script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita Terkini Dari Pelbagai Sumber Media

Kerajaan Pantau Blog Main Isu Komunisme

KUALA LUMPUR [3.40 pm] - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, akan sentiasa berwaspada terhadap blog atau pihak yang cuba menonjolkan isu komunisme tanpa mengambil kira latar belakang sejarah negara. Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata pihaknya boleh bertindak mengikut garis panduan undang-undang komunikasi dan multimedia atas alasan blog berkenaan cuba menggembar-gembur dan memperdaya masyarakat ke arah komunisme. "Kita bertindak di bawah undang-undang komunikasi dan multimedia tetapi kita suka untuk memberi amaran kepada mereka. Proses itu sedang kita laksanakan sekarang," katanya selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia hari ini.

Kempen Pilihanraya Kecil Penanti Terkawal


BUTTERWORTH [2.40 pm] - Kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti setakat ini berjalan lancar dan semua calon serta parti yang bertanding mematuhi peraturan pilihan raya, kata Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, Mohd Faiz Syazwan Zainal Abidin. Beliau berkata, SPR hanya menerima laporan berhubung kesalahan menggantung poster dan bendera parti yang tidak bertanding pada pilihan raya itu. "Sejak tempoh berkempen bermula Ahad lalu, kita hanya dapat laporan mengenai kesalahan menggantung bendera dan poster," katanya. Beliau berkata, SPR bertindak menurunkan 13 bendera DAP di kawasan Penanti kerana calon parti itu tidak bertanding pada pilihan raya itu. "Setakat ini tiada tindakan diambil. Cuma kita turunkan bendera parti itu dan serahkan bendera itu kepada parti terbabit," katanya. Mohd Faiz berkata, mana-mana parti tidak bertanding pada pilihan raya itu tidak dibenarkan memasang bendera dan poster parti mereka di kawasan itu.

Hanya Nai Khan Ari Mengundi Di DUN Penanti


GEORGETOWN [2.03 pm] - Calon Bebas, Nai-Khan Ari Nai Keow, 41, adalah satu-satunya calon yang akan mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada Ahad ini. Pengurus syarikat yang juga bekas Ketua Pemuda Gerakan cawangan Telok Wang, Penanti, itu akan mengundi di daerah mengundi Telok Wang. "Pada 31 Mei ini hanya saya yang akan mengundi, isteri tidak mengundi di sini kerana mendaftar di Kulim," katanya. Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang, Morat Pora, mengesahkan hanya Nai-Khan Ari sahaja yang akan mengundi pada pilihan raya kecil itu manakala tiga calon lain bukan berasal dari Penanti.

Ibu Kugan Fail Notis Batal Waran Geladah

KUALA LUMPUR [1.45 pm] - Ibu kepada tahanan yang mati di lokap, A Kugan, memfailkan notis usul di Mahkamah Tinggi di sini, bagi membatalkan waran geledah dikeluarkan pada 6 April lalu, ke atas Pejabat Ketua Jabatan Patalogi Pusat Pembedahan Universiti Malaya. N Indra, 41, juga pekerja hotel, turut memohon semua barang dan dokumen termasuk tisu badan Kugan dan isi perutnya, yang didapati daripada penggeledahan dikembalikan kepada Jabatan Patalogi PPUM.

Pilihanraya Kecil DUN Manik Urai Pada 14 Julai

PUTRAJAYA [12.30 pm] - Hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Manik Urai ialah pada 6 Julai manakala hari pengundian pada 14 Julai. Perkara ini telah diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof (foto) hari ini. Pilihanraya ini diadakan berikutan kekosongan kerusi berkenaan apabila penyandangnya Ismail Yaakob meninggal dunia, akibat sakit jantung, 22 Mei lalu. Seramai 12,293 pemilih termasuk 25 pemilih pos dijangka membuang undi dalam kerusi kawasan pedalaman itu di kawasan parlimen Kuala Krai. SPR akan gunakan daftar pemilih yang dikemaskini hingga Jumaat lalu.

[Selamat berjuang dan bersedia untuk menggempur jentera BN di Manik Urai. Apapun pastikan kemenangan DUN Penanti pada 31 Mei ini, supaya ia dapat menyuntik semangat rakyat di Manik Urai selepas ini].

Dakwaan Aminah Hanyalah Satu Pembohongan

GEORGETOWN [12.10 pm] - Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim (foto) menyifatkan segala tuduhan dan dakwaan Aminah Abdullah mengenai parti itu dan dirinya sebagai pembohongan semata-mata. Katanya calon Bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti itu cuba mengalihkan fokus sebenar pilihan raya itu dengan mereka pelbagai cerita bertujuan memburukkan imej parti. “Dia sepatutnya tumpu kepada pilihan raya kecil ini dan ceritalah apa yang hendak dilakukannya untuk penduduk Penanti, bukan buat cerita yang bukan-bukan,” katanya. Beliau yakin tindakan Aminah mereka cerita kononnya berlaku satu peristiwa di sebuah hotel di Jawi, Nibong Tebal dua tahun lalu ada kaitan dengan perasaan tidak puas hati kerana beliau menggantikan Aminah dengan orang lain sebagai Ketua Wanita PKR negeri.

