script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Info Pahang: Terkini, Ceramah Pakatan Rakyat Bersama Presiden PAS Di Felda Rentam Terpaksa Berpindah Ke Markas Darul Ikhwan Mengkarak

BERA [4.00 pm] - Akibat menyiarkan maklumat tentang ceramah umum Pakatan Rakyat bersama Presiden PAS, Tuan Guru Hj.Abd Hadi Awang (foto) dalam sebuah akhbar arus perdana semalam, maka pihak penganjur terpaksa memindahkan program terbabit dari padang awam Felda Rentam ke Markas PAS Darul Ikhwan, Mengkarak dekat sini. Menurut sumber, terdapat unsur-unsur gangguan oleh pihak polis yang memberi tekanan kepada pihak penganjur. Program pada mulanya dipindahkan ke Markas PAS Felda Rentam, namun lokasi dan keadaaan tapak yang tidak berapa sesuai disitu. Maka itu pihak penganjur mengambil iniseatif untuk memindahkan program tersebut ke Mengkarak. Justeru kepada orang ramai yang ingin bersama dalam program itu nanti, bolehlah terus ke lokasi baru itu. Pihak terbabit juga memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami ini. Kami difahamkan lokasi baru itu jaraknya agak jauh juga dari lokasi asal program terbabit. Adalah dijangkakan ramai penyokong pakatan rakyat akan berbondong-bondong membanjiri tapak ceramah pada malam ini, bagi mendengar maklumat terbaru tentang isu-isu semasa dan juga perkembangan tentang kemelut politik di Perak dari mulut Presiden PAS itu sendiri. Turut bersama dalam ceramah malam nanti ialah Saudara Ahmad Nizam Abd Hamid, selaku Pemangku Ketua Bahagian PKR Termerloh dan juga Ustaz Moktar Senik. Program dijangka bermula tepat jam 9.00 malam ini. Jika tiada aral melintang, kami juga akan menghantar beberapa orang krew untuk memantau ceramah terbabit.

[Memang sudah dijangkakan bahawa ceramah yang bakal diadakan dalam kawasan felda di Pahang ini pasti akan dikacau ganggu oleh pihak polis sebenarnya. Tambahan pula Perdana Menteri Malaysia Najib Razak datangnya dari negeri ini. Namun sesuatu yang cukup aneh, majoriti rakyat lans=gsung tidak gembira atau berbangga Najib dilantik sebagai Perdana Menteri. Ini mungkin ada kaitan dengan penolakan rakyat secara total terhadap kepimpinan beliau yang amat diragui itu. Malah, Najib masih gagal menjawab segala pertuduhan yang dibuat kepadanya di mahkamah terbuka. Tiada sesiapa pun yang disaman dalam setiap kes yang dilaporkan dan didedahkan kepada media oleh para pemimpinan Pakatan Rakyat. Bukankah ini menunjukkan Najib takut untuk berhadapan dengan segala kemungkinan yang babal terdedah sekiranya ia dibicarakan di mahkamah kelak. Jalan terbaik, mendiamkan diri dan menuduh semua laporan yang dibuat terhadap dirinya adalah "fitnah semata-mata"].

Share:

3 ulasan:

  1. JANGAN MERANGKA ,DAHLAH

    BalasPadam
  2. Untuk makluman, Mengkarak terletak dlam kawasan DUN Guai yg diwakili oleh UMNO/BN. Kekuatan PR disitu tidaklah seberapa walaupun bekas ahli DUN Hj Hamzah dari UMNO telah menganggotai PKR. Rata-rata penduduk disitu kebanyakkannya penyokong tegar UMNO/BN. Walau bagaimanapun terdapat juga penyokong tegar PR tetapi tidaklah seramai mana. Adalah dijangkakan kehadhiran mungkin menggalakkan kerana ingin mendengar cerita panas mengenai isu di Perak. Tetapi kehadiran ramai nanti tidak bermakna sokongan bertambah, sebab yang hadhir nanti kebanyakkannya orang luar. Moralnya, jangan perasan yg hadhir tu semua penyokong atau orang-orang yg sudah dipengaruhi..Jgn mudah syok sendiri..

    BalasPadam
  3. Hidup Pas
    Hidup Pas
    Hidup Pas

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.