script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: AMK Keadilan Bahagian Wangsa Maju Bergolak, Beberapa Orang AJK Melahirkan Perasaan Tidak Puas Hati Terhadap Hamdi Said

KUALA LUMPUR [6.00 am] - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Wangsa Maju dekat sini bergolak, apabila beberapa orang ahli jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) bahagian itu semalam menyatakan bantahan secara terbuka terhadap kepimpinan Ketua AMK bahagian iaitu Mohammad Hamdi Mohd Said (foto). Menurut laporan AJK AMK Bahagian itu amat kecewa dengan sikap Hamdi yang tidak bertindak secara demokrasi dalam menguruskan sayap muda PKR bahagian itu. Malah, beliau dilihat sedang mengumpulkan "orang-orangnya" untuk "memancas" sesiapa sahaja AJK yang cuba untuk mencabar kedudukannya sebagai Ketua AMK bahagian itu. Perkara ini semakin serius dalam pemilihan AMK sebelum ini, bila Hamdi secara terbuka menghalang mana-mana AJK atau ahli AMK bahagian itu untuk menawarkan diri bertanding jawatan tertinggi sayap muda parti itu. Tindakan beliau ini jelas sekali bertentangan dengan amalan demokrasi yang dilaung-laungkan dalam parti selama ini. Hamdi dilihat gagal memainkan peranan untuk menyatu padukan pemimpin muda parti. Malah beliau dilihat lebih cenderung untuk mempopularkan dirinya sejak akhir-akhir ini. Justeru itu, beberapa orang AJK terbabit menyatakan perasaan tidak berpuas hati dengan kepimpinan beliau dan mahu beliau meletakkan jawatan dengan segera. Ini kerana, sikap angkuh dan sombong beliau bakal memudaratkan pergerakan bahagian itu secara keseluruhannya.

[Krew PDO di Kuala Lumpur sedang menyiasat perkara ini, sekiranya didapati terdapat bukti amalan ini berlaku dalam AMK Bahagian terbabit maka kami tidak teragak-agak akan membongkar perkara ini. Tugas kami adalah satu iaitu untuk memperbetulkan segala kelemahan yang berlaku dalam parti. Kita tidak mahu mereka yang mempunyai kepentingan peribadi terus diberi peluang untuk memimpin sayap parti itu. Jika dibiarkan nescaya untuk jangka masa panjang parti akan mendapat kesannya kelak. Justeru itu, diharapkan agar pucuk pimpinan tertinggi dapat memantau perkara ini sebelum pendedahan berikutnya dilakukan. Teguran haruslah dibuat demi keutuhan dan masa depan parti. Semoga dengan ini segala cita-cita untuk melakukan perubahan dapat dilaksanakan tanpa halangan daripada mana-mana pihak. Kepentingan parti harus diutamakan daripada kepentingan para individu tertentu].

Share:

19 ulasan:

  1. BAGUS. HIDUP DAP. KITA MAHU SAMA HAK. PKR NI PENGACAU SAHAJA. SUKA LOMPAT PARTI.

    BalasPadam
  2. yeah....pkr korup..

    BalasPadam
  3. nyahkan anasir2 UMNNO/BN dlm PKR.. perjuangan parti utk rakyat klau utk peribadi lebih baik join UMNO/BN jerr.. REFORMASI!!

    BalasPadam
  4. Baik jaga kabing hitam sampai jadi putih... wakakaaa..

    BalasPadam
  5. mampus PKR...hahahah

    BalasPadam
  6. Yg x berkenaan tu pegi masuk blog Umno je la, ngacau je kat sini. Busuk le!

    Rasuah!!!!

    BalasPadam
  7. Salam wahai Moderator PDO,

    Mengapa suka sangat buat menyebarkan fitnah yang tak tentu hala ni?

    Janganlah suka memanjang2kan fitnah seperti Fitnah PDO kepada Saifool dulu.

    Silap haribulan kena saman lagi...niaya je..