[Maknanya Aminah Abdullah adalah insan yang kecewa kerana tidak dapat mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Wanita PKR Pulau Pinang. Maka itulah kita tidak hairan beliau mempunyai hubungan dengan pemimpin PKR sendiri. Soalnya sekarang, siapa yang mengajar dan membuat skrip untuk propaganda Aminah ini sebenarnya?].

Akhirnya Ibu Tahanan ISA Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR [12.05 pm] - Penantian seorang ibu selama lapan tahun yang ingin melihat anak yang amat di kasihinya bebas dari pada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri , tidak kesampaian apabila beliau menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi. Allahyarhamah Sauda Abdul merupakan ibu kepada tahanan ISA Mat Sah Mohamed Satry (foto) yang di tahan di Pusat Tahanan Kamunting, Taiping sejak 2001. Ibu berusia 71 tahun itu meninggal dunia akibat sakit tua di rumanya di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Menurut suami beliau kali terakhir allahyarhamah bertemu Mat Sah adalah pada Ahad lepas setelah beliau dibenarkan pulang buat seketika untuk bertemu ibunya yang sakit tenat. "Pertemuan antara ibu dan anaknya itu berlangsung dalam suasana yang gembira dan beliau tidak mengetahui apa perbualan mereka tetapi beliau sempat mendengar isterinya bertanya bilakah agaknya anaknya itu akan kembali ke pangkuan keluarga seperti dulu,” kata beliau. Mat Sah tiba jam 3.00 petang dengan di iringi kawalan ketat lapan anggota polis yang berpakaian preman. Beliau ditahan tanpa bicara di bawah ISA kerana dituduh terlibat dalam kegiatan kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah.

[Betapa hinanya amalan undang-undang di Malaysia pabila ISA masih dianggap relevan biarpun telah diktuk oleh rakyat. Apakah tidak cukup dengan segala undang-undang yang ada untuk mendakwa mana-mana pesalah di negara kita?. Sedangkan seorang pembunuh manusia dan penjenayah terkenal boleh dibicarakan dan tidak dianggap mengganggu keselamatan negara. Bahkan mereka boleh pula menyediakan peguam untuk mempertahankan diri, takkan manusia yang belum tentu apakah kesalahan mereka dan tidak pernah membunuh sesiapa pun ini terus dipenjara tanpa perasaan belas kasihan dihati mereka ini agaknya].

[ Sokong PDO, Sila Sign Buku Pelawat Kami ]
[Masalah Di Tempat Anda, Laporkan Di Sini]

Share:

17 ulasan:

  1. Tunggu hasil siatan SPR dan SPRM dulu sebelum kata Kak Min berbohong dan mereka cerita. Masaalahnya pulak, hangpa tak kan percaya dengan keputusan siasatan itu nanti..

    BalasPadam
  2. Anon 12.27pm inilah warna kempen wanita bebas (warna umno) dlm PRK penanti ke arah kempen moden dan amat berkesan menarik pengundi meludah dan meluat. Kesian makcik min org lain sibuk kempen nk majukan kg dia guna modal moden jual cd dvd haram.tahniah makcik min semoga usaha ini berjaya ya.

    BalasPadam
  3. Berbalik kita kepada ISA (Ini Syaitan Asli)saudara saudari semua cuba berada sedetik bersama keluarga arwah ibu tahanan ISA yg meninggal sblm sempat melihat anaknya bebas dari tahanan ISA. cuba anda rasai ratapi suasana hiba ini dan jika anda tidak mengalirkn air mata anda bkn lg manusia bahkan anda lbh hina dari binatang.

    Aku ingin mengajak pemimpin sial negara dan kuncu2 nya menyelami sesaat situasi pilu hiba ini bersama keluarga arwah ini.Sejahat jahat botak chin ada juga ruang beliau dibicara.Semoga ALlah jua membalas perilaku haiwan kamu wahai pemimpin negara.

    Subhanallah bersabarlah ucapan setinggi takziah kpd keluarga arwah dan juga kekuatan semangat Saudara Mat Sah kami semua diblkg anda dan kami semua merasai kehibaan anda.Kami sanggup tentang bajingan ini semua dgn nyawa dan darah kami.Ini perjuangan kami.namun undur tkkan sekali.aku rindukan sebuah kematian membebaskan bangsa dari akta syaitan durjana ini.Dengarlah wahai bajingan negara.Allahuakhbar

    BalasPadam
  4. Umno mmg parti celaka...celaka!!!!!celaka!!!!!al Fatihah utk arwah..

    BalasPadam
  5. ni semua dosa mak bapak kita dulu la yang dok pangkah dacing berpuluh tahun..la ni kita la kena tanggung azabnya...itu pun tak insaf lagi ke?...meh pakat balik ke jalan islam...

