PUTRAJAYA [6.12 pm] - Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (foto) hari ini mengemukakan permohonan bagi mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya mengetepikan keputusan mahkamah itu minggu lalu yang membenarkan penangguhan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah. Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakilinya,berkata, surat permohonan itu telah dihantar ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan. "Alasan permohonan itu kerana kes berkenaan yang ditetapkan pendengarannya Khamis ini, membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan," katanya.[Keputusan Nizar ini adalah sebagai bukti dan tanda beliau ingin mengajar badan kehakiman cara dan kaedah untuk bertindak secara profesional dalam menyelesaikan kemelut ini. Berbanding dengan Zambry yang rayuannya hanya didengar antara beliau dan hakim kontroversi VK Linggam, Datuk Ramly Md Ali. Maka itulah dilihat seolah-olah sudah ada tangan dibelakang yang mencaturkan segala keputusan itu baru-baru ini].
Sah, BN Tidak Berani Bertanding Di DUN Penanti
KUALA LUMPUR [6.00 pm] - Barisan Nasional tidak akan meletakkan calon menentang PKR pada pilihanraya kecil DUN Penanti, kata pengerusinya Datuk Seri Najib Razak hari ini. Ini kali pertama BN tidak menyertai sesuatu pilihanraya dalam sejarah parti itu. Datuk Seri Najib mengumumkan keputusan berkenaan selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur yang berlangsung lebih dua jam. Beberapa tokoh UMNO, termasuk mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad sebelum ini berkata keengganan UMNO untuk bertanding di Penanti akan menjejaskan lagi moral ahli di akar umbi. Najib bagaimanapun mengambil pendirian penyertaan UMNO adalah pembaziran waktu dan sumber kewangan. Pemerhati politik menyifatkan keputusan tidak bertanding itu sebagai petanda jelas Najib tidak mahu tewas kepada pembangkang di satu lagi pilihanraya kecil. Barisan Nasional sebelum ini tewas di kesemua empat pilihanraya kecil di Semenanjung sejak pilihanraya umum Mac tahun lepas. Tiga daripada pilihanraya kecil itu ditandingi oleh UMNO termasuk kerusi Parlimen Pematang Pauh yang di sandang oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kerusi Penanti adalah dalam kawasan parlimen Permatang Pauh. PKR menamakan Timbalan Pengerusi Perhubungannya di Pulau Pinang, Mansor Othman untuk pilihanraya kecil Penanti pada 31 Mei. Hari penamaan calon ialah 23 Mei. Beberapa calon bebas, sebilangan ditaja oleh parti tertentu, dijangka bertanding pada pilihanraya kecil berkenaan.[Berita yang sungguh memalukan dan tidak dapat diterima sebenarnya. Pemimpin UMNO yang melaung-laungkan konsep 1Malaysia "Pencapaian diutamakan, Rakyat didahulukan" akhirnya memang bukan anak jantan bila takut untuk bertarung secara "gentleman" menerusi pilihanraya kecil di DUN Penanti itu. Amat sukar untuk diterima jika inilah pendirian BN sejak Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri Malaysia Mac lalu. Kononnya bila diadakan pilihanraya kecil, ia akan membazirkan masa dan kewangan. Tetapi yang sebenarnya BN ternyata takut kepada "bayang-bayang sendiri" akibat kekalahan besar di empat pilihanraya kecil yang lalu. Mereka hanya akan bertanding jika diadakan di kubu kuat mereka terutamanya di Sabah dan Sarawak. Inilah bukti yang BN sudah berada di penghujung usianya].
Polis Bertindak Jika Hindraf Cuba Berhimpun
KUALA LUMPUR [5.27 pm] - Polis akan mengambil tindakan sewajarnya jika pertubuhan haram Hindraf mengadakan satu perhimpunan tanpa permit di sini pertengahan Jun ini, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (foto). "Bagi kita, perhimpunan itu mesti ada permit yang sah. Kalau tidak ada permit kita anggap perhimpunan itu adalah haram dan kita akan mengambil tindakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata demikian sebelum melawat tapak pembinaan Kompleks Kementerian Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam dan Logistik Bukit Aman bersama Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor. Mengenai keengganan pemimpin Hindraf, P Uthayakumar mengikut arahan polis supaya datang ke kem tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) esok, Ismail berkata pihak polis akan mengambil tindakan yang tegas.[Hak berhimpun termaktub dalam perlembagaan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi. Namun lain pula jadinya bila kerajaan takut dengan suara rakyat. Hak itu dinafikan, bahkan semua perhimpunan dianggap haram jika tiada permit. Anehnya bila perhimpunan dianjurkan oleh UMNO atau lain-lain penyokong kerajaan tiba-tiba dihalalkan pula. Apakah ini undang-undang namanya. Mereka tidak konsisten dalam melaksanakan apa yang diperkatakan. Jika inilah keadaannya, pasti rakyat bukan lagi diutamakan dan laungan keramat PM Najib Razak tentang perkara itu pasti akan memakan diri sendiri suatu hari nanti].
