script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kes Hina Agong: Tiga Lagi NGO Buat Laporan Polis Di Maran



CHENOR - Tercabar dengan sikap biadab seorang pengguna laman Facebook, tiga NGO telah membuat laporan polis berkaitan penghinaan terhadap Yang Dipertuan Agong ke-16, Al Sultan Abdullah Riayatuddin A Mustafa Billah Shah ibni Sultan Ahmad Shah di sini, semalam.


NGO tersebut ialah Club Tourism Chenor (CTC), Galeri pelancongan dan Persatuan Chenor Di Hati.




Pengerusi CTC, Datuk Mohamed Arifin Awang Ismail berkata, ketiga-tiga NGO tersebut membuat laporan itu tanpa ada paksaan dan desakan mana-mana pihak terhadap individu yang menggunakan nama Desmond Yongkor yang telah memuat naik kenyataan biadab mencerca Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari 2019.

“Tindakannya bukan sahaja menghina baginda dan Paduka Ayahanda Tuanku tetapi menghina dan mencabar Perlembagaan Negara dan institusi-institusi Beraja, di mana Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara dan Ketua Agama Islam.

“Baginda adalah mercu kuasa dan kedaulatan; tempat sekalian rakyat menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi.

“Kata-kata pengguna laman Facebook tersebut amat mengguris hati umat Islam dan bangsa Melayu. Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk mendesak kerajaan dan pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas menangkap dan menghukum berat terhadap beliau atau sesiapa juga individu yang menghina dan meremehkan Perlembagaan negara dan institusi beraja, seperti undang-undang yang diamalkan di negara Thailand, agar menjadi teladan dan tidak diulang lagi,” tegasnya. #sumber


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.