script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Pahang: Kes Saman RM63 Terhadap Menteri Besar Adnan Yaakob, PAS Cabar Lapor Polis Dan SGM Nafi Berlaku Unsur Penyelewengan Kes Itu

KUANTAN [3.59 am] - Susulan daripada isu saman kes balak RM63 juta yang dihadapi oleh MB Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob. Baru-baru ini, tanggal 13 Mei 2009 satu laporan polis telah dibuat oleh Pengarah Urusan syarikat Seruan Gemilang Makmur (SGM), Syed Ali Badaruddin Syed Osman (foto) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan. Umum mengetahui bahawa kes Menteri Besar Pahang ini lebih kurang sama dengan kes Zambry di Perak. Mahkamah Tinggi Kuantan yang bersidang pada 6 Mei 2009 lalu telah mendengar permohonan Adnan, untuk penangguhan keputusan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kepada syarikat terbabit ke tarikh 29 Mei 2009 . Hakim Datuk V T Singham telah menetapkan tarikh itu selepas dipersetujui oleh peguam utama Menteri Besar, Datuk Mohammad Shafee Abdullah dan Syarikat Seruan Gemilang Makmur yang diwakili peguam Rajoo D Moothy. Namun laporan polis yang dibuat oleh Syed Ali baru-baru ini adalah berkaitan dengan bukti penyelewengan dokumen yang berkaitan. Menurut Syed Ali beliau telah menerima dua salinan dokumen dari Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang pada bulan April 2009 yang lalu, iaitu (i) Surat Jurukur Bersatu bertanda D15 bertarikh 17 Julai 1998 dan (ii) Pelan Jurukur bertanda JB-P/P/8044 bertanda 2 April 2009 yang disahkan oleh Hj.Mohd Paiz Kamaruzaman. Dipercayai salinan dokumen itu telah dibuat salinan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pahang dan diserahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri.

"Syarikat kami (SGM) telah membuat semakan dengan SPRM berhubung dengan perkara itu. Namun amat mengecewakan kerana SPRM telah menafikan ada membuat salinan pendua terhadap dokumen terbabit yang dihantar kepada Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang" katanya. Disebabkan kekeliruan yang timbul diantara jabatan tersebut yang mempertikaikan kesahihan dokumen rasmi kerajaan terhadap dua salinan dokumen berkenaan, Syed Ali berkata "Saya dengan ini memohon satu perintah mahkamah terhadap siasatan yang dibuat agar bersikap adil dan telus supaya kes penyelewengan dengan niat cuba untuk menipu dalam aku janji palsu terhadap kesahihan dokumen rahsia kerajaan. Ini dilakukan bagi tujuan cuba untuk memanipulasikan dan melambatkan proses perbicaraan bersangkutan kes Sivil Mahkamah Tinggi Kuantan No: 21-11-2008 Kes Berprofail Tinggi" katanya lagi. Justeru itu Syed Ali menafikan sekeras-kerasnya kenyataan MB Pahang sebelum ini bahawa terdapat berlakunya penipuan, peniruan, dan pembohongan saksi serta hakim seperti yang dinyatakan sebelum ini. Beliau juga mahukan supaya pihak polis dapat menjalan siasatan yang telus dan adil dalam kes ini.

PAS Pahang Cabar Adnan Buat Laporan Polis

Sementara itu PAS Pahang pula mencabar Adnan membuat laporan polis berkenaan isu saman syarikat SGM yang kononnya didakwa mempunyai unsur penipuan, peniruan, pembohonan saksi dan keputusan hakim. Adnan berkata demikian ketikan berlangsung sidang DUN Pahang baru-baru ini. Ketua Penerangan PAS Pahang, Syed Abd Rahman Alkharid (foto) berkata PAS Pahang amat kesal dan kecewa berhubung dengan perkara ini. Ia jelas membuktikan bahawa terdapat unsur kecuaian dan tidak bertanggungjawab pihak Kerajaan Negeri Pahang dalam menangani kes tersebut sejak dari awal lagi. Menurutnya, kenyataan Adnan itu boleh dikatakan telah menghina mahkamah. Justeru itu katanya " PAS Pahang mencabar Adnan membuat laporan polis sekiranya apa yang dikatakan itu adalah benar. Malah, apapun tindakan perundangan kerajaan negeri selepas keputusan penghakiman adalah berbentuk teknikal. Begitu juga apa-apa alasan terkini yang diberikan sepatutnya telah dihujahkan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum ini dan buka bukannya selepas penghakiman serta mandamus dari mahkamah dikeluarkan" katanya. Beliau berkata, hak Adnan berhujah di mahkamah dan bukan berselindung di sebalik imuniti DUN.

