script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita: Info Terkini Dari Pelbagai Sumber Media

Tawaran RM1o Ribu Untuk Pemberi Idea Bernas

GEORGETOWN [1.17 pm] - Kakitangan awam Pulau Pinang berpeluang menerima ganjaran wang tunai bernilai RM10,000 dengan menyumbangkan idea bagi meningkatkan sistem penyampaian awam serta menjimatkan masa. Ketua Menteri , Lim Guan Eng (foto), mengumumkan perkara itu dalam majlis perhimpunan anggota perkhidmatan awam hari ini. Beliau berkata, pemberian insentif itu adalah di bawah program Anugerah Inovatif Kreatif (CIA), di mana jabatan tempat penerima insentif itu bertugas turut menerima ganjaran RM10,000.

[Inilah bukti bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat begitu prihatin dan memberi komitmen terhadap kakitangan kerajaan yang mempunyai idea-idea bernas dalam membantu pentadbiran kerajaan negeri. Perkara seperti ini tidak berlaku di negeri yang dipimpin UMNO dan BN, kerana mereka akan merasa terlalu rugi untuk mengeluarkan wang sebanyak itu bagi diberikan kepada seorang kakitangan cemerlang. Sebaliknya, jika ia dibelanjakan oleh pemimpin UMNO dan BN sendiri, ia pasti tidak menjadi halangan buat mereka kerana itula tradisi dan kerja mereka selama ini].

Penanti, BN Buat Keputusan Bertanding 18 Mei

KOTA KINABALU [12.19 pm] - Barisan Nasional (BN) akan mengadakan pertemuan bagi menentukan sama ada parti itu akan bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei nanti. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (foto) berkata, keputusan sama ada BN perlu bertanding atau tidak bukan keputusan Umno semata-mata tetapi semua parti-parti komponen. "Saya tak fikir ini (Penanti) isu UMNO sahaja sebab bila kita bertanding... kita bertanding atas tiket Barisan Nasional. "Kita tidak tergesa-gesa membuat keputusan. Kita ini parti begitu kuat pada kerja untuk kebajikan rakyat," katanya dalam sidang media di sini, semalam. Najib, yang juga pengerusi BN berkata keputusan mengenai kedudukan Penanti akan dibuat dalam tempoh terdekat. Difahamkan, pertemuan itu akan diadakan pada 18 Mei ini. Kerusi DUN Penanti kosong setelah bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin, 33, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengosongkannya dengan alasan untuk melanjutkan pelajaran. PKR telah umumkan calonnya, Mansor Othman bagi pilihan raya itu.

[Nampaknya ternyata UMNO dan BN parti yang begitu kuat seperti dilaporkan oleh Najib. Sebab itu mereka kini "kecut" dan "menikus" dengan berbagai dalih semata-mata untuk meletakkan calon di Penanti. Jika di Trengganu, mereka paling awal dua minggu keluarkan nama calon, begitu juga di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Kini, tatkala melihat DUN Penanti itu kubu kuat Pakatan Rakyat, maka Najib hilang idea untuk bercakap bagi pihak rakyat sebenarnya. Dengan kuasa dan duit yang ada itu pun UMNO dan BN tidak mungkin dapat menutup mulut rakyat marhaen yang sejak sekian lama ingin melakukan perubahan ini].

Tiga Di Tahan Sambut Harijadi Altantunya

PUTRAJAYA [12.00 pm] - Tiga ditahan di depan Kompleks Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya selepas cuba "menyambut ulang tahun kelahiran Altantuya Shaariibuu", wanita Mongolia yang dibunuh tiga tahun lepas. Sani Md Shah ditahan jam 11.15 pagi apabila memegang kek hari jadi, sementara Saufi Mihat dan Yasir Sheikh Abdul Rahman ditahan tidak lama selepas itu sewaktu memegang kain rentang di depan pintu masuk kompleks tersebut. Ketiga-tiganya kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya. Kek seberat 5kg dan kain rentang itu yang dibawa oleh aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diketuai pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin (foto) turut dirampas polis. Kek putih dan kain itu bertulisan "Selamat Hari Jadi Altantuya". Jika masih hidup, wanita itu kini berusia 31 tahun. Setelah Badrul Hisham masuk ke balai, beliau dimaklumkan untuk hadir semula jam 2 petang ini.

[Nampaknya mereka sudah terlalu gusar dengan gelombang kebangkitan rakyat yang terus memainkan isu Altantunya ini, biarpun ia dianggap sudah selesai oleh mereka. Selagi tiada pihak yang didakwa kerana mengambinghitamkan kedua-dua tertuduh yang dijatuhi hukuman mati baru-baru ini, maka selagi itulah rakyat masih belum percaya dan yakin dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah. Mana mungkin kedua-dua UTK melakukan tugas membunuh Altantunya tanpa arahan sesiapa?. Soalnya, siapakah yang mengarahkan mereka buat kerja terkutuk itu?. Tidak ada sebab untuk mereka membunuh Altantunya jika tanpa arahan. Maka pihak polis wajar membuka semua kertas siasatan dan memanggil pihak terbabit untuk menjadi saksi kes yang berkenaan].

[Sokong Blog Ini, Sila Sign Buku Pelawat Kami]

[Ada Masalah Di Tempat Anda, Laporkan Di Sini]

Share:

7 ulasan:

  1. Ahli dan pemimpin umno-bn jangan mengharap menang mudah bila bertarung dalam apa saja pilihanraya kerana rakyat akan pelecehkan harapan itu.

