Hina


KUANTAN - Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pahang bertekad terus mempertahankan institusi diraja daripada dihina pihak tidak bertanggungjawab.

Jurucakap gabungan itu, Muhammad Faiz Hashim berkata, kejadian seperti penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah tidak akan berlaku jika seluruh rakyat memahami kontrak sosial di negara ini.

"Selama ini pun tidak ada mana-mana kaum yang ditindas di negara ini kerana inilah kontrak sosial yang telah dipersetujui dan merupakan resepi terbaik kita hidup aman dan damai.

"Jadi, kami Gabungan NGO Pahang yang terdiri daripada semua kaum hari ini berkumpul bagi menzahirkan taat setia kepada Sultan Pahang dan semua raja-raja Melayu sebagai mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Gabungan NGO Pahang terdiri daripada 40 NGO di seluruh negeri ini antaranya, Pertubuhan Anak Kelahiran Pahang (PAKP); Pertubuhan Kebajikan Melayu Bersatu Pahang; Pertubuhan Kebajikan Satu Kumpulan (One Group Global) Pahang; Pertubuhan Belia Inovasi; Pertubuhan Keris Semenanjung Cawangan Pahang dan dan Kelab Anak Muda Indera Mahkota (KAMI).

Exco Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Chong Choon Hau berkata, rakyat negara ini perlu menghayati Rukun Negara yang mengandungi prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai kenegaraan dan norma sosial dalam usaha mengukuhkan semula perpaduan antara kaum.

Katanya, pemahaman mendalam perlu kerana asas-asas dalam Rukun Negara meliputi aspek keagamaan, kebudayaan, ekonomi, politik dan perundangan. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.