KUALA LUMPUR [7.00 pm] - Majlis Peguam bercadang menyaman Kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berikutan penahanan lima peguam di depan Balai Polis Daerah Brickfields, baru-baru ini. Badan itu mendakwa, penahanan peguam terbabit adalah satu pencabulan mengikut Seksyen 28 (A)(4) Kanun Acara Jenayah. Lima peguam berkenaan dilaporkan mahu membela 14 orang yang ditahan kerana mengadakan perhimpunan aman di balai itu.
[Inilah akibatnya jika pasukan polis membuat kerja tanpa mengikut pertimbangan dan kewajaran bidang tugas mereka. Hanya mendengar arahan pihak atasan yang mempunyai hubungan politik, maka mereka mengikut dengan membuta tuli tanpa memikirkan apakah ia diharuskan atau menyalahi undang-undang sebenarnya].
VK Linggam Ada Sebut Nama Hakim Datuk Ramly
KUALA LUMPUR [6.45 pm] - Hakim Datuk Ramly Mohd Ali yang membenarkan permohonan rayuan Datuk Zambry Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung status Menteri Besar Perak, pernah disebut dalam rakaman video Hakim VK Lingam yang mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu. Demikian pendedahan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham (foto) tentang Hakim Mahkamah Rayuan itu yang dilantik 15 April lalu iaitu 27 hari sebelum Zambry merayu kes itu di mahkamah. Mengikut perbualan itu kata Badrul, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim. "Mereka adalah Dato' Heliliah Mohd Yusof, Datuk Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002," katanya. Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini, katanya. Beliau membangkitkan persoalan betapa mudahnya Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambry sedangkan Nizar terpaksa menunggu lima hari untuk berhadapan dengan tiga panel hakim.[Makanya sekarang sudah terbuktilah bahawa kenapaa Hakim Datuk Ramly itu begitu cepat mendengar dan membuat keputusan kes Menteri Besar Perak yang difailkan oleh Zambry baru-baru ini. Ini juga bermakna bahawa memang wujud keraguan dan pertikaian atas keputusan tersebut dimana permohonan Zambry didengar tidak sampai dua jam terus buat keputusan, sementara permohonan Nizar pula diberi tempoh lima hari dan perlu didengar oleh panel tiga orang hakim mahkamah rayuan. Benarlah laporan kami sebelum ini bahawa permohonan Zambry Kadir itu diputuskan melalui rundingan belakang atau "tabletalk" sahaja agaknya].






kadang-kadang nak salahkan polis yang ala-ala ikan kembong ni pun susah jugak.diorang ni cuma tau angguk je macam burung belatuk.yang patut disalahkan ialah orang2 kanan polis atau orang besar @jerung-jerung tu..
BalasPadamselamat hari guru kepada bekas guru guru ku semasa mengajar di SEK MEN SULTAN IDRIS SHAH 11 GERIK PERAK pada tahun 1981-1983 terutama sekali kepada CIKGU LATIFAH PANDAK (Cikgu Lat) yang mengajar aku pelajaran sains(biology).Cikgu apakabar sekarang?walaupun dah 28th tak jumpa tapi saya masih ingat cikgu...
BalasPadammengutuk orang memang sedap, kembunglah,masuk anginlah, belatuklah, jerunglah dan mcm2. yang berhimpun secara aman depan balai polis tu buat apa ? tempat lain tak aman ? tau pulok cari depan balai polis . carilah tapak kosong buat kenduri betul, kalau nak meriah lagi ajak polis2 tu sekali . masaalah tak selesai juga kalau berhimpun malah menambah ada. tapi ye lah , kita ni ngikut tok gurunya.
BalasPadambanyakkkk cantikkkk muka..buat kenduri jemput polis makan..elokkk lah tu...nak sebut nama polis pun dah nak termuntah ,lagi nak ajak
BalasPadamdepa makan..tak layak langsung..depa dah kenyang makan..makan rasuah..sampai dah boyot perut makan rasuah..nak apa lagi?????
kalau dah dengar nama pun nak muntah ngapa pergi duduk bersila kat depan balai tu.nama je lawyer tapi loyar buruk. dah tau makan rasuah , report lah kat sprm. oh ye kwn lupa sprm ni pun belatuk dan jerung juga. ya tak . awok seorang jelah yg betoi.............
BalasPadam