    Rakyat akan menerima rasuah yang diberi oleh pencacai dari umno-bn namun selagi kemelut politik di Negeri Perak tidak diselesaikan secara adil maka selagi itu rakyat akan menentang umno-bn dalam semua pilihanraya yang akan diadakan.

    Kita berharap umno-bn yang diketuai oleh Datok Seri Mohd. Najib b Razak akan terus leka dan perasan bahawa tiada parti lain yang mampu mentadbir Malaysia dengan pembangunannya kecuali umno-bn. Hanya cara ini saja yang akan membuatkan rasa mual rakyat terhadap umno-bn akan terus meningkat.

    Kita juga mengharapkan agar SPR akan terus menunjukkan belangnya sebagai badan yang bukan bebas dan berkecuali dengan mengeluarkan arahan dan perintah yang dilihat sebagai menyokong barisan nasional. Hanya dengan cara ini rakyat akan segera sedar dan berhati-hati akan tipu muslihat yang selalu digunakan dalam setiap pilihanraya diadakan.

    Kita juga mengharapkan pihak polis sentiasa bersikap ganas dan zalim bila berhadapan dengan rakyat dalam setiap pilihanraya diadakan. Hanya dengan cara ini rakyat yang sopan akan belajar menjadi kurang ajar belajar bertindakbalas dalam setiap tekanan dan serangan yang dilakukan oleh polis.

    BalasPadam
  2. biasa ada kepentingan bg politik mereka akan gunakan, org dah mati pun dorang boleh nak bangunkan dorang akan bangunkan.....

    BalasPadam
  3. guang eng tak idea lah PDO, pandai je lah kau ni kerajaan pakatan rakyat prihatin konon ahak2...PDO dorang tak tau buat krja lah tu yang minta idea dengan rakyat konon, lagi pun gueng eng nak wat pe?, kerajaan dulu semua dah buat kang teruskan kata tiru plak kan...ehek

    BalasPadam
  4. saya nak tanya guan eng la kalau dia sudi nak jumpa dengan saya... apa kes dia buang kerja 13 staf perpustakaan negeri, tapi tak mau nak bertanggungjawab pulak... nak minta idea bernas dari orang konon, tapi diri sendiri pun tak tentu hala, buat niaya macam2 kat rakyat penang... pikir la sikit YB oi... BERNAS dah jadi beras, tapi 13 orang ni dah takde beras nak makan... diaorang takpe la boleh makan sedap2 dan kenyang2... pergi ceramah sana sini, pergi jamuan sana sini, gelak terbahak2, melantak terbahak bahak... sudah laaa

    BalasPadam
  5. Pada pandangan PDO a.k.a cucumatkilau apa saja puak PR buat semuanye bagus dan bernas. Budak hingus a.k.a calon YB tak kesampaian ni dah lupa akan kecaman DAP tentang perlaksanaan hukum hudud. Langkah mayat aku dulu, kata along karpal, agaknya dia dah lupa lantas peluk cium si karpal dan guan eng tu. Sungguh tak bermaruah dan sungguh rendah nilai harga diri para pendokong aljuburi termasuk PDO a.k.a cucumatkilau ni sehingga sanggup menggadai segalanya asalkan cita-cita rakus nak menjahanamkan negara boleh dicapai.

    BalasPadam
  6. AKU SUKA TENGOK PERKEMBANGAN EKONOMI KAT MALAYSIA INI. BOLIH DIKATAKAN SELURUH BANDAR DIMALAYSIA DIKUASAI OLIH BANGSA CHINA YANG SEMEMANGNYA PAKAR DALAM PERNIAGAAN.

    MEREKA BANGSA CHINA, BANYAK MEMBUKA PELUANG2 PEKERJAAN DIMALAYSIA, SAPERTI KILANG2, GEDUNG2 PERNIAGAAN DAN BERMACAM2 LAGI UNTUK MENJANA EKONOMI RAKYAT MALAYSIA, DENGAN INI RAMAI ANAK2 MELAYU MENDAPAT PELUANG PEKERJAAN.

    ORANG MELAYU BANYAK JUGAK YANG PANDAI BERNIAGA, TAPI KEBANYAKAN MEREKA KURANG BERMINAT UNTUK MELABURKAN DALAM HARTATANAH, TERUTAMA UNTUK MEMBELI BANGUNAN2 DIKAWASAN BANDAR.

    YANG LEBIH HEBAT LAGI, SEKARANG BANGSA CHINA TELAH MELABUHKAN SAYAP MEREKA MENGUASAI LADANG2 SAWIT DAN GETAH YANG JUMLAHNYA RIBUAN HEKTAR DAN BOLIH BERSAING DENGAN FELDA DAN FECRA.

    TETAPI KEBANYAKAN LADANG2 MEREKA DIPENUHI DENGAN PEKERJA2 DARI NEGARA LUAR, PELUANGAN PEKERJAAN DILADANG TIDAK BERAPA DIMINATI OLIH ORANG2 MELAYU.

    ORANG CHINA BERJAYA KERANA USAHA MEREKA, KEGIGIHAN MEREKA, KERJAKUAT MEREKA, KETAATAN MEREKA TERHADAP KERJA2 MEREKA.

    ORANG MELAYU, PATUT BELAJAR DENGAN BANGSA CHINA, SAPERTIMANA PESAN RASULULLAH S.A.W. BELAJARLAH ILMU WALAUPUN SAMPAI KENEGERI CHINA.

    BalasPadam
  7. Betul kata minda kelas pertama. Satu lagi, orang melayu paling pandai berpolitik nak pulak yg jenis ganas, maki hamun, fitnah, caci mencaci, busuk hati, hasad dengki, dll. Sebab tu lah bangsa ni tak maju. Cakap pandai tapi habuk pun tarak..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.