Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Ahmad Yakob berkata dewan itu telah mengamati bahawa tidak berlaku sebarang pengkhianatan terhadap amanah kepimpinan, penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Abdul Khalid sejak pelantikannya sebagai menteri besar selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.
Begitu juga sejak beliau mula menjadi Menteri Besar pada 2008 sehingga kembali mendapat mandat rakyat dengan kemenangan berganda untuk Pakatan Rakyat dalam PRU13 lalu, katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.
Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata dewan tersebut menegaskan bahawa masalah mengekalkan jawatan Abdul Khalid lebih kuat berbanding keperluan menukar dengan menteri besar baharu.
Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.
Sambil menyokong pendirian Abdul Hadi itu, Ahmad menyeru semua anggota PAS agar menghayati kebijaksanaan pendirian presiden PAS itu tambahan pula presiden mempunyai hak pemutus dalam beberapa isu yang memerlukan keputusan segera.
Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu. #sumber






uzur syarie jer...igt period...tak ke bangang namanya...terpelir kebodohan sendiri...
BalasPadamPAS x perlu cmpor urusan PKR jika mereka nak TSKI letak jawatan MB itu urusan mereka hak mereka sebagai gabungan dlm PR ikut saja..tanda setia kawan..dok sibuk psl apa? Nie Mug jaga Kelantan salah hari bulan PRU 14 Kelantan dpt MB baru dari UMNO tanda tanda sudh ada..Insya Allah.
BalasPadam