Beliau turut mendakwa, semua kemelut ini berpunca daripada kegagalan Anwar menyelesaikan masalah peribadi yang melibatkan Azmin dan Khalid sebenarnya. "Jika sejak awal lagi perkara berkaitan isu Menteri Besar ini diselesaikan oleh Anwar maka semua ini tidak akan berlaku. Anwar membiarkan virus itu bertambah parah.. Samalah apa yang berlaku kepada Azmin dan Zaid dulu. Anwar dilihat gagal memainkan peranan penting untuk mendamaikan mereka hingga membawa Zaid keluar dari PKR.. Kini terjadi lagi, isu asalnya adalah antara Azmin dan Khalid.. hingga membawa kepada Kajang Move dan kini tukar MB... sedangkan sebelum ini Anwar pernah berjanji untuk menyelesaikan masalah itu", katanya ketika dihubungi.
"Bukannya membiarkan mereka penyokong mereka serang menyerang di media sosial... Lihat apa yang berlaku... Anwar hanya mahu selamatkan keadaan dengan menamakan Wan Azizah untuk tukar Tan Sri Khalid. Itu bukan isunya. Sama juga dengan Kajang Move, Anwar putuskan dulu keputusan sebelum pimpinan PAS yang hadir ke rumahnya membawa isu kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat... Dia dah putuskan untuk arahakan ADUN Kajang letak jawatan.. setuju atau tidak PAS terpaksa terima kenyataan. Inilah yang menyakitkan hati rakan-rakan dalam PAS", katanya.
"Sekarang, Mat Taib pula tuduh Presiden PAS, Hj.Hadi Awang gopoh sebelum isu MB dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat... Walhal, Anwar dengan berani mendakwa Khalid akan ditukarkan dengan Wan Azizah... Beberapa orang pemimpin PAS termasuk Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri menafikan mereka sudah sepakat mahu Wan Azizah ganti Khalid.. Bukankah ini bukti Anwar gopoh.. kenapa Mat Taib tak tegur Anwar?. Hj.Hadi ada hak menolak kerana melihat isu pertukaran MB tidak relevan kerana Khalid menjalankan khidmatnya dengan baik dan perlu dikekalkan hingga habis penggal", katanya lagi.
Blogger Cucumatkilau turut mendakwa, semua yang berlaku ini adalah sikap hasad dengki, cemburu, iri hati dan ketamakan sesetengah pihak untuk berkuasa. "Sila baca di blog saya apakah punca sebenar masalah ini www.cucumatkilau.blogspot.com sebenarnya... Anwar gagal memainkan peranan tiba-tiba mahu Pakatan Rakyat terima Wan Azizah sebagai MB, sedangkan Wan Azizah sebagai Presiden PKR pun gagal berfungsi dengan baik.. semua kerja dibuat oleh Anwar hatta mesyuarat, ceramah, sidang media dan lain-lain lagi".
"Mana mungkin Wan Azizah boleh jadi MB jika ini keadaannya. Beliau pasti akan jadi boneka dan Anwar yang jadi MB sebenarnya.. Maknanya di sini Anwar pula yang tamak kuasa mahu jadi MB, Wan Azizah hanyalah bayang-bayang Anwar sahaja sebenarnya.. Maka itu, tidak wajar Rafizi dan Mat Taib menyerang PAS sedangkan wabak penyakit itu adalah dibawa oleh PKR sendiri..."tambah beliau lagi.
Ketika ditanya persoalan tentang PAS enggan bertanggungjawab terhadap kenyataan kontroversi ahlinya yang dibocorkan menerusi media sosial berhubung cadangan supaya parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR). "Bagi saya, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan pimpinan PAS yang lain ada hak untuk membicarakan hal ini secara dalaman (WhatsApp).. Mereka mungkin sudah tidak tahan dengan kerenah PKR yang tidak habis-habis bergaduh sesama sendiri".
