Kunjungan sesama pemimpin politik walaupun daripada parti berlainan merupakan amalan biasa, namun peluang yang digunakan Abdul Khalid sempena sambutan hari raya kali ini memberi tafsiran berbeza.
"Berkunjung sempena Aidilfitri ke rumah Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Walaupun kelihatan uzur, beliau masih gagah berbicara. Terima kasih atas kesudian menerima kunjungan," demikian tulis Abdul Khalid menerusi posting terbaharunya diFacebook awal pagi Rabu.
Difahamkan Abdul Khalid mengunjungi Mursyidul PAS itu di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Baru sekitar pukul 3 petang Selasa.
Abdul Khalid hadir menziarahi Nik Abdul Aziz ditemani isterinya, Puan Sri Salbiah Tunut.
Sehubungan itu, timbul cakap-cakap bahawa kunjungan Abdul Khalid itu bertujuan untuk mendapatkan 'restu' daripada veteran PAS itu berhubung masa depannya dalam politik di Selangor.
Baru-baru ini Nik Abdul Aziz menyatakan sokongan terbuka kepada Abdul Khalid supaya dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selaras dengan pendirian yang dinyatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Bekas Menteri Besar Kelantan itu pada masa yang sama turut mempersoalkan alasan sebenar Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diwakili Abdul Khalid untuk melakukan perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor. #sumber






Salam aidifiitri.....mengharap tski..memgikut jejak2 kisah para sahabat..yakni lihat bagaimana walla khalid al walid pada saidina umar alkhattab walaupun di ganti dgn panglima perang yg lain tapi terima kerana arahan pemimpin...musuh utama bukan geng pakatan ..tapi umno yg sungguh jahat yg menunggu sesiapa yg masuk jerat...
BalasPadammasalahnya, di dalam keadaan ini, pemimpinnya bukan Umar al-Khattab. Yg ke-2, semua orang tahu mengapa Khalid bin Walid diganti. Kenapa TSKI mahu diganti?
BalasPadamCita2 PR perlu diberi keutamaan bukan cita2 tski dengan kuncu nya.
BalasPadam