script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Krisis Politik Negeri Perak, Mahkamah Rayuan Mula Bersidang Hari Ini Untuk Tentukan Siapakah Menteri Besar Perak Yang Paling Sah !!

PUTRAJAYA [9.30 am] - Mahkamah Rayuan di sini pagi ini akan mendengar rayuan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (foto) dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berhubung status mereka sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Mahkamah dijangka mendengar rayuan kedua-dua mereka serentak sebentar lagi. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Bagaimanapun, sehari kemudian Mahkamah Rayuan di sini membenarkan permohonan Zambry untuk penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu. Pembicaraan yang diadakan pada hari ini di mahkamah Rayuan Kuala Lumpur ini adalah siri pembicaraan yang mendapat perhatian pelbagai pihak khususnya warga Negeri perak yang menantikan sinar baru politik negeri itu yang nampaknya terus berlanjutan. Walau apapun harapan yang diberikan kepada perbicaraan itu, satu harapan yang paling tinggi dan saya rasa sangat diharapkan juga oleh pelbagai pihak, iaitu tidak akan ada campurtangan dari mana-mana pihak pun dalam menentukan keputusan kes ini. Kemenangan MB Nizar di Mahkamah Tinggi baru-baru ini sebenarnya telah menaikkan kembali martabat dan imej badan kehakiman itu dimata majoriti rakyat.

Nizar dikerumuni penyokong dan wartawan di mahkamah sebentar tadi

Semoga keputusan yang paling adil diberikan sebagaimana ianya diberikan kepada Nizar di Mahkamah Tinggi. Difahamkan peguam yang mewakili Zambry sudah pun berhujah di hadapan tiga orang hakim. Sebelum ini Nizar melalui peguamnya pada minggu lepas telah membuat permohonan rasmi supaya kes ini didengar dan diputuskan oleh lima hakim dan ternyata permohonannya ditolak dengan alasan yang diberikan pada pagi ini permohonan peguam Nizar lewat. Sebentar tadi panel hakim menangguhkan sidang setelah peguam yang mewakili Zambry mengakhiri hujahnya sejak pagi tadi. Selepas ini bermula pada jam 12.15 tengahari, peguam MB Nizar pula iaitu Hj. Sulaiman Abdullah akan mengemukakan penghujahannya. Setelah diteliti dari penghujahan peguam Zambry pagi tadi ternyata didapati hampir sama dengan apa yang telah dikemukakan di Mahkamah Tinggi sebelum dari ini.

[Keputusan yang sukar dijangkakan dalam kes ini sebenarnya. Apakah Nizar akan menang atau Zambry akan dimenangkan. Kekalahan pertama sudah berlaku dipihak Nizar apabila lima hakim yang dipohon tetapi hanya tiga yang diterima untuk mendengar rayuan tersebut. Alasan yang diberikan kerana mahkamah lambat menerima permohonan peguam Nizar adalah tidak masuk akal sama sekali. Kerana dizaman canggih dan moden hari ini, alasan seperti itu tidak wajar diberikan bahkan mahkamah boleh menghubungi hakim-hakim berkenaan untuk mendengar kes yang cukup panas dan sensasi ini sebenarnya. Namun mahkamah memilih hanya tiga sahaja dan itu pun sebenarnya sudah cukup berbeza dengan apa yang berlaku terhadap Zambry sebelum ini. Bilamana hanya seorang hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar kesnya itu. Inilah yang menimbulkan persoalan sekarang, apakah kes ini dapat diadili dengan bijaksana, telus dan adil untuk menyakinkan rakyat kepada badan kehakiman negara].

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.