script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pegawai Polis Maut Terlanggar Besi Rod Jatuh Treler Di LPT


KUANTAN: Satu kemalangan maut berlaku di KM153.8 Lebuhraya Pantai Timur (LPT)  dari arah Chenor ke Kuantan sekitar jam 6.00 pagi tadi. Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan yang melanggar objek gegelung besi rod (untuk buat  bangunan) yang terjatuh dari sebuah lori treler.



Akibat kemalangan tersebut, pemandu kenderaan maut di tempat kejadian sementara  itu seorang penumpang cedera parah akibat tersepit. Mangsa yang maut ialah Sjn Che Omor Abd Ghani seorang pegawai polis dari  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera. Sementara rakannya yang cedera pula dikenali sebagai ASP Zulkifli Nasir. Beliau telah dibawa ke Hospital Sultan Hj.Ahmad Shah (HosHas) Temerloh untuk menerima rawatan lanjut

Kedua-dua mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan untuk menghadiri satu mesyuarat di Kuantan. Laluan di lebuhraya terbabit sesak sepanjang lebih tiga kilometer akibat kemalangan yang berlaku. Hanya laluan kecemasan sahaja yang dibuka. 


Orang ramai di gesa berhati-hati apabila mengikuti belakang kenderaan berat. Jarakkan kenderaan anda agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi hendaknya. Al-Fatihah buat mangsa berkenaan. #sumber
Share:

1 ulasan:

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.