PKR Lancar Kempen Penerangan Krisis Perak
PETALING JAYA [3.23 pm] - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan melancarkan kempen penerangan "Krisis Perak: Kembali Pada Rakyat" pada jam 9 malam ini di Taman Medan, Petaling Jaya Selatan (Dataran Pasar Malam), PJS 2D/7 (Markaz PAS Petaling Jaya Selatan). Berikutan itu satu ceramah perdana akan diadakan di situ malam ini yang akan dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; ADUN Perak, Chang Lih Kang (Teja) dan Kesavan (Hutan Melintang), serta ahli jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad. Menurut kenyataan biro penerangan PKR hari ini, kempen tersebut akan diteruskan ke seluruh negara dalam masa terdekat ini. Kempen itu bertujuan memberikan penerangan berkenaan krisis politik di Perak; serta menyampaikan mesej kepada rakyat agar bersatu menuntut hak rakyat dikembalikan. Perak dilanda kemelut politik apabila BN dan Pakatan Rakyat berebut pentadbiran kerajaan negeri. Perak diperintah Pakatan selepas pilihanraya umum 2008 tetapi Februari lalu ia diambil alih oleh BN selepas tiga ADUN Pakatan keluar parti menjadi calon Bebas dan menyokong BN.[Satu pendekatan yang terbaik untuk menyedarkan rakyat tentang apa sebenarnya yang berlaku dalam krisis politik di negeri Perak ini. Ini kerana media arus perdana dipergunakan sepenuhnya oleh pihak kerajaan untuk menunjukkan bukti kononnya BN berada di pihak yang benar dalam krisis itu. Walhal, sudah jelas bahawa mereka sebenarnya telah melanggar undang-undang dan perlembagaan itu sendiri. Kini rakyat Perak terus dibuai mimpin ngeri yang pasti tidak akan ada kesudahannya jika pembubaran Dewan Undangan Negeri tidak dilaksanakan].
Dato' Fauzi Akan Melawat PKR Seluruh Negeri
KUANTAN [2.49 pm] - Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman (foto) telah menyatakan bahawa beliau akan membuat lawatan ke bahagian-bahagian PKR di seluruh negeri Pahang untuk melihat dan meninjau dengan mata kepalanya sendiri akan perkembangan parti di sana. Beliau menyatakan bahawa jadual lawatan telah disusun dengan memberikan keutamaan kepada sesetengah bahagian. Dato' Fauzi berpandangan bahawa sesetengah bahagian telah mencapai tahap yang menggalakkan tetapi sesetengah bahagian yang lain berada didalam keadaan yang tidak memberangsangkan. Beliau juga menyatakan bahawa secara umumnya rakyat Negeri Pahang mahukan perubahan dan pimpinan Bahagian kenalah bersedia bagi membimbing masyarakat kearah perubahan itu. Kita kena pimpin masyarakat bukan tinggal dibelakang gerakan masyarakat, katanya. Namun ada bahagian yang masih berpegang kepada kekuatan kononnya di dalam Pilihanraya yang lalu, calon-calon di bahagian tersebut hanya kalah tipis. "Ini menunjukkan rakyat mahukan perubahan walaupun parti dan pemimpin-pemimpin tidak bergerak, dan asas ini adalah baik untuk menggembeling tenaga rakyat dengan tindakan kita memimpin mereka," katanya. Jika pemimpin peringkat bahagian enggan bergerak, rakyat akan meninggalkan kita dan harapan kita untuk memerintah Negeri Pahang akan hanya tinggal angan-angan sahaja. Beliau menasihatkan pemimpin-pemimpin di bahagian-bahagian mengatur langkah positif untuk memperkemaskan organisasi parti.[Jelas dapat dilihat bahawa ada sesetengah bahagian PKR di Pahang yang gagal berfungsi dengan baik, sama ada dari segi aktiviti mahupun penambahan keahlian. Jika ini terus dibiarkan, maka harapan besar untuk mengambil alih kepimpinan negeri ini akan terkubur. Tambahan pula UMNO pada masa ini sedang menggerakkan jentera mereka untuk menarik seberapa ramai golongan muda menyertai parti itu. Agenda ini jika tidak dibendung akan menyebabkan PKR berputih mata. Maka itulah gerak kerja yang terancang dan bersepadu haru dilakukan demi merealisasikan hasrat itu. Buat masa ini juga PKR Pahang masih ketinggalan dari sudut ICT jika mahu dibandingkan dengan PAS. Malahan juga tidak ramai pemimpin dan bahagian PKR yang menggunakan kemudahan ini sebagai landasan perjuangan mereka. Banyak pemimpin dan bahagian yang masih belum mempunyai blog atau website masing-masing untuk dijadikan sumber rujukan kepada rakyat setempat. Jika senario ini dibiarkan berterusan, maka kita amat khuatir generasi muda yang akan menjadi pengundi berdaftar dalam pilihanraya umum ke-12 nanti lebih cenderung untuk menyokong aspirasi parti UMNO dan Barisan Nasional nanti].
