script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Penggabungan CIMB, RHB Dan MBSB Bentuk Bank Sejagat


KUALA LUMPUR: Cadangan penggabungan CIMB Group Holdings Bhd, RHB Capital Bhd dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB), akan mewujudkan sebuah bank sejagat dengan pelbagai kelebihan persaingan dalam segmen yang strategik, kata sebuah penyedia perisikan pasaran global.
Bahagian Perisikan Kewangan International Data Corp (IDC) berkata tiga institusi kewangan itu mempunyai kekuatan mereka sendiri, dengan CIMB menerajui usaha "menserantaukan secara besar-besaran" bank-bank tempatan Asia Pasifik untuk membina satu rangkaian operasi merentasi beberapa pasaran di rantau ini.
"Usaha peluasan rentas sempadan ini membuka peluang untuk membina asas teknologi pelbagai rantau, atau platform teknologi maklumat bersepadu untuk menyokong dan mengembangkan operasi dalam pelbagai keadaan," kata IDC.

Ia berkata CIMB sedang membina inisiatif "1Platform" iaitu satu program lima tahun yang melibatkan antara lain, pembentukan sistem perbankan satu teras dengan keupayaan dapat menyesuaikan dengan pasaran tempatan serta penubuhan banyak pusat kecemerlangan untuk pembangunan aplikasi, penghantaran dan pengeluaran.
"Penggabungan itu adalah ujian sebenar pertama ke atas sejauh mana usaha transformasi CIMB mampu bertahan dari segi skala serta integrasinya tanpa mengira penggabungan tiga institusi itu yang akan melibatkan pelbagai pihak yang mempunyai asas domestik yang kukuh," katanya.
IDC berkata RHB, dianggap sebagai kisah pertumbuhan paling berjaya dalam pencapaian IT di rantau ini sejak lima tahun lalu.
Pelaksanaan "Easy by RHB" (Begitu Mudah dengan RHB) satu daya tarikan pasaran yang luas, melakar kejayaan melalui penggunaan model cawangan dengan penyelenggaraan rendah, semakan akaun mudah dan pemberian pinjaman kompetitif.

"Pelaburannya yang lain dalam perbankan pengguna (terutama kad dan pembayaran) juga menghasilkan dividen," katanya.
Sementara itu IDC berkata MBSB ialah penyedia pelbagai perkhidmatan kewangan dengan kekuatan dalam pembiayaan hartanah dan korporat/perbankan borong walaupun tanpa kejayaan berprofil tinggi seperti dua lagi rakannya dalam urusan penggabungan itu.
Ia berkata penggabungan penuh potensi dalam kalangan tiga institusi kewangan itu akan membentuk bank paling besar di Asia Tenggara dan mungkin mengambil alih tempat Maybank daripada kedudukan utama sebagai bank terbesar dan keempat terbesar di Asean.
IDC berkata penggabungan itu mungkin juga mencetuskan persaingan untuk membentuk bank terbesar bukan sahaja di Malaysia malah di Asean terutama dalam konteks Komuniti Ekonomi Asean yang bakal diwujudkan tahun hadapan. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.