script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

MPV Rempuh Restoran Di "Bukit Setongkol" Kuantan Malam Tadi, Tiga Sekeluarga Nyaris Maut Di Langgar

KUANTAN, 13 Dis - Sebuah kenderaan MPV remuk setelah merempuh sebuah restoran di Bukit Setongkol dekat sini malam tadi. Kejadian berlaku sekitar jam 10.20 malam itu hampir meragut nyawa isteri pemilik restoran berkenaan, namun dia terselamat kerana menidurkan anaknya dalam buaian yang berdekatan. "Jika tidak.. sudah pasti apakah nasib saya", kata isteri pemilik restoran terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Rodziah (foto). Menurutnya beliau menyedari kejadian kerana kenderaan terbabit melanggar sebuah bengkel yang terletak 100 meter dari restorannya. "Biasanya saya akan berada di dapur memasak makanan untuk pelangga, ketika kejadian.. mujurlah saya sudah siap memasak dan dodoikan anak saya dalam buaian. Masa tu saya nampak kereta tersebut melambung melepas sebuah longkang sebelum merempuh bahagian dapur restoran. Saya dan suami yang sedang melayan pelanggan bertempik akibat terkejut", tambah beliau. Dia bersyukur kerana nyawa seorang lagi anaknya turut terselamat. "Bayangkan kalau dia bermain-main di kawasan itu, sudah pasti dia akan dilanggar oleh kereta berkenaan", kataya lagi. Menurut beliau lagi, sejak sekian lama berniaga di situ, inilah kejadian yang paling mengerikan. Tinjauan krew kami ke lokasi kejadian mendapati orang ramai sudah berpusu-pusu untuk melihat keadaan kenderaan MPV dari jenis Toyota Estima yang remuk itu. Akibat rempuhan, bahagian dapur restoran berkenaan rosak sama sekali. Malahan, barangan masakan seperti sayur dan telur bertaburan di tempat kejadian. Difahamkan ketika kejadian terdapat seorang lelaki India sedang makan di situ. Namun, mujurlah rempuhan berkenaan tidak kena tepat kepada beliau dan dia hanya cedera ringan sahaja. Menurut orang ramai yang menyaksikan kejadian, MPV tersebut dipandu oleh sepasang kekasih berbangsa Cina. "Saya melihat kereta dipandu terlalu laju dari arah Cenderawasih menuju ke bandar ... Tiba-tiba MPV terbabit terbabas dan memasuki laluan kanan jalan sebelum terbabas serta merempuh sebuah bengkel kereta... MPV itu kemudian melambung melepasi sebuah longkang sebelum merempuh bahagian dapur restora terbabit.. Peliknya, pasangan terbabit boleh bergaduh dan tidak segera keluar dari kenderaan selepas kejadian.. Mungkin juga mereka ada perselisihan faham agaknya", kata seorang saksi. Pihak polis dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian. Orang ramai berpusu-pusu melihat kejadian menyebabkan laluan dari kedua-dua arah sesak teruk. Apapu, mujurlah tiada kehilangan nyawa yang berlaku dalam kejadian malam tadi.


[Kejadian yang berlaku ini sungguh mengejutkan orang ramai sebenarnya. Tambahan pula ia terjadi di kawasan kampung dan jalan selekoh. Ramai haira, kenapa pemandu berkenaan boleh membawa kenderaan terlalu laju sebegitu dalam kawasa yang tidak sesuai?. Ada yang mengatakan pemandunya mabuk dan sebagainya. Namun, besar kemungkinan pemandu sedang berselisih faham dengan pasangannya hingga berlaku tolak menolak dalam kenderaan menyebabkan dia terpaut stering keretanya. Ini menyebabkan kenderaan tersebut melanggar bengkel dan kemudian melambung melepasi longkang sebelum merempuh restoran berkenaan. Inilah yang dikatakan malang tidak berbau, mujurlah tiada kemalangan jiwa. Bayangkan andai ada ramai pelanggan sedang menjamu selera di restoran terbabit, maka sudah pasti kes akan lebih panas lagi. Apapun, berhati-hatilah di jalan raya walau dalam apa jua keadaan pun. Pandu cermat jiwa selamat].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Yakin BN Dapat Pertahankan Negeri Melaka, Gerak Kerja Jentera Kempen Kalangan Anak Muda Kini Semakin Mantap

MELAKA : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) dapat mempertahankan kemenang...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.