
Pahang Daily Online untuk mengambil kesempatan bagi mengucapkan Selamat Hari Pekerja buat semua rakyat Malaysia. Semoga segala penat lelah dan usaha murni yang dilakukan itu akan memberi manfaat kepada semua, dunia akhirat. Dalam sibuk menjalankan tugas sebagai pekerja, jangan lupa juga untuk memikirkan tentang nasib serta masa depan generasi akan datang. Justeru itu, politik perlulah diberi perhatian, kerana bermula dengan politik sahajalah ia akan mencorak serta menggambarkan kempimpinan akan datang. Jika baik coraknya, maka cerahlah masa depan mereka. Namun jika sebaliknya, maka akan punah dan gelaplah masa depan mereka. Oleh itu, marilah sama-sama kita melakukan perubahan. Kerana, masanya sudah tiba untuk itu. Pembelaan yang sewajarnya terhadap golongan pekerja haruslah difikirkan. Ini kerana semakin hari, begitu ramai dikalangan mereka yang diberhentikan ataupun dihadkan waktu bekerja mereka. Ini menyebabkan ia memberi impak kepada pendapatan dan ekonomi mereka sendiri. Jadilah pekerja yang mempunyai pemikiran yang inovatif dan kritis dalam kita membawa perubahan masa hadapan, Selamat bercuti buat semua dan teruskan bersama blog ini biar apa jua kerja yang anda lakukan. Marilah kita bersatu membentuk kekuatan untuk meneruskan agenda perubahan.






Tiada ulasan:
Catat Ulasan