"Isu MB adalah isu besar dan PKR sepatutnya berbincang secara teliti dengan kepimpinan PAS, bukan dengan beberapa kerat pemimpin. Sesiapa pun akan terfikir untuk keluar dari Pakatan Rakyat jika melihat PKR sudah lari dari matlamat asal penubuhannya. Gemar bergaduh sesama sendiri dan Anwar selaku Ketua Umum parti pula gagal mendamaikan puak-puak yang bergaduh. Mereka ada hak untuk bicara soal ini kerana terlalu kecewa melihat kekecohan isu MB yang ditimbulkan oleh PKR itu sebenarnya".
"Tidak perlu sampai diambil sebagai kenyataan rasmi macam yang Rafizi Ramli dakwa. Jika begitu, DAP sebelum ini dengan jelas menolak Hudud... dan sepatutnya PAS juga tidak boleh terima mereka.. namun isu itu diselesaikan secara berhemah.. Tidak perlu Rafizi menuding jari sedemikian rupa atas kapasiti beliau sebagai Pengarah Strategik PKR. Beliau harus melihat kegagalan Anwar menyebabkan virus itu menular akhirnya", kata Blogger Cucumatkilau lagi. Baca selanjutnya Di Sini









Kalau lah pas , presiden nya, dan gulungan ehem ehem nya tak buat kenyataan melulu tak timbul masalah ni. Lebih aneh bila ada kritikan, dah mula nak pusing dan menyalah kan org lain pulak! Apa punya Tur la pimpinan pas skrg! Serupa din ayam.......khianat (kota Damansara) dan ingat Allah SWT tak beserta dgn org yg kianat. Apatah lagi nak bergabung dgn gulungan munafik spt am yes .......bukan saya kata....pempinan pas sendiri yg kata am yes munafik. Nampaknya ada gulungan yg lebih munafik terutama geng ahem ahem!.
BalasPadamTok preseden mengeluarkan kenyataan bercanggah tak pula dipersalahkan sebaliknya dok tunjuk sana sini apa punya bingai nie, jika tok preseden tu cerdik dia akan tanya dulu pada AJK yang mewakili dirinya, oi apa pekara hampa pi bincang dalam mesyuarat PR hari nie aku nak buat sidang akhbar nie, itu tidak berlaku sebaliknya cakap ikut sedap mulut nampak sangat kebodohan tok preseden nie.
BalasPadamPAS perlu keluar PR dan bekerjasama dengan UMNO membela Islam dan rakyat Selangor.
BalasPadamTinggalkan sahaja DAP dan PKR yang 'dikuasai' oleh bukan Melayu
Yg guwa nampak ug dgn Hadi dan arwah Azizan sgt dekat dgn Kerala sianak Kutty.
BalasPadamAnak Kerala Kutty memang kaki putak alam pusing2 dolak dalik putar belit AUTA korup amat terror..dia tak pernah salah, dan yg salah semua kat org lain! Siap bagi tau siapa itu setan dikenali!??
Hadi pon dah buat AUTA paling low class dgn komunis dan pil kuda kat TV3 yg trknal dgn lucah dan fitnahnya,, tetapi tetap dolak dalik pusing2 & tetap tak mengaku salah,,, sgt jelas persamaan satu klon dgn kerala sianak Kutty itu.
Sapekah yg berguru dgn sape ddlm isu pusing2 dolak dalik serta AUTA kliru yg sgguh cilaka itu?
Siapa mentor & siapakah yg mnjd protuje nya? Sape guru & sapekah muridnya?
Siapakah yg lebih fakeh, adakah Hadi atau kerala anak Kutty??
Skrg nih Nik Aziz pon dah jls sokong siHadi kaki AUTA pusing2 dan dolak dalik itu..jd adakah ini jenis2 fakeh yg bole mmbawa kita ka syorrgaa!!???
pooorah! pi laa mabuk!
sume mabuk AUTA!!?
AUTA itu syoorga ka neraka ha???