script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Rafizi Nafi PKR Pernah Bersetuju Idea Kerajaan Perpaduan


KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan pernah bersetuju dengan idea penubuhan kerajaan perpaduan seperti yang didedahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Selasa.
Sehubungan itu Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli berharap PAS tidak mengheret rakan sekutunya terjerumus ke kancah masalah dalaman yang dihadapi parti itu ketika ini.
"Saya diberi mandat oleh Biro Politik PKR untuk menafikan sekeras-kerasnya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim atau mana-mana pimpinan parti telah atau pernah bersetuju dengan idea bergabung dengan Umno di dalam sebuah kerajaan perpaduan seperti yang dirujuk oleh Presiden PAS semalam (Selasa).
"PKR berharap kami tidak diheret di dalam persoalan dalaman PAS," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Pada Selasa, Hadi buat pertama kali mendedahkan bahawa semua komponen pembangkang termasuk PKR dan DAP pernah bersetuju dengan idea kerajaan perpaduan yang dicadangkan PAS ketika krisis politik di Perak pada 2008.
Menurut Hadi, idea itu juga dipersetujui Anwar dan bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Namun kata Hadi, idea berkenaan hanya 'tinggal sejarah' kerana ia tidak dapat diteruskan berikutan bantahan daripada Barisan Nasional (BN). #sumber
Share:

3 ulasan:

  1. Rafizi...oh Rafizi. Dulu kata Hadi nak lantik Ku Li jadi PM. Setelah didedahkan rupanya PKR yang merangkak jumpa Ku Li duduk. kih..kih....

    BalasPadam
  2. Rafizi cuba membuatkan anggapan kepada umum bahawa Presiden PAS bercakap bohong. Simpan je la niat tu Fizi....

    BalasPadam
  3. Tak bohong? Membaruakan orang je kot..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.