PETALING JAYA: Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan terus menentang pelaksanaan hudud di negara ini.
Aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir berkata, beliau tidak akan meninggalkan negara ini malah berjuang supaya undang-undang berkenaan tidak dilaksanakan.
"Saya tidak boleh hidup di negara di mana orang mahu memotong tangan atau rejam dengan batu seseorang itu sampai mati. Saya akan terus tinggal di sini dan berjuang," katanya.
Undang-undang hudud diamalkan di negara-negara seperti Arab Saudi.
Di Malaysia, Kelantan mengambil langkah pertama ke arah melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu apabila pindaan kepada Kanun Jenayah Syariah Kelantan telah diluluskan sebulat suara oleh Dewan Undangan Negeri pada 19 Mac lalu.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengemukakan Rang Undang-undang Persendirian di Parlimen bagi meminda Akta 355 bertujuan meluaskan bidang kuasa mahkamah syariah. #sumber







klu begitu kamu jangan pergi ke makah/madinah krna arab saudi mengamalkan hukum hudud.
BalasPadamkesian.dia tk pernah di ajar ttg islam. dia tdk tahu dn tdk faham apa itu hudud. dan jika dia faham malah cina india fhm islam dan hudud nescaya mrk berebut rebut peluang keemasan ini yg tiada dlm agama lain selain islam. ajarilah dia ilmu islam serta mohon ALLAH kurniakan hidayah
BalasPadamBoleh ke kita menolak dan melarang akan perintah allah swt kepada kita???? Sedarkah kita bumi ini milik siapa? Siapa yang menurunkan al-quran" Siapakan yang perintah akan hukum syariah? Bukan kita ini hamba kepada allah swt? Seandainya kita menolak dan menentang akan perintah allah swt. Maka marilah kita sama sama bina sebuah dunia selain daripada apa yang dicipta oleh allah swt.
BalasPadamWahai manusia... Ingarlah akan kejadian kamu dari stitik air mani yang hina maka menjadi segumpal darah. Dan darinya jadi pula daging dan tulang tulang dan akhiranya keluarlah kamu sebagai seorang manusia. Janganlah kamu angkuh dan sombong dengan sang pencipta kamu. Kelak nanti kamu yang akan rugi serta terseksa didalam api neraka.