Mahkamah Dengari Kes Pecat Anwar 21 Mei Ini
PUTRAJAYA [2.30 pm] - Mahkamah Persekutuan dijangka akan bersidang untuk mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) berhubung kes pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 pada hari Khamis, 21 Mei 2009 ini . Anwar telah mencabar kesahihan pemecatan tersebut kerana ianya tidak menuruti lunas Perlembagaan dan asas perlembagaan yang sewajarnya. Dalam kejadian pada 2 September 1998 itu, Anwar telah dipecat daripada parti dan kerajaan kerana dituduh terlibah dalam kes liwatnya. Walhal, ketika itu perbicaraan masih belun dijalankan oleh mahkamah dan Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir hanya mendapat maklumat berkenaan daripada pihak-pihak tertentu semata-mata. Dalam banyak kes sebelum ini, pemimpin UMNO itu sering mengatakan bahawa mana-mana pemimpin tidak wajar dipersalahkan selagi mahkamah belum memutuskannya. Namun dalam kes Anwar ia agak janggal dan menampakkan sikap "double standard" dikalangan pemimpin UMNO sendiri. Maka itulah adalah amat wajar Anwar mempertikaikan perkara ini dan menuntut.
[Apakah akan terjadi jika Anwar menang dalam kes ini agaknya. Maka bertambah-tambahlah panas kemelut politik yang melanda tanahair jika ini berlaku. Anwar wajar mengemukakan rayuan dan menuntut gantirugi atas pemecatan beliau itu. Walau bagaimana pun kes tersebut adalah satu rahmat yang menjadi petanda kebangkitan seluruh rakyat untuk menuntut reformasi dan perubahan baru dalam politik negara. Mungkina juga, jika Anwar tidak dipecat dulu gelombang kebangkitan rakyat masih ditahap sederhana dan tidak berkobar-kobar seperti hari ini].
KUALA LUMPUR [2.15 pm] - Menteri Luar, Datuk Anifah Aman diminta mendedahkan pelbagai tawaran lain yang pernah dibuat pihak pembangkang kepadanya selepas diumpan menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun lalu. Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (foto), berkata melalui pendedahan itu rakyat dapat menilai pendirian sebenar pembangkang dalam memenuhi cita-cita politik mereka. “Kalau mereka lakukan (buat tawaran), mereka katakan mereka beretika, tapi kalau kita lakukan mereka kata kita tak beretika. “Saya harap dalam perkara ini Datuk Anifah mendedahkan banyak lagi perkara yang telah berlaku ketika beliau tidak menerima tawaran sebagai Timbalan Menteri. “Pada masa itu kononnya Anifah merajuk dan ketika itulah pakatan pembangkang mengambil peluang untuk menawarkan pelbagai, termasuk jawatan kedua tertinggi di negara kita. Itulah angan-angan Mat Jenin yang dilakukan oleh pakatan pembangkang kepada mereka yang dirasakan kecewa,” katanya ketika ditemui selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan hari ini.[Nampaknya Zahid Hamidi, seteru rapat Anwar yang berpaling tadah selepas beberapa hari dimasukkan ke tahanan ISA selepas Anwar dipecat dulu kini semakin seronok mengampu kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional. Walhal, beliau adalah anak didik Anwar yang paling sinonim dengan nama mantan TPM itu dulu. Menyokong pendedahan yang dibuat adalah Anifah, bermakna Zahid cuba untuk membakar kelambunya sendiri. Maka nantikan sahaja episod dedah mendedah ini yang dilihat semakin panas dan sensasi mewarnai iklim politik negara sekarang ini].
