KUALA LUMPUR, 10 Dis - Kerajaan Persekutuan menegaskan pendirian bahawa syarikat Lynas Corporation Australia perlu mengeksport sisa yang terhasil daripada loji di Gebeng untuk memenuhi syarat lesen pengendalian sementaranya (TOL). Empat menteri kabinet dalam satu kenyataan bersama hari ini menyatakan bahawa TOL itu boleh digantung atau dibatalkkan sekiranya syarat berkenaan tidak dipatuhi. "TOL yang dikeluarkan kepada Lynas menetapkan syarat khusus bahawa syarikat Lynas perlu menghantar keluar dari Malaysia semua residu yang dihasilkan oleh LAMP. "Ini termasuk semua produk yang diperbuat daripada residu tersebut. Dalam hal ini, kabinet juga memperakukan syarat khusus tersebut. "Sekiranya Lynas gagal mematuhi syarat khusus ini, Lembaga Pelesenan Atom mempunyai kuasa bawah Seksyen 22 Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) untuk menggantung atau membatalkan TOL dan memerintah Lynas memberhentikan operasinya serta merta," kenyataan itu dipetik. Kenyatan itu dikeluarkan bersama oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Datuk Seri Mustapa Mohamed), Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili), Menteri Sumber Asli (Datuk Seri Douglas Unggah Embas) dan Menteri Kesihatan (Datuk Seri Liow Tiong Lai). Menurut kenyataan itu, ia dikeluarkan "berikutan laporan media yang kurang tepat mengenai penghantaran keluar residu yang dihasilkan LAMP". Walaupun tidak menamakan mana-mana laporan khusus, ia dipercayai merujuk kepada laporan yang memetik kenyataan pengarah urusan Lynas Malaysia Mashal Ahmad. Dalam laporan Guang Ming Daily, Mashal menyatakan bahawa sisa berkenaan tidak boleh dieksport disebabkan undang-undang antarabangsa yang menghalang penghantaran bahan berbahaya itu.
[Bagai sudah ditakdirkan, akhirnya apa yang menjadi kemusykilan di hati rakyat kini terjawab sudah. Berbagai helah dan dolak dalih yang dibuat oleh kerajaan untuk mempertahankan Lynas kini semakin tidak menjadi apabila isu ini jadi pertikaian. Memang sebelum ini ramai yang terkejut bagaimana lesen operasi sementara (TOL) Lynas boleh diluluskan sedangkan isu sisa buangan masih belum selesai. Berbagai jawapan yang dibuat oleh menteri yang berkaitan tidak diterima rakyat. Namun, sungguh memalukan apabila media menyiarkan gambar kononnya beberapa orang penduduk diberi peluang pegang bahan nadir bumi terbabit oleh CEO Lynas, Datuk Marsyal Ahmad. Walhal mereka ditipu kerana yang dipegang itu bukanlah sisa buangan. Mereka diperbodohkan oleh Lynas dan kini akhirnya kerajaan baru tersedar bahawa mereka juga ditipu. Ke mana harus dihantar sisa buangan sekarang?. Bukankah ia mengundang risiko kepada rakyat untuk tempoh dari 10 hingga 20 tahun akan datang?. Kini, siapakah yang harus dipersalahakan?].

BalasPadamUMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap BODOH?
2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...
~ BUKTI 1 ~
~ BUKTI 2 ~
~ BUKTI 3 ~
~ BUKTI 4 ~
Saya mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah kurang 5 tahun, hutang berkurang. Bandingkan dengan Terengganu yang diperintah BN sejak 50 tahun dulu... Kat mana hebatnya Pemimpin UMNO yang menafikan kewibawaan Pemimpin Pakatan Rakyat? Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul.. ( Buktikan kalau saya bercakap bohong)
Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.
Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR....
~ (( Budaya Samseng )) - Ahli2 Mahu Lari Dari UMNO ~
Biarkan UMNO bersendirian... Mereka tidak mahu bersatu, kita boleh bersatu sesama kita... Mereka pentingkan perpecahan... Biarkan mereka... Mereka lebih mengutamakan keganasan untuk mengekalkan kuasa... Biarkan mereka..... Mereka hanya mahu jadi samseng... Biarkan mereka samseng selamanya....
Biarkan pemimpin2 UMNO memperbodohkan ahli2 mereka selamanya...