script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Bauksit: Penduduk Gusar Air Laut Bertukar Jadi Merah !


KUANTAN: Isu debu bijih besi dan bauksit di Kampung Selamat, Pelabuhan bukan lagi isu baru malah penduduk di kawasan itu boleh dikatakan sudah lali dengan suasana berdebu di perkampungan mereka.
 
Tingkap rumah yang tidak boleh dibuka dan kereta yang sering bermandi debu merah adalah pemandangan biasa di kawasan tersebut. Soal masalah kesihatan seperti batuk dalam kalangan penduduk juga menjadi perkara biasa bagi mereka.
 
Tinjauan  mendapati kawasan perkampungan ini masih dilanda debu yang serius ekoran lori-lori yang lalu-lalang.
 
Lebih mengejutkan,  masalah itu mula ‘menyerang’ pantai yang berhampiran apabila sisa mineral yang ada mengalir ke pantai berdekatan Tanjung Gelang, di sini.
 
Air laut kelihatan kemerah-merahan akibat aliran mineral itu yang mengalir ke kawasan pantai terutama pada hari hujan.
 
Penduduk yang ditemui, Faridah Jusoh, 47, berkata, dia yang sudah menetap di kampung itu lebih 20 tahun lalu bimbang melihat keadaan persekitaran kampungnya.
 
Dakwanya, masalah debu sudah lama berlarutan dan kini kesannya boleh dilihat pada pantai berdekatan.
 
“Apabila hari hujan, sisa berkenaan akan mengalir ke pantai menyebabkan air bertukar menjadi merah.
 
“Keadaan yang sudah berlarutan beberapa bulan lalu menimbulkan kebimbangan kerana ia akan mencemarkan laut dan sumber laut yang ada,” katanya.
 
Faridah yang berniaga di kawasan itu berkata, penduduk di situ terpaksa pasrah dengan keadaan berkenaan namun tetap berharap ada pihak yang prihatin dan mengambil tindakan.
 
Bagi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Selamat, Manap Muda berkata, beliau sudah mengatur perjumpaan dengan penduduk pada minggu lalu bagi memperjuangkan isu tersebut.
 
Beliau berkata, walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan namun keadaan masih belum selesai sepenuhnya.
 
“Sekarang timbul banyak masalah kesan daripada aktiviti mengangkut bijih besi dan bauksit di sini. Air laut pula  sudah bertukar menjadi merah dipercayai berpunca daripada tempat penyimpanan yang terletak tidak jauh dari sini," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.