Penanti, BN Dijangka Buat Keputusan Petang Ini
KUALA LUMPUR [2.10 pm] - Persoalan sama ada Barisan Nasional (BN) dan UMNO akan meletakkan calonnya bertanding pada pilihan raya kecil Penanti, di Pulau Pinang dijangka terjawab apabila Dewan Tertinggi BN bermesyuarat, petang ini. Mesyuarat itu dijadual dipengerusikan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, bermula jam 4.30 petang ini. Sebelum ini, Najib yang juga Presiden UMNO membayangkan UMNO mungkin tidak meletakkan calonnya bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini.[PDO yakin, biar apapun yang terjadi BN yang sebelum ini pengecut dan bacul untuk bertanding di Penanti pasti akan meletakkan calonnya. Ini kerana atas desakan UMNO Pulau Pinang, terutamanya di Permatang Pauh yang sudah mencongak bahawa mereak boleh mendapat limpahan kemewahan jika BN bertanding. Wang ringgit pasti akan mencurah-curah datang ke Penanti. Projek rakyat bernilai jutaan ringgit pasti akan menjadi habuan mereka. Tetapi jika BN tidak meletakkan calon, semua itu pasti akan tinggal khayalan dan pasti akan mengecewakan mereka sebenarnya].
Bersih Gesa Hishamuddin, Musa Letak Jawatan
KUALA LUMPUR [1.50 pm] - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menuntut perletakan jawatan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Daerah Brickfields dan Pegawai Penyiasat Bertugas berhubung penahanan lima peguam daripada Biro Bantuan Guaman 7 Mei lalu. Ini selaras dengan slogan Perdana Menteri Najib Razak, "Prestasi Diutamakan" bila mana penangkapan peguam tersebut yang ketika menjalankan tugas mereka dianggap Badan Peguam Malaysia menyalahi undang-undang serta polis telah bertindak melampaui bidang kuasa mereka.
KUALA LUMPUR [1.47 pm] - Mahkamah Majistret di sini, hari ini mengarahkan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua Chang (foto), membela diri terhadap pertuduhan mencederakan anggota polis Disember 2007. Majistret Mohd Faizi Che Abu membuat keputusan selepas pihak pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hanafiah Zakaria, berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya. Mohd Faizi dalam penghakimannya berkata, beliau mengambil kira keterangan yang menunjukkan saksi pendakwaan kedua yang juga mangsa, Konstabel Rosyaidi Anuar, 22, dari Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, tiada niat dan sebab untuk menumbuk Tian Chua kerana mangsa perlu mempertahankan diri dalam satu pergelutan. Mohd Faizi berkata, terdapat dua elemen dalam penghakimannya iaitu mangsa sebagai penjawat awam hanya menjalankan tugasnya ketika dalam operasi itu, khususnya ketika menahan Tian Chua, yang juga Ahli Parlimen Batu, dan bahawa tertuduh juga menyebabkan kecederaan terhadap mangsa. Katanya, keterangan Dr Norzilawati Ahmad, yang merawat Rosyaidi, menyatakan bahawa gigitan yang terdapat pada lengan anggota polis itu adalah kuat sehingga memberikan kesan. Tian Chua dituduh menyebabkan kecederaan terhadap Rosyaidi pada jam 10.45 pagi, 11 Disember 2007 di jalan masuk ke Bangunan Parlimen di sini. Tuduhan adalah mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Mohd Faizi kemudian menetapkan 20 dan 21 Julai ini untuk perbicaraan. Tian Chua diwakili Ranjit Singh.[Bila pemimpin Pakatan Rakyat seperti Tian Chua ini dikasari dan diperlakukan seperti binatang, mereka semua mendiamkann diri tanpa sebarang siasatan atau pertuduhan dibuat terhadap pihak terbabit. Tetapi bila pihak polis yang mnegasari beliau itu dicederakan kerana mempertahankan dirinya akibat dikasari , maka beliau pula yang dituduh dan didakwa. Inilah dia amalan "double standard" pihak Polis Raja Di Malaysia dalam menjalankan tugas mereka sejak dulu kini selamanya].