    Lain kali, kalau tak tahu cerita sebenar, jangan cuba nak siarkan berita2 fitnah seperti ini.

    Muhasabah diri tu sikit. jangan asyik nak memikirkan glomaour dan publisiti murahan seperti ini.

    Wassalam

    BalasPadam
  8. Salam saudara penulis.
    Saya menghormati saudara sebagai penulis blog serta amalam kebebasan media.

    Namun sebagaimana yang saudara maklum, masalah cantas mencatas tidak lagi wujud dalam PKR mana-mana bahagian kerana tidak ada lagi pengumuman untuk pemilihan dimana-mana peringkat bahagian - itu setahu saya.

    Jadi tidak timbul, sekarang musim pemilihan Pas bukan KeADILan.

    Adakah masalah ini timbul? Sekranya berlaku pergolakan, rasanya perkara berkenaan tidak akan diberitahu kepada saudara, keranna ada saluran yang berasas dalam keadilan.

    Ahli boleh terus memberitahu ketua AMK, dan bagi hemat saya, Ketua AMK akan mengambil kira hal ini dengan serius.

    Saya mahu saudara maklum mengenai nilai-nilai penulisan, sekiranya saudara menulis, sila kepilkan dengan bukti.

    Jika tidak, tulisan saudara tidak bermakna dan hanya dijadikan bahan rujukan dimahkamah untuk tujuan saman-menyaman...

    Terima Kasih

    BalasPadam
  9. Bro PDO ni kang ada yang kena saman lagi ni, kadang2 kita ni nak berlagak telus tapi ujung2 ada yang tak gemarkan, tapi pada PDO banyak2 lah bersabar, dalam hal perjuangan ni bro, mana2 pun sma saja, PAS lagi lah teruk, cuma tak perasan je, terus kan dengan kenuetralan PDO...ahak

    BalasPadam
  10. salam.pada pdo sia.sat la dulu.sbelum nak sebarkan cerita. tak masuk akal betul cerita mcm ni.apa amkwm ni byk sgt kah ahli depa sampai nak cantas mencantas.hal begini bukan sahaja merosakkan amkwm saja malah pkr juga turut rasa kesan.kesian la kat budak2 ni jgn cuba rosakkan semangat de

    BalasPadam
  11. salam .kepada pdo siasat la dulu sebelum nak kuarkan cerita.hal mcm ni buat org hilang kepercayaan kepada pdo.apakah bukti yg pdo ada lg pun setahu saya pemilihan belum nak ada lg.kalau ada pun 2007 dulu itupun takde sape yg nak jd ketua amk.hawat sekarang baru ada nak cantas mencantas.lagipun amkwm ni hebat sgt ka sampai nak jadi mcm ni.jgn dengar cakap org kalau tak diberi bukti.sabarla pdo kadang2 ada org yang tak senang dgn kejayaan org lain.nak jatuhkan org lain memang suka tapi bila dah dapat kuasa tak reti nak jaga.jgn la cerita karut mcm ni kt kuarkan dan jgn lemahkan semangat org.kepada ketua amkwm kalau cerita ni tak benar bawakla besabar.teruskan perjuangan mu wsslm

    BalasPadam
  12. hai.. pdo apa yang hang merepek ni jgn sampai hang kena saman lg.setahu saya ketua amkwm ni dah lama berjuang dlm parti keadilan setakat semangat budak ni gua tabik bro.sape yg buat cite ni jgn nak fitnah org tak baik.bawak2 la bertaubat kepada org yg buat cerita ni kalau nak jawatan ketua amkwm saya rasa ketua yg ada skrg pun tak kisah tapi jgn la wat fitnah.

