script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Polis Bentong "Berjaya Patahkan" Aktiviti Jual Beli Dadah !


BENTONG: Polis daerah berjaya mematahkan aktiviti jual beli dadah dengan penahanan seorang usahawan dan seorang ahli muzik pada 13 Mei lalu.
 
Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, dua lelaki terbabit masing-masing berusia 33 dan 42 tahun ditahan ketika berada dalam sebuah kereta jenis Hyundai di Genting Sempah sekitar jam 2.25 petang hari kejadian.
 
Menurutnya, penahanan tersebut dibuat hasil maklumat dan risikan pihak polis di mana ketika pemeriksaan dibuat, pihak polis menemui tiga jenis dadah yang disorok di bawah kerusi pemandu.
 
“Bertindak atas maklumat dan risikan, pasukan polis telah pergi ke Genting Sempah dan menahan sebuah kereta bersama seorang pemandu dan seorang penumpang.
 
“Semasa penahanan dibuat, kedua-dua suspek kelihatan gusar dan pemeriksaan di bawah tempat duduk pemandu menemui dadah jenis ganja seberat 2.05 kilogram, eramine 5 seberat 2.8 gram dan syabu seberat 3.7 gram,” katanya.
 
Katanya, keseluruhan rampasan terbabit bernilai RM12,000 justeru pihak polis mempercayai bahawa ia digunakan untuk tujuan dijual kepada pengedar kecil-kecilan dan penagih.
 
“Dengan rampasan ganja seberat 2.05 kilogram tersebut mampu diagihkan kepada anggaran kira-kira 2,000 pembeli.
 
“Ini merupakan satu kejayaan besar buat pihak polis daerah ini kerana dapat menangkap pengedar dadah sekali gus membanteras aktiviti penagihan di daerah ini dan kawasan sekitar,” katanya.
 
Tambahnya, suspek kemudiannya direman untuk siasatan lanjut dan turut dirampas kereta milik suspek, pisau, telefon bimbit, kad bank dan alat penimbang.
 
“Kita bagaimanapun masih memantau aktiviti pengedaran dadah yang menggunakan laluan daerah ini bagi tujuan tersebut,” katanya.
 
Kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 39 (b), Seksyen 39 A (1) Seksyen 6 dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya  1952 di mana jika disabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. #sumber
Share:

1 ulasan:

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.