SPR Akhirnya Benarkan Pondok Panas Di Penanti
PENANTI [7.30 am] - Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli (foto) menyeru semua jentera PAS seluruh negara berkampung di Dewan Undangan Negeri N12 Penanti untuk membantu calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman selepas hari penamaan calon pada 23 Mei ini. Beliau ketika berceramah bersama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Seri Anwar Ibrahim di Kampung Tok Elong menambah, semangat juang yang tinggi amat penting diterjemahkan oleh semua gabungan parti dalam Pakatan Rakyat untuk membuktikan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat tidak mustahil boleh jadi pemerintah lebih baik daripada BN Mengenai pondok panas pula ,baru-baru ini SPR dikatakan menghalang penubuhan pondok panas kerana mereka berpendapat bahawa ianya tidak perlu. Dulu sewaktu Umno bermaharajalela pondok panas inilah yang menjadi medan terakhir mereka menunjukkan keperkasaan mereka dalam pilihanraya sehingakan kita dalam PAS dan DAP waktu itu rasa terpencil dan begitu kecil, tetapi setelah keadaan berubah, SPR cuba pula untuk menghalang penubuhan pondok panas kononnya ianya mengganggu proses pilihan raya. "Setelah bernbincang SPR kini setuju pula membenarkan pondok panas tetapi tak boleh iklan gambar calon," kata Dr Hatta.[Maka akhirnya SPR terpaksa akur dengan suara rakyat. Mungkin mereka merasa agak sukar untuk melaksanakan agenda tersembunyi BN yang dirancang, menyebabkan SPR bertindak membenarkan dengan bersyarat. Apapun semoga proses penamaan calon, berkempen dan hari mengundi di Penanti bakal berjalan dengan baik hendaknya].
Tun Mahathir, Media Arus Perdana Berat Sebelah
KELANA JAYA [7.22 am] - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (foto) menyelar media arus perdana berhubung cara liputan berita yang tidak berhemah dan berat-sebelah. Mengakui kekangan ke atas media bermula ketika negara di bawah pentadbiran beliau, Dr Mahathir berkata media arus perdana cenderung mengampu pemimpin dan takut menyatakan kebenaran. Sikap ini, kata Dr Mahathir, menyebabkan rakyat tidak lagi percaya kepada integriti media arus perdana. Dr Mahathir berkata demikian di sidang akhbar semalam selepas menghadiri forum "Dunia Bloggers Malaysia: Pertembungan Estet Keempat dan Kelima" di Subang Jaya. Kira-kira 150 penulis blog hadir pada forum tersebut yang turut membariskan beberapa penulis dan pengendali blog popular dan wartawan terkenal. Tambah beliau media arus perdana harus menukar wajah dan lebih berani mengkritik dan mendedahkan kelemahan kerajaan. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar media arus perdana berhubung cara liputuan berita yang tidak berhemah dan berat-sebelah. Mengakui kekangan ke atas media bermula ketika negara di bawah pentadbiran beliau, Dr Mahathir berkata media arus perdana cenderung mengampu pemimpin dan takut menyatakan kebenaran. Sikap ini, kata Dr Mahathir, menyebabkan rakyat tidak lagi percaya kepada integriti media arus perdana.[Akhirnya Mahathir mengakui bahawa kekangan terhadap media bermula dizaman pemerintahannya. Malah beliau adalah antara pemimpin negara yang dilihat begitu zalim terhadap rakyat dengan berbagai tindakan dan sekatan biarpun dalam masa yang sama menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara demorasi berparlimen. Mujurlah Mahathir sedar sebelum terlambat, jika tidak sudah pasti ia akan menghantui dirinya].
Dewan Undangan Negeri Perak Bubar Hari Ini?
IPOH [7.20 am] - Satu pengumuman besar dijangka dibuat pihak istana Perak hari ini yang mungkin mampu memecahkan kebuntuan politik yang melanda negeri itu dan seterusnya mengakhiri kemelut politik yang berpanjangan sejak tiga bulan lalu. Ini mungkin ada kena mengena dengan desakan rakyat Perak yang mahukan mandat mereka dikembalikan untuk memilih kerajaan pilihan mereka semula setelah BN mendalangi rampasan kuasa terhadap kerajaan sah Pakatan Rakyat 5 Februari lalu. Menurut sumber "Kemungkinan pihak istana mengumumkan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak adalah besar memandangkan situasi kemelut politki di anatara Pakatan Rakyat dan BN nampaknya tidak ada jalan keluar. "Desakan rakyat supaya DUN dibubarkan dan pilihan raya negeri diadakan mungkin sudah dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pihak istana dan demi kebaikan, kemakmuran dan kestabilan negeri Perak langkah ini sajalah yang terbaik bagi mengatasi krisis tersebut". Sekiranya ini berlaku Perak akan menyaksikan pilihan raya negeri pertama setelah pilihan raya umum tahun lalu.[Hanya Sultan Perak sahaja yang bakal menjadi penentu kepada kecealruan dan masa depan politik di Perak. Jika Tuanku Sultan benar-benar raja yang berjiwa rakyat, maka baginda akan melaksanakan apa yang dikehendaki rakyat. Namun, jika baginda masih tetap dengan keputusan yang ada sekarang, sudah pasti keadaan akan menjadi lebih merumitkan].
