script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sultan Selangor Tidak Perkenan Khalid Samad Menghadap


SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak permohonan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad untuk diperkenan menghadap baginda berhubung isu berkaitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Ia ekoran surat yang dihantar oleh Khalid bukanlah surat memohon ampun.

Khalid memohon perkenan untuk menghadap Sultan Selangor selepas baginda murka terhadap tindakan MP Shah Alam itu menggesa supaya kuasa eksekutif MAIS dihapuskan.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Banir mengumumkan keputusan itu hari ini, dengan memetik kandungan surat yang dihantar oleh Khalid kepada pihak Istana Jumaat lalu.

Portal berita Agenda Daily memetik beliau sebagai berkata, jika surat itu dalam bentuk memohon maaf, ada kemungkinan baginda akan mempertimbangkannya, tetapi baginda menolaknya kerana Khalid semata-mata mahu memberikan penjelasan.

Menurut Munir lagi, baginda enggan menerima surat permohonan itu kerana "dunia sudah maklum dengan maksud kenyataan Khalid".

“Tidak ada sebab untuk beri penjelasan kepada Tuanku. Adalah lebih baik dia menjelaskan kepada rakyat, yang dia mencanangkan ke seluruh dunia supaya kuasa eksekutif MAIS dihapuskan," tambahnya.

Sementara itu, Khalid memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak mahu mengulas mengenai keputusan sultan sekarang.

"Saya menganggap akan ada jawapan rasmi, kerana saya telah menulis secara rasmi, dan saya akan memberi respons selepas saya mendapat jawapan, jika perlu," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.