script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Najib Dakwa "Pengurusan Tertinggi 1MDB" Tidak Akan Lari !


SENDAI: Pengurusan tertinggi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak akan lari daripada menghadiri prosiding siasatan yang dikendalikan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kedua-dua Presiden 1MDB sekarang, Arul Kanda Kandasamy dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Shahrol Halmi telah memberi jaminan mereka akan menghadiri prosiding itu.
"Mereka akan hadir. Mereka tidak akan lari.
"Mereka hanya perlu menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog bersama pelajar Universiti Tohoku di sini, Selasa.

Shahrol adalah CEO pertama 1MDB sehingga meninggalkan syarikat berkenaan untuk menyertai Unit Pengurusan Prestasi Dan Pelaksanaan (Pemandu).
Beliau menjadi CEO syarikat itu dari Februari 2009 hingga Mac 2013, manakala Arul mengambil alih daripada CEO, Mohd Hazem Abdul Rahman pada Januari tahun ini.
The Star melaporkan, Arul mempunyai urusan berkaitan syarikat di luar negara dan tidak dapat menghadiri sesi PAC, manakala Shahrol pula dikatakan memohon penangguhan sebulan untuk membuat persiapan sebelum prosiding itu. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.