Sivakumar Berceramah Di Kuantan Malam ini
KUANTAN [6.10 am] - Speaker "kontroversi" di Dewan Undangan Negeri Perak, V.Sivakumar (foto) dijangka akan mengadakan satu ceramah umum di Markas PAS (Pasti Al-Huda), Taman Tas dekat sini pada jam 9.00 malam ini. Inilah kehadiran beliau yang pertama kalinya ke Kuantan sejak kemelut politik Perak itu melanda Tambah menarik Sivakumar dijangka akan menceritakan "detik-detik cemas" ketika beliau diheret keluar dari dewan dalam kes "rampasan kuasa Speaker 7 Mei" lalu. Turut akan berceramah malam ini ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang dan Yang Dipertua PAS Paya Besar, Ustaz Yusof Embong dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi. Semua dijemput hadir.[Kepada warga Kuantan dan rakyat Pahang diharap dapat beramai-ramai membanjiri lokasi ceramah malam ini bagi melihat dan mendengar sendiri kenyataan daripada tuan empunya diri dalam kes rampasa speaker DUN di Perak pada 7 Mei 2009 yang lalu. Sesungguhnya inilah saatnya untuk memberikan sokongan yang padu kepada Pakatan Rakyat di Perak].
Perlu Bersedia Hadapi Pembubaran DUN Perak
TEMERLOH [6.00 am] - Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) telah mengarahkan Petugas PAS di negeri ini bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil Dun Perak yang berkemungkinan berlaku pada bila-bila masa dari sekarang. Arahan diberikan Tuan Ibrahim dalam program penerangan PAS Temerloh, di Markas PAS Cempaka, dekat sini, baru-baru ini. Tuan Ibrahim amat bimbang dengan situasi yang berlaku di Perak yang memerlukan semua pihak dalam parti bersiap sedia untuk diarahkan pada bila-bila masa. "Petugas PAS perlu bersedia untuk diarahkan pada bila-bila masa. Pilihanraya kecil Dun Perak kali ini jika ada adalah pilihan raya kecil berbeza dari sebelumnya kerana ia dijangka melibatkan pembubaran DUN Perak."Keperluan persiapan petugas lebih besar dari sebelumnya. Saya harapkan setiap ahli melakukan pengorbanan yang termampu. Bila masa untuk kita diminta bertugas kita segera berangkat," katanya.[Parti Islam SeMalaysia (PAS) sebenarnya memang sudah bersedia sejak dari awal lagi. Namun, masih terdapat laporan dan desas desus yang mengatakan calon Pakatan Rakyat di Penanti akan diboikot oleh sebahagian besar ahli PAS di sana. Ini berikutan mereka tidak berpuasa hati dengan perletakan calon yang membelakang wakil PAS, walhal DUN Penanti kononnya adalah kubu kuat PAS sejak zaman berzaman lamanya].
Pergolakan PPP Memuncak, T.Murugiah Di Pecat
KUALA LUMPUR [5.40 am] - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah (foto) dan enam lagi telah dipecat dari PPP oleh majlis tertinggi (MT) parti itu. Kesemua mereka gagal hadir di prosiding jawatankuasa disiplin parti itu pada jam 2 petang semalam di ibupejabat PPP di Kuala Lumpur. Mereka ialah ketua PPP Selayang, K.Tanggaraju; Exco Pemuda S.Kanesan; S Saravanan, Jeyaratnam Manium dan bekas anggota MT, R Rajandran dan NA Shanmuganathan. Mereka merupakan penyokong Murugiah, yang juga anggota MT, dan menjadi semakin popular selepas dilantik sebagai timbalan menteri Jun lalu. Mereka dipecat kerana didakwa terbabit dalam satu sidang media yang dipengerusikan oleh Shanmuganathan yang mendakwa parti itu hampir dibatalkan kerana gagal mematuhi syarat yang dikenakan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Tiga daripada mereka yang dipecat - Jeyaratnam, Rajandran dan Kanesan - adalah pembantu Murugiah di JPM. Rajandran dan Kanesan telah digantung keanggotaan mereka kerana masalah disiplin sehingga Mei 29. Tindakan terbaru pucuk pimpinan itu dijangka melebarkan lagi ketegangan antara Presidennya, Kayveas dan penyokong Murugiah, menjelang pemilihan parti itu. Pemecatan mereka diputuskan oleh majlis tertinggi PPP yang juga bertindak sebagai jawatankuasa disiplin parti itu
[Nampaknya, kemelut yang melanda komponen BN ini semakin parah. Tambah mengejutkan bila Presidennya sendiri yang menjadi dalang untuk menghapuskan pengaruh semua pihak yang didapati bersekongkol dengan T.Murugiah itu. Apakah Kayveas sebenarnya tidak berpuas hati dengan perlantikan Murugiah ke dalam kabinet Najib. Sedangkan beliau yang merupakan Presiden telah dianak tirikan oleh kepimpinan baru Najib Razak itu. Apapun semoga kemelut yang melanda ini bakal menjerumus kepada kehancuran Barisan Nasional di Negeri Perak sebenarnya]






Bubar dun adalah lebih baik dari menanti buah yang tak mahu gugur.