    BalasPadam
  6. Tumpang sedih dan hiba. Tahanan ISA dpd kumpulan JI patut dikaji semula samaada mereka ini masih berbahaya pada keselamatan negara. Harus dikaji samaada sasaran JI adalah negara ini atau negara lain. JI boleh dianggap pejuang sabilillah yg ingin menegakkan keadilan dari penindasan yg berleluasa pada umat islam sejagat. Peristiwa 9/11 adalah penyebab utama mengapa JI dianggap sedemikian rupa oleh uncle sam bush laknat. Negara ini seharusnya berpendirian dan berprinsip sendiri mengenai isu JI ini dan tidak perlu dipengaruhi oleh sesiapa.

    BalasPadam
  7. Betullah,mulai skrg aku berazam tak mau pangkah dacing lagi sampai mati bagi menebus kesilapan lalu.....

    BalasPadam
  8. Si dacing suka suntik semangat rakyat guna racun madu... pastu rakyat pelan-pelan rakyat jatuh sakit...

    BalasPadam
  9. anon 2.46 macam lawak je nak serah nyawa dan darah. pegedah berani ke nak lawan. senjata pun tak pernah pegang. aku sikit pun tak takut kat hang punya gampaq tu. gempaq habis hehehehe..

    BalasPadam
  10. bodohLAH kamu takut apa kat I.S.A,,KALAU TAK JADI PENGHIANAT NEGARA,BUAT APA NAK TAKUT DENGAN I.S.A,,MIKA JAHAT KOT SEBAB TU,MIKA TAKUT,NGAN I.S.A,AKU SETAN,LAGI JAHAT DARI HANGP ,TAK TAKUT PUN DENGAN I.S.A,HISSSSSSSS NI AKU NAK BISIK,TU MEMANG KERJA AKU, HANPA JANGAN,BERI TAHU SETAN2 LAIN NOOOO,AKU TAK TAKUT I.S.A,,AKU TAKUT ALLAH,MATI LAH AKU KALAU HANPA,BERI TAHU KAT SETAN 2 LAIN,,JANJI JANGAN BERI TAU OK,JUMPA KAT NERAKA

    BalasPadam
  11. Pelik betul dengan manusia skg ni, buat sesuatu ikut fikiran sendiri, Si aminah tu buat laporan lepas dicabar, dan dia pun kemukakan bukti, bukti suara dan gambar, dah ada bukti pun tak caya ker? kalau takde bukti lain lah cerita, ini bukti depan mata pun korang taknak mengaku lagi.... masih nak kata KEADILAN betul, si fairuz letak jawatan pun kerana rasuah tak pulak korang bising? siap mengaku si fairuz tu... jadi terimalah kenyataan PKR pun sama haprak dan penyagak mcm BN.....

    BalasPadam
  12. HELLO,HELLO,P.D.O,CUBA KOMEN SIKIT TULISAN MERAH HANG TU ATAS STATEMENT DATUK RAIS YATIM...WAITING FOR RESPOND,OVER,OVER U TOUCH ME ,I TOUCHED U,OVER, WAITING

    BalasPadam
  13. SALAM...
    buat pmbaca PDO, sy amat kagum dgn kalian, yg bnyk mmberi pndangan dn kemahiran masing2...
    ttapi apabila hndk mmberi pndangan, bg lah yg bersas, dan fakta...
    kalau kalian yg bangang2 ni bg pndangan yg bodoh2 kan rakyat, silalah layari blog2 UMNO, yg x dpt menerima pndangan org lain, hnya meraka aja yg betol....
    oleh itu, komen2 kalian yg bangang2 ini harus d layan oleh rais yatim sbgai mnteri kesenian yg bangang sepert kalian...
    jgn marah naa kalian skelian...
    "siapa mkn cili, rasalah kepedasanya"
    SALAM UNTUKMU YA RASULULLAH....

    BalasPadam
  14. BAGUS KITA SOKONG DAP DAN PANGKAH DAP. PARTI YG MEMBELA MELAYU / AGAMA ISLAM.BAGUS MELAYU. BERPECAH MELAYU LAGI BAGUS

    BalasPadam
  15. WEHHHHHHHHHH,TAK RASA PEDAS PUN

    BalasPadam
  16. aku pun makan cili tak pedas pun. bongok la anon 12.58 tu hehehe...

    BalasPadam
  17. What a cheap way 2 generate support from the Malays by sayin communism is returnin 2 Malaysia?
    What kind of threat a decrepit old man like Chin Peng pose 2 Malaysia anyway?
    Yes, he massacred a lot of people during the emergency but how come we allow Shamsiah Fakeh n Rashid Maidin 2 return?
    Because they're Malay n Chin Peng's not?
    1Malaysia just turned into 1Melayu


    What should be disputed here is y Najib is visitin China,the country behind the rise of communism back in the day?
    The BN government refuses 2 allow Chin Peng 2 set foot in Malaysia n yet they grovel in China's feet?

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.