    BalasPadam
  13. Salam, Tajuk tu pdo kena adjust sikit jangan nampak macam iklan niaga je, pendedahan ada caranya. kawan2 komen kat atas tu ada bebenarnya pdo. niat / nawaitu kita akan di nilai.
    Terus maju pdo

    BalasPadam
  14. Salam,
    Hah! Ribut Tak, Taufan Pun Tidak!, tiba2 muncul cerita macam ni, saya sebagai salah seorang AJK AMKWM dan salah seorang pelanggan tetap PDO amat terperanjat dengan cerita sedemikian, saya rasa treat macam ni tak sesuai langsung berada di ruang PDO ni, cubalah selidik dahulu sahih ke, relevan ke cerita sedemikian untuk dibuka treat, ini buat cerita tanpa bersandarkan BUKTI kan FITNAH tu!

    Janganlah kerna terlalu gairah mencari isu hingga sanggup mengenepikan etika penulisan, ntah dari mana datang cerita macam ni?....

    Buat saudara HAMDI, janganlah cepat melatah dengan cerita sedemikian, teruskan tekad dan istiqomah terhadap perjuangan, selama kita berjuang,kita sudah berkorban jiwa , tenaga, wang ringgit terhadap parti tanpa mengharapkan apa2 pun, anggaplah ini sebagai asam garam perjuangan untuk mendewasakan kita dan menghadapi cabaran yang lebih besar menumbangkan kerajaan zalim UMNOBN, tak perlu dilayan FITNAH Jahat sedemikin!

    Haili

    Takbir!, Reformasi!....

    BalasPadam
  15. ha..ha...padan muka PKR....lepas ni hancurlah korang semua...satu demi satu kebenaran terbongar...dasar Parti Kencing Rakyat..

    BalasPadam
  16. What on earth are you talking about? This is the most rediculos issue I've ever read.
    Why in the first place the editor release the story?
    Oh perhaps the editor and the writer are retarded har3x..

    Crappp!!

    BalasPadam
  17. JANGAN MARAH KAT EMPUNYA BLOG INI,DIA HANYA MENCETUSKAN SESUATU UNTUK KITA SOKONG ATAU TIDAK,KITA ADA HAK UNTUK MENGELUAR PENDAPAT KITA,TAPI DENGAN BERHEMAH,ADA JUGA DIA MENGELUARKAN PENDAPAT YANG AKU TAK SENANG,TAPI AKU JAWAB DENGAN BERHEMAH,NI BLOG DIA KALAU TERGANGGU PERASSAN JANGAN LAYARI,TERIMA KASEH PADA YNG EMPUNYA BLOK,KERANA MEMBERI PELUANG KAPADA SAYA MELAYARI

    BalasPadam
  18. Salam,

    Saya amat terkilan apabila mendapat berita tentang fitnah yang dilemparkan terhadap Ketua AMKWM dan AMK Bahagian Wangsa Maju. Ini merupakan pertama kali saya melawat website pahang daily ini. Amat jelas sekali blog ini tidak mempunyai kualiti lansung dan hanya lebih kepada gosip2 murahan semata-mata untuk mencari publisiti. Penulisan juga tidak berkualiti. Saya sebagai ahli amkwm ingin mengutuk sekeras2nya kenyataan di atas kerana semuanya tidak berasas dan mungkin berita ini datang dari mereka yang iri hati dengan prestasi saudara Hamdi Said yang telah berjuang selama lebih dari 10tahun sejak dari zaman reformasi 1998. Saya berharap pahang daily memohon maaf dan menarik balik laporan yang menjijikan ini.

    Sekian...

    BalasPadam
  19. Terima kasih kepada semua yg memberi komen..Memang terkadang bila artikel agak pedas dan mengenai diri kita..panas dan melenting.. PDO berhak menegur bukan hanya memuji. PDO bebas mengelurakan pandangan. jika tiada angin, masakan pokok bergoyang...justeru itu jangan dimarahkan pdo kerana kami berusaha untuk membuat pembersihan dari dalam. maklumat bukan diterima dari cakap2 mulut tetapi dengan bukti..PDO akan siarkan gambar2 AJK AMK wangsa maju yang terlibat..jika ianya tidak benar..harap dapat dipulihkan kembali segala yg berlaku.. tegakkan keadailan dalam diri sebelum negara..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.