BalasPadamMahathir kata media berat sebelah. Kenapa sekarang baru bersuara? Kenapa masa dia jadi PM dulu di seronok kena ampu? Tidakkah dia lupa dia terlibat membersihkan semua akhbar dan TV daripada pengaruh penentang politiknya selepas peristiwa Reformasi? Nyata sekali Mahathir double-standard. Bila orang ampu dia, dia seronok. Bila orang atau media tak ampu dia dan hentam dia, dia marah. Sepatutnya dia betulkan kesilapan bila dia berkuasa utk berbuat demikian, bukan menyalak bila sudah layu dan tidak terdaya lagi! Minta maaflah kepada seluruh rakyat selagi hayat masih ada,,,
BalasPadamOrang Temerloh
SETUJU WALAU, PUN SAYA ORANG BN ,MAHATHIR SAMA DENGAN NIK AZIZ KENYATAAN MEREKA BANYAK MAKAN DIRI,BANYAK TAK MENGUTONGKAN PARTI.MASING2.DUA2 INI PATUK PUASA BERCAKAP
BalasPadamWAHAI POLIS ANJING KURAP NEGARA BERBUATLAH SESUKA HATI KAMU BUAT MASA SEKARANG KERANA BILAMANA KERAJAAN ADIL BERSIH DAN AMANAH MEMERINTAH KAMU SEMUA TIDAK BERPELUANG LG MENUNJUK HERO KUASA DAN LAGAK GANGSTER.
BalasPadamKAMU TEMBAK ORG DGN PELURU HIDUP TAK ADA APA YG DIGUSARKAN ORG KAMPUNG TIADA KUASA MENYAMAN KAMU.KAMU TEMBAK KAMI SEMUA MATI PUN TKAPA KAMU BLH PUTER BELIT FAKTA KATAKN KAMI NI NK MENYERANG POLIS.
BILA TIAN CHUA GIGIT TGN POLIS SAMPAI PUTUS TGH POLIS TU KAMU WAJIB TERUS SAMAN GUNAKN SEMUA ANJING KAMU YG ADA JATUHKN HUKUMAN 3 THN PENJARA.SEKALI IMBAS AKU RASA NK BUNUH KAMU SEMUA WAHAI POLIS ANJING NEGARA KRN KAMU TIDAK BERGUNA SEDIKIT PUN PADA KAMI RAKYAT YG MEMBERI KAMU KUASA MENJAGA KEAMANAN KAMI.KAMU JADI PAGAR MKN PADI.
SEMOGA KAMU SEMUA DPT JADI MANUSIA KEMBALI JGNLAH JD ANJING NEGARA SELAMA LAMANYA KRN BURUK SGT ANJING NI.MENYALAK MENGGIGIT MEMBUNUH PEMBUNUH BERLESEN NEGARA.
SABARLAH WAHAI SAUDARAKU TIAN CHUA KERANA ORG YG SABAR ITU SEBENARNYA JUARA DALAM PERJUANGAN.BERANI KERANA BENAR.MATI KERANA PERJUANGAN MENEGAK KEADILAN LBH BAIK DARI MATI KATAK
dalah wajar PKR membekalkan line internet (di bayar oleh PKR) dan komputer kepada semua kampong2 di Pahang supaya ahli2 PKR dan rakyat2 jelata lain boleh membaca berita2 selain dari dari surat khabar dan radio/tv kerajaan BN. supaya rakyat2 pahang celik ICT.
