script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Guang Eng: Sejak Bila Tuntut Keadilan Di Anggap Jenayah !


GEORGE TOWN: DAP mengecam tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan menyiasat Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang di bawah Akta Hasutan 1948 hanya kerana beliau ingin menegakkan keadilan dalam kes kematian Teoh Beng Hock.
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam berkata, polis akan menyiasat tokoh veteran DAP itu berhubung artikel bertajuk ‘Malaysians will not rest until justice is done for the killing of Teoh Beng Hock’ yang disiarkan di laman The Rocket, 16 Julai lalu.
Dalam artikel itu, Kit Siang berkata rakyat Malaysia yang cintakan keadilan tidak akan berhenti menuntut keadilan bagi Beng Hock selagi pembunuhnya tidak dibawa ke muka pengadilan.
“Apakah kesalahan Kit Siang untuk menyatakan DAP dan Pakatan akan terus memperjuangkan ketidakadilan yang menimpa Beng Hock?
Adakah menegakkan keadilan dan menuntut pembunuh dihukum kini sudah menjadi satu jenayah di Malaysia?” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, Khalid juga seolah-olah cuba mengalihkan perhatian terhadap kegagalan polis mencari pihak yang menyebabkan kematian Beng Hock dengan mengambil tindakan ke atas Kit Siang.

“Keluarga mendiang telah menolak sebarang andaian bahawa beliau menyebabkan kematian sendiri…(Maka) Tugas pihak berkuasa, termasuk polis adalah menyelesaikan kes ini dan mencari pembunuhnya.
“Jika KPN benar-benar hendak menghukum dan bertindak ke atas Kit Siang kerana memperjuangkan isu ini, lebih baik KPN turut mengambil tindakan kepada seluruh pimpinan DAP, semua 37 Ahli Parlimen, dan 105 Ahli Dewan Undangan Negeri kami yang turut mengambil prinsip yang sama,” katanya lagi.
Beng Hock yang merupakan setiausaha politik kepada Exco Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di tingkat 14 bangunan itu.
Sehubungan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang itu mendesak Khalid agar menjalankan tugasnya yang telah digariskan undang-undang dengan profesional dan bertanggungjawab.
“Beliau patut membuat keputusan, sama ada ingin menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dengan berhenti mengambil tindakan bermotif politik terhadap Kit Siang atau letak sahaja jawatannya dan menjadi ahli politik ekstremis jika mahu,” katanya lagi.
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.