[Terkadang rakyat Pahang juga keliru dengan apa yang berlaku kepada Menteri Besar Pahang dan Kerajaan Negeri ini. Sesuatu yang agak aneh bila semasa kes dibicarakan di Mahkamah Tinggi, kemudian Mahkamah Persekutuan dan akhirnya di Mahkamah Rayuan tidak pula timbul soal penipuan, peniruan, pembohonan saksi dan keputusan hakim. Malah MB pahang itu dipercayai mengeluarkan kata-kata dalam nada "perli" kononnya "tiada siapa yang akan membayar saman tersebut". Tambah parah lagi bila Adnan mengatakan bahawa SGM adalah syarikat RM2 dan jika kes ini berpihak kepada Kerajaan Negeri maka syarikat itu tidak mampu untuk membayarnya. Masalahnya, kini keputusan sudah dibuat dan dijatuhkan hukuman iaitu Adnan terpaksa membayar RM63 juta kepada SGM. Perbicaraan terkini yang dibuat ialah bagi menangguhkan pembayaran saman berkenaan sahaja. Tapi tiba-tiba pula di mahkamah keluar hujah-hujah yang lain termasuk meragui kes berkenaan. Bukankah ini sesuatu yang tidak wajar berlaku dan boleh dianggap menghina mahkamah. Adnan harus sedar bahawa sehari beliau gagal melunaskan bayaran tersebut maka dendanya adalah dipercayai mencecah RM8,000 sehari. Maka berapa banyak lagi wang rakyat yang perlu dikorbankan jika beliau terus berdegil untuk menangani isu ini secara profesional. Bila pemimpin pembangkang, gagal menuruti perintah mahkamah pasti akan didakwa kerana menghina. tetapi bila berlaku kepada pemimpin UMNO, pihak terbabit seolah-olah mendiamkan diri dan menutup sebelah mata sahaja, Inilah yang dikatakan laungan keramat "Malaysia Boleh" itu agaknya].
Share:

4 ulasan:

  1. see the leg lah..siapa yg buat rasuah tu..kalau orang UMNO..tak apa..nanti ada orang tolong cover line..

    BalasPadam
  2. nk tanyalah..knp org umno org bn buat rasuah bunuh org bom org zina blkg dpn depa di cover oleh kebal dari undang-undang ehh. tp kalau mat sabu yg hanya kes kecil tk sebesar taik itik terus direntap dari dlm kereta ketika beliau nk hantar menantu saban hari.beliau juga telah janji dgn polis yg suci murni nk lapor diri ke balai selepas saja beliau hantar menantunya.

    tp blm siap hajat beliau polis setan telah kepong beliau lalu merentap memecahkn cermin kereta hanya krn nk segera tangkap beliau, aku nampak polis itu mcm syaitan iblis kepala org.sori lah polis aku tk dpt tahan ni.kalu aku ada situ nescaya aku pancung kepala kamu semua agar tenang hati aku

    BalasPadam
  3. Sebab umno parti memperjuangakan Bangsa, bukan memperjuangkan Agama.

    Israel pun perjuangankan Bangsa jugak.

    BalasPadam
  4. memang umno parti yang memperjaungkan bangsa,, habis bangsa melayu terdiri oleh penganut apa,,islamkan ,maka senang cakap islam tu melayu dan melayu tu islam..tak tahu lah kalau kini melayu pkr dah jadi muanfik sejak berkawan dengan dap...berkawan dengan pas ok..boleh diterima

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.