script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Gagal Patuhi Syarat, NGO Solidariti Hijau Desak MITI Batal Atau Tangguh Lesen Operasi Sementara Lynas

KUALA LUMPUR, 13 Dis -  NGO Solidariti Hijau hari ini mendesak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membatalkan atau sekurang-kurangnya menangguhkan Lesen Operasi Sementara (TOL) yang diberikan kepada syarikat pemprosesan nadir bumi, Lynas. Desakan tersebut kerana Lynas tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam TOL dan tidak dipersetujui penduduk Balok yang merupakan penduduk paling hampir dengan kilang Lynas iaitu lima kilometer. Pengerusi Solidariti Hijau, Zulkefly Mohamad Omar (foto) berkata, empat pelan tersebut tidak diserahkan kepada kerajaan sebelum TOL diluluskan. "Meletakkan syarat-syarat tersebut hanya selepas kelulusan TOL diberikan seolah-olah kerajaan tidak mengguna pakai pendekatan pencegahan serta mengabaikan 'potenctial concern' yang mungkin berlaku jika 'adequate mitigation' tidak dilaksanakan sebelum mulanya operasi kilang Lynas," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada wakil MITI di Kompleks Kerajaan Jalan Duta, dekat sini. Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Malaysia (AELB) mengeluarkan TOL bagi Lynas pada 5 September lalu walaupun mendapat bantahan meluas. Solidariti Hijau yang mewakili 80 NGO menegaskan, kerajaan harus menangguhkan TOL tersebut dan melaksanakan konsultansi dengan penduduk Balok. "Masih ramai penduduk yang tidak memahami bagaimana proses pengurusan sisa buangan itu dilakukan. "Solidari Hijau mencadangkan agar proses itu dibentangkan secara terperinci kepada penduduk Balok khususnya," katanya. Selain itu, Solidariti juga menuntut 100 peratus residu yang dihasilkan dihantar kembali ke Australia tanpa perlu memberi pilihan kepada Lynas untuk menghasilkan pelan kitar semula. Pada Julai tahun lalu, Zulkefly yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat pernah menghantar memorandum membantah kelulusan TOL Lynas kepada MITI. Kelulusan TOL memerlukan Lynas memenuhi beberapa keperluan yang ditetapkan, antaranya iaitu Pelan hasil penyelidikan (R&D) berkaitan hasil kitar semula residu WLP.  Pelan tindakan Kecemasan (Emergency Response Plan) untuk mengawal penyebaran debu ke udara dan alam sekitar.  Pelan dan lokasi bagi Kemudahan Pelupusan Tetap (PDF) dan Pengurusan Sisa Buangan atau Waste Management Plan. Pendekatan 'innovatif' yang dicadangkan Lynas menukar sisa buangan kepada produk biasa yang boleh digunakan oleh industri dalam dan luar negara.


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Yakin BN Dapat Pertahankan Negeri Melaka, Gerak Kerja Jentera Kempen Kalangan Anak Muda Kini Semakin Mantap

MELAKA : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) dapat mempertahankan kemenang...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.