script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Khalid Samad Kata Beliau Terkejut Sultan Selangor Murka


SHAH ALAM: Ahli Parlimen  Shah Alam Khalid Samad akan mengadakan sidang media khas bagi menjelaskan kenyataannya meminta dihapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sehingga ia dianggap 'biadab' oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat akan mengadakan sidang media itu di pusat khidmatnya di Seksyen 13 Shah Alam petang esok.


Semalam Sultan Selangor dilapor amat kesal dan kecewa dengan kenyataan Khalid itu dan tindakan beliau mempersoalkan kuasa MAIS itu seolah-olah menunjukkan sikap biadab dan penentangannya kepada kuasa baginda sebagai ketua agama Islam.

Sementara itu, ketika dihubungi Khalid berkata beliau terkejut bahawa Sultan Selangor murka dengan kenyataan beliau sekaligus menganggapnya 'biadab'.

Ahli jawatankuasa PAS itu menjelaskan bahawa maksud kenyataannya ialah mencadangkan kepada DUN Selangor supaya "mengkaji kemungkinan menarik balik kuasa eksekutif demi menjaga (institusi) Sultan".

"Bila tindakan eksekutif (sebagai contoh) ceroboh kuil, rampas bible, ia menimbulkan kemarahan dan ia terus ditujukan kepada MAIS sebagai eksekutif.

"(Jadi) kita nak menjaga sultan, bukan nak rampas kuasa sultan. Sekiranya cadangan itu tidak diterima, tiada sebab, pada perspektif saya, untuk baginda murka.

"Ia bukan cadangan yang berniat jahat tetapi menjaga (institusi) Sultan," katanya.

Sehubungan itu, Khalid berkata beliau akan menulis surat untuk memohon menghadap Sultan bagi menjelaskan perkara itu dan akan menghantarnya hari ini atau esok. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.