script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sultan Pahang Prihatin Pencemaran Aktiviti Perlombongan


KUANTAN: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shahmenegaskan keprihatinan baginda tentang projek pembangunan dan aktiviti perlombongan di negeri ini yang menjejaskan alam sekitar.

Baginda meminta pelombong agar lebih bertanggungjawab dan menjaga alam sekitar demi keselesaan orang ramai.

Pelombong umpamanya perlu membersihkan kenderaan masing-masing sebelum menggunakan jalan awam kerana lori yang membawa muatan bahan perlombongan yang kotor akan menjejaskan kebersihan jalan raya, kenderaan pengguna dan kesihatan orang awam.

"Beta berharap dalam melaksanakan projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 dan 11 di samping keutamaannya yang menjurus kepada pemberian manfaat kepada rakyat, nilai faedah terbaik, peningkatan positif kepada ekonomi negeri, ia juga hendaklah turut mengambil kira kepentingan pemeliharaan alam sekitar.

"Beta berharap kegiatan perlombongan mestilah berasaskan kepada amalan perlombongan secara lestari, pencemaran udara dan sungai tidak seharusnya berlaku kerana ia menyusahkan rakyat," titah baginda bersempena pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dun di Wisma Sri Pahang di sini semalam.

Teks titah ucapan baginda dibacakan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah.

Baginda juga mengambil maklum bahawa satu operasi bersepadu yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan termasuk pihak Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Pengangkutan Jalan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Polis Diraja Malaysia dan Ikatan Relawan Rakyat dijalankan terhadap lori-lori yang membawa muatan perlombongan sebulan lalu bagi membendung masalah pencemaran dan kekotoran di jalan raya.

"Hasil daripada operasi ini beta dimaklumkan sebanyak 65 buah lori telah ditahan dengan nilai kompaun berjumlah RM785,700 dan operasi ini telah dapat mengurangkan pencemaran dan kekotoran yang berlaku," titah baginda. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.