script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Dadah: Takut Di Cekup, Sanggup Menyorok Celah Tong Gas


JERANTUT: “Mana tahu kalau ada peluang, (saya) terlepas kalau saya sorok (menyorok) sebab saya tahu salah...” kata lelaki berusia 30 tahun sebagai alasan  terhadap tindakannya menyorok di celah tong gas di dapur semasa serbuan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini, awal pagi semalam.

Dia diserbu di rumah keluarganya di Kampung Pelok, di sini selepas dipercayai terlibat aktiviti penagihan dadah setelah dikenal pasti menerusi intipan oleh pihak AADK sejak lima bulan lalu.

Dalam serbuan sekitar jam 2.30 pagi itu, suspek dikatakan bertindak menyorok sedemikian sebaik ibunya membuka pintu rumah setelah di ketuk anggota AADK.

Sebaik pintu dibuka ibunya, penggeledahan dilakukan seramai 10 kakitangan AADK untuk mencari suspek dan menemui suspek bersembunyi di dapur rumahnya berselindung dicelah tong gas. Penggeledahan di dalam rumah suspek turut dilakukan namun tidak menemui sebarang dadah mahupun peralatan menghisap dadah.

Suspek yang dipercayai menagih dadah syabu itu bekerja sendiri dengan mengusahakan kebun keluarganya di kampung terbabit.

Dalam pada itu, Ops Sayang telah diadakan di seluruh daerah ini. Seramai 80 anggota AADK dari seluruh daerah terlibat.

Pengarah AADK Negeri, Abdul Ghani Abdul Rahman berkata, Ops Sayang  turut melibatkan 10 orang dari Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan lima anggota polis dari Unit Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Jerantut.

“Operasi ini fokus kawasan dikategorikan sebagai kawasan kelabu di sekitar Jerantut di mana empat zon telah dipecahkan untuk melancarkan operasi”.
“Empat zon tersebut ialah Zon A meliputi kawasan Felda Padang Piol dan Felda Sungai Retang, Zon B meliputi Felda Sungai Tekam Utara, Sungai Tekam, dan Felda Kota Gelanggi 1, 2, 3 dan 4. Bagi Zon C pula meliputi kampung tradisional seperti Bukit Nikmat, Pulau Tawar, Ulu Cheka, Damak dan Batu Balai. Manakala Zon D melibatkan sekitar Bandar Jerantut”, katanya.

Katanya lagi, Ops terbabit menyasarkan seramai 105 suspek telibat dengan pelbagai kes dadah, termasuk mereka melanggar syarat perhatian AADK.

Ghani berkata, beliau sangat berpuas hati dengan Ops yang dilakukan pada malam semalam kerana hampir separuh dari suspek yang telah dikenal pasti berjaya ditahan selain bersyukur kerana tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku. #sumber
Share:

1 ulasan:

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.