BalasPadamHAI MENGAPA GIGIT ITU LAHIR DARI SAORANG BERPERIBADI YANG AMAT JAHAT...KALAU DITANGKAP PUN IKUT AJA NAK TANKUT APA IA BUKAN KES JENAYAH LIHAT PADA PERIBADI TIANG JUA DIA DILIHAT SEBAGAI SAMSENG....DIA PERNAH BERKATA KEPADA SEORANG PEMBERITA ''I WILL SMASHED YOUR FACE..''.WOW MEMANG DIA BERPERIBADI JAHAT
BalasPadamwow wow benarkah begitu peribadi tian chua sedara ku yg hero dari tali barut umno.jika benar aku rela undi tian chua dari undi kamu umno krn apa kamu lbh bahaya dan hina dari anjing kurap.
BalasPadampolis kamu blh tembak org kampung sesuka hati tiada hal punya.mati pun tkpa krn org kg tu buat perhimpunan haram buat onar buat huru hara. tp kau lupa polis dan kurap kurap semua hari ni kamu bebas berbuat apa saja dgn lesen yg kamu ada.
Tiba polis kena gigit terus teriak mcm bayi pui cis syit tul polis taik..tu mujur kena gigit.jika mu jumpa aku masa tu bkn lg kena gigit tp kepala kamu bercerai dari badan kena libasan parang aku.
Benda pertama yg aku akan cincang ialah benda bernama polis bukan benda bernama ular kerana ia lebih bahaya dari ular jengking.
PEMBERITA, POLIS, MEDIA, SPRM, SPR, PEGUAM NEGARA, KETUA POLIS NEGARA JIKA ANDA JADI TALIBARUT PETUALANG NEGARA ANDA MEMANG LAYAK TERIMA KATA KATA INI : ''I WILL SMASHED YOUR FACE..''. DARI PEMIMPIN YG TAHU MANA BAIK MANA BURUK
BalasPadamKUDA TUNGGANGAN LIKE KUDA KEPANG..HE HE HE
BalasPadammemang tiang chuah berperibadi jahat,tidak layak dipanggil,yang berhormat.mungking layak di panggil yang bermasaalah keperibadian
BalasPadammad nizar,lima hakim tak cukup,,jemput hakim yahudi,tentu gerenti dia berpihat kepada kamu
BalasPadamtak payah bubar dewan, rakyat dah undi wakil rakyat masing2. buat sidang dewan je utk tengok kumpulan mana dapat majoriti dalam dewan. takan sikit2 nak pulang pd rakyat. nampak sangat tak mampu nak mentadbir kerajaan. kalau tak mamou berhentilah oooi. letak jawatan adun tu. barulah lepas tu dewan kena bubar. kalau semua nak pulang pd rakyat ngapa masa beri cina 999 tahun dan beli camry dulu tak tanya pun. pii............rah.
BalasPadamAnonymous Anonymous said...
BalasPadamtak payah bubar dewan, rakyat dah undi wakil rakyat masing2. buat sidang dewan je utk tengok kumpulan mana dapat majoriti dalam dewan. takan sikit2 nak pulang pd rakyat. nampak sangat tak mampu nak mentadbir kerajaan. kalau tak mamou berhentilah oooi. letak jawatan adun tu. barulah lepas tu dewan kena bubar. kalau semua nak pulang pd rakyat ngapa masa beri cina 999 tahun dan beli camry dulu tak tanya pun. pii............rah.
May 18, 2009 9:45 PM
===========================
cayala bro... mmg betul kata mu... konon semua utk rakyat..tapi bila time depa nak hentam kat diri depa sendiri tak pula pikiaq kat rakyat...
Utusan Rakyat
BalasPadamTembak Orang Awam: Anggota Polis Prebet diarah bela diri.
Kuala Lumpur 18 Mei 2009 gara-gara menembak secara rambang dan membabi buta konon untuk mempertahankan diri seorang prebet polis telah diarah membela atas tuduhan menembak orang awam di tempat awam dengan niat membunuh pada jun 2007
Mahkamah mengambil kira keterangan orang awam prebet tersebut sengaja menembak ke arah sekumpulan orang awam yang berhimpun mendengar ceramah apda masa itu.
Prebet polis yang didakwa mengikut seksyen kanun membunuh dengan niat ini boleh dijatuhkan hukuman gantung samoai mati jika sabit kesalahan.
Diharap polis akan lebih berhati-hati dalam menjalankan tugas menjaga keamanan rakyat bukan membunuh rakyat sesuka hati.
wei...
BalasPadamada surat best melankolik sini..
bacalahhh
http://emang-psychotickiller.blogspot.com/2009/05/surat-untuk-anwar.html