KUALA LUMPUR, 14 Dis - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Melayu (M) Berhad membayar ganti rugi am sebanyak RM50,000 kepada Pengerusi DAP Karpal Singh kerana menerbitkan artikel berbaur fitnah terhadapnya.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad turut mengarahkan Utusan Melayu membayar kos sebanyak RM20,000 kepada Karpal yang diwakili peguam Ramkarpal Singh. Beliau bagaimanapun tidak memberikan ganti rugi teladan dan teruk kepada peguam veteran itu.
Dalam penghakimannya, Nik Hasmat berkata artikel yang disiarkan di muka depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 25 Ogos 2008 bertajuk "DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu", adalah dengan jelas memfitnah terhadap plaintif.
Nik Hasmat berkata artikel itu merupakan satu kewartawanan cuai dan tidak wajar kerana diterbitkan sebelum pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Beliau berkata, defendan juga mengakui tidak menghadiri Kongres Kebangsaan DAP ke-15 pada Ogos 2008 dan tidak memastikan kebenaran penulisan artikelnya daripada plaintif berhubung ucapan Karpal pada kongres berkenaan.
Mahkamah bagaimanapun mengambil kira faktor mitigasi yang dikemukakan oleh defendan iaitu menarik balik dan permohonan maaf di muka surat hadapan akhbar tersebut dalam masa 24 jam.
Karpal Singh, yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor, memfailkan saman tersebut pada 19 September 2008.
Utusan Melayu telah diwakili peguam B. Mohana Kumar.
[Akhirnya akhbar perosak fikiran rakyat, Utusan Meloya menerima hukuman lagi atas dosa-dosa yang terpaksa dilakukan bagi menjaga reputasi tuannya "UMNO". Utusan bakal terus bankrap seperti "Restoran Sekinchan Ikan Bakar" jika melakukan amalan tidak profesional dengan menfitnah pemimpin pembangkang setiap hari sebagai agendanya. Ternyata Utusan tidak wajar menjadi ahkbar "Penyebar Fikiran Rakyat" kerana minda rakyat Malaysia terus punah dibuatnya dengan laporan berita yang jelas tidak bersandarkan kebenaran. Utusan bakal tinggal "kain kapan" seandainya terus memutar belitkan fakta terutamanya menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Rakyat sudah benci dan muak dengan Utusan terutamanya bila mereka sanggup dilacurkan dengan menyiarkan gambar dan cerita lucah di muka depan akhbar itu dulu. Ternyata, Utusan kini dianggap sebagai "warta sampah" oleh rakyat Malaysia akibat dari kerakusan pihak berkenaan mahu menjaga politik mereka yang sudah ditolak oleh rakyat. Justeru rakyat perlu bangkit untuk menghilangkan keegoaan akhbar tersebut PRU-13 ini].







Bayor je la bang oi.. jgn terlepas cakap! lain kali udah le ye yeop.. Mintak maaf mmg mudah tapi kene pikir jg sebelum menulis.. jgn nk sensasi je lebih.
BalasPadam