KUALA LUMPUR [9.00 pm] - Polis menahan enam belas orang termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri Teratai, Jenice Lee (foto) di luar pusat khidmatnya di Ampang kira-kira jam 8.45 malam tadi kerana didakwa mengadakan perhimpunan haram. Mereka ditahan ketika mengadakan acara nyalaan lilin sebagai sebahagian daripada perkabungan kematian demokrasi. Polis membuat penahanan selepas memberi amaran supaya mereka yang berhimpun bersurai. Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Pandan Indah. Menurut Ketua Polis Daerah Abdul Jalil Hassan mereka ditahan kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit. Walau bagaimana pun Jenice Lee menyatakan mereka mempunyai permit untuk mengadakan perhimpunan tersebut. Abdul Jalil pula berkata Jenice membuat permohonan permit itu pada jam 2 petang tadi tetapi ia tidak diluluskan pihak polis.[Apa yang berlaku kepada YB Jenice merupakan satu lagi pencabulan hak-hak rakyat dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Polis mengambil tindakan tegas pabila perhimpunan yang melibatkan pemimpin dan penyokong parti pembangkang. Sebaliknya polis akan menjaga dengan baik perhimpunan yang dijalankan oleh penyokong kerajaan. Inilah bukti jelas bahawa pihak polis kini telah menyalah gunakan kuasa mereka].
RM500,000 Diperuntukkan Pilihanraya Penanti
GEORGETOWN [8.53 pm] - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal memperuntukkan kira-kira RM500,000 untuk pilihan raya kecil N12 Penanti. Setiausaha Datuk Ngah Senik (foto) berkata peruntukan kali ini memakan belanja yang lebih besar berbanding pilihan raya-pilihan raya lepas ekoran penambahan tenaga kerja manusia. “Berdasarkan kepada pilihanraya Kuala Terengganu yang lepas, kos yang dianggarkan kira-kira RM300,000. Untuk pilihanraya Penanti, SPR menganggarkan kira-kira RM500,000,” kata Ngah. Ditemui selepas taklimat proses pilihan raya Penanti, Ngah Senik berkata bilangan petugas SPR ditambah kepada 450 orang untuk pilihan raya kali ini. “Perbezaan kos mesti ada, kerana keperluan yang berbeza-beza. Logistik, kertas-kertas undi dan penambahan petugas yang untuk membantu pengundi dalam pilihanraya yang akan diadakan nanti,” kata Ngah. Beliau juga menambah perubahan-perubahan dalam pilihan raya DUN Penanti adalah hasil pertemuan bersama parti-parti politik dan pemantau pilihan raya sebelum ini. Daftar pemilih yang digunakan dalam pilihan raya kali adalah daftar yang telah dikemaskini secara semasa.[Kenyataan Ngah Senik bahawa kos pilihanraya Penanti yang berjumlah RM500,000 itu lebih tinggi daripada kos pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu sebelum ini iaitu RM300,000 amatlah tidak logik dan masuk dek akal sama sekali. Mana mungkin kos untuk DUN lebih tinggi daripada kos parlimen. Walhal semua rakyat tahu, SPR menggunakan wang yang banyak semasa pilihanraya kecil Kuala Terengganu dulu. Rakyat sekali lagi cuba diperbodohkan dengan kenyataan dangkal oleh pegawai SPR itu].
PAS Yakin PRU-13 Awal, Tiga Negeri Lagi Jatuh
KUALA LUMPUR [8.30 pm] - Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (foto) berkata, beliau menjangka tiga lagi negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Melaka akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang. Beliau berkata, jangkaan itu adalah berdasarkan kemenangan Pakatan pada siri pilihan raya kecil sebelum ini iaitu di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau. "Ia menandakan lonjakan dan sokongan kepada kita dan ia akan menjalar pada pilihan raya umum ke-13. "Saya dah nampak-nampak Johor mungkin jatuh, Negeri Sembilan mungkin jatuh dan Selangor akan jatuh. Ini adalah mimpi ngeri kepada UMNO dan Barisan Nasional," katanya dalam satu sidang media hari ini.[Keyakinan PAS Selangor ini ada asasnya dan pasti bakal menjadi kenyataan jika dilihat kepada fenomena kebangkitan rakyat sejak akhir-akhir ini. Rakyat diseluruh pelusuk negara sebenarnya memang mahukan perubahan dan pasti akan menolak UMNO serta Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang. Teruskan usaha bagi menarik generasi muda lebih terdorong ke arah itu, demi masa depan mereka].
Penanti, Seorang Lagi Calon Bakal Bertanding
GEORGETOWN [8.00 pm] - Seorang pengurus syarikat dijangka mengumumkan esok keputusannya sama ada akan bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti. Nai Khan Ari, 41, berkata ada beberapa perkara yang perlu beliau selesaikan sebelum membuat keputusan menjelang hari penamaan calon Sabtu ini. Nai memberitahu walaupun memiliki rumah di Lunas, Kedah, beliau sebenarnya dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Telok Wang. Lelaki berketurunan Siam ini berkata beliau telah membeli borang pencalonan daripada pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di KOMTAR Pulau Pinang.[Usah terkejut bila seorang demi seorang calon bebas akan menawarkan diri untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti ini sebenarnya. Mungkinkah penyertaan calon kali ini boleh menyamai pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau di Kedah baru-baru ini. BN menafikan mereka menaja calon-calon bebas berkenaan, tetapi satu dunia tahu yang BN memang pengecut untuk menyaksikan "jenama UMNO/BN" dimalukan dalam pilihanraya ini. Maka itulah mereka terpaksa mencari jalan agar logo lain digunakan, walhal orangnya tetap sama dan serupa].
Sistem Kuota Pemilihan UMNO Di Mansuhkan
PUTRAJAYA [7.55 pm] - Sistem kuota pencalonan bagi semua jawatan dalam UMNO dijangka dimansuhkan menjelang pemilihan parti 2011, dan pada masa sama, proses pengundian akan diperluaskan ke peringkat akar umbi sama ada membabitkan keseluruhan 3.4 juta ahlinya atau 60,000 ahli di peringkat bahagian. Setakat ini, Jawatankuasa Teknikal Pindaan Perlembagaan parti yang bermesyuarat hari ini bersetuju untuk meneliti cadangan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, pada Perhimpunan Agung UMNO lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Teknikal Perlembagaan UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (foto), berkata pindaan itu akan dibentangkan kepada 2,554 perwakilan pada Perhimpunan Agung Khas parti yang akan diadakan tahun ini.[Walau apa pun sistem yang dilakukan oleh UMNO bagi menghapuskan rasuah "politik wang" dalam parti karat itu. Namun, rakyat tetap yakin yang gejala itu sukar untuk dibendung sebenarnya. Tambahan pula "rasuah" seolah-olah sudah sebati dalam jiwa, hati dan naluri puak-puak UMNO dan Barisan Nasional. Sistem kuota tidak akan menghalang calon-calon untuk terus berkempen dan merasuah perwakilan UMNO sebenarnya. Kerana rasuah adalah "darah daging UMNO" sejak dulu, kini dan pastin buat selama-lamanya].






Adakah Nai Khan Ari akan ditaja oleh ubn???
BalasPadamtak dia di taja oleh taksin,mad nizar thailand
BalasPadamcayalah dia ditaja taksin mad nizar thailand dan disokong oleh sivakumar al ngeh
BalasPadamtesting..testing..
BalasPadam