KUANTAN [6.30 am] - Jawatankuasa Penduduk (KRT) dan rakyat di Taman Pasdec Makmur, Bandar Indera Mahkota merasa terkilan dan amat kecewa dengan tindakan "lembab" pihak kerajaan untuk membatalkan projek pembinaan bangunan kekal "Thai Sea Food" di atas tanah TOL (Lesen Pendudukan Sementara) dekat sini. Biarpun telah beberapa kali didedahkan oleh PDO dan ada juga di akhbar Sinar Harian, namun sikap acuh tidak acuh pihak berkenaan untuk menyiasat dan mengambil tindakan tegas projek itu masih tidak kelihatan. Malah, siasatan krew kami dilokasi terbabit mendapati pembinaan bangunan terbabit masih terus rancak dijalankan biarpun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak. Projek yang dibina di atas tanah TOL itu menjadi isu penduduk di sini bilamana pihak pemaju dipercayai telah "merampas tanah tapak surau" yang telah digazetkan dalam "master plan" taman perumahan terbabit. Rampasan tanah secara terancang ini dipercayai didalangi oleh beberapa pihak yang mempunyai kepentingan dan bakal mengaut keuntungan atas projek terbabit. Tanah yang sepatutnya dimajukan untuk pembinaan surau oleh jawatankuasa penduduk telah dirampas sesuka hati oleh "orang luar" untuk kepentingan peribadi mereka.
Malah lebih menyedihkan, pihak berkenaan dipercayai telah "melapiskan fail" permohonan tanah berkenaan oleh jawatankuasa penduduk dan surau taman itu di Pejabat Tanah Dan Daerah Kuantan. Permohonan telah dibuat melalui Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sebelum itu oleh jawatankuasa penduduk (KRT) dan surau taman berkenaan. Namun permohonan berkenaan telah dilambat-lambatkan oleh pihak tertentu di Pejabat Tanah dan Daerah Kuantan tanpa sebarang alasan. Setelah beberapa kali dipohon kepastian oleh ahli jawatankuasa penduduk mengenai status tanah itu, maka amatlah mengejutkan bilamana ada pihak lain yang bergelar "Dato" telah memohon tanah itu atas nama peribadi. Walhal, sepatutnya pihak berkenaan tidak membenarkan mana-mana pihak pun memohonnya, memandangkan jawatankuasa penduduk sudah bercadang untuk mendirikan surau baru atas tapak berkenaan. Kini surau baru terpaksa dibina di tempat lain, setelah tanah terbabit dirampas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu. Walau bagaimana pun pihak jawatankuasa penduduk taman berkenaan masih mahu tanah itu dipulangkan kepada rakyat bagi dijadikan kemudahan awam yang lain seperti balairaya, dewan orang ramai atau sebagainya, bukan untuk didirikan premis perniagaan bagi kepentingan individu oleh pihak luar itu sebenarnya.

Namun, segalanya hancur musnah apabila ada "musuh dalam selimut" yang membocorkan rahsia tentang permohonan tanah berkenaan kepada pihak lain. Akhirnya permohonan daripada jawatankuasa penduduk "dibekukan" sebaliknya permohonan individu terbabit pula yang diproses dan diluluskan. Inilah yang menyebabkan para penduduk begitu marah dan kecewa akan apa yang berlaku itu. Malah mereka juga sudah puas mengadu nasib kepada pihak-pihak berkenaan termasuk kepada Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan terbabit, iaitu ADUN Semambu Dato' Pang Tsu Ming sendiri. Namun, segalanya menemui jalan buntu apabila Pegawai Daerah Kuantan (DO) sendiri gagal untuk berperanan dengan baik akibat tekanan daripada pihak berkenaan. Adalah difahamkan bahawa "dalang" yang menjadi "petualang rakyat" yang memainkan peranan menggagalkan permohonan jawatankuasa penduduk taman itu dan sebaliknya meluluskan permohonan daripada individu bergelar "Dato" itu adalah Settlement Officer (SO) di Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan sendiri. Malah beliau juga adalah individu yang telah menyokong permohonan itu, yang tidak dibuat melalui jawatankuasa penduduk taman berkenaan sebaliknya mendapat sokongan daripada jawatankuasa penduduk taman yang lain (bersebelahan taman Pasdec Makmur) dimana beliau sendiri terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa taman itu. Ini jelas membuktikan berlakunya penyelewengan dari segi surat sokongan itu sendiri. Malah penipuan juga telah dibuat terhadap Majlis Ugama Islam Daan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sendiri, kononnya permohonan itu mendapat sokongan Ahli Jawatakuasa Surau Al-Amin taman berkenaan. Walhal, segalanya hanya penipuan dan penyelewangan semata-mata, malah AJK surau terbabit juga tidak merestui malah bersetuju dengan projek berkenaan sebenarnya.
Difahamkan, setelah segala "kerja jahat" ini selesai maka pegawai SO terbabit telah bertukar jabatan ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang di Kompleks Tun Razak dekat sini. Perancangan yang rapi antara beliau dengan "Dato" terbabit menyebabkan para penduduk di taman berkenaan kini mengalami "trauma" melihat projek berkenaan yang kini semakin giat dijalankan. Malah tinjauan krew kami mendapati pagar zink sudah didirikan. Terdapat juga beberapa beg simen, pasir dan kepingan lantai mosaic yang baru tiba untuk tujuan berkenaan. Ini bermakna pihak terbabit langsung tidak akur dengan undang-undang. Walhal sudah jelas penyelewengan berlaku atas permohonan tanah terbabit ditambah lagi dengan pembinaan bangunan kekal yang menyalahi akta tanah itu sendiri. Namun, anehnya sikap berdiam diri pihak berkaitan seperti Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang, Pejabat Tanah Dan Derah Kuantan, Majlis Perbandaran Kuantan serta Exco Kerajaan Negeri Pahang yang berkaitan dengan hal ehwal tanah jelas membuktikan mereka tidak sanggup untuk "membela rakyat" yang teraniaya ini. Agak menghairankan kenapakah seseorang yang bergelar "Dato" itu yang juga dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional serta Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kuantan sendiri dibenarkan mendirikan projek "kontroversi" berkenaan tanpa mengambilkira "suara rakyat". Apakah kerana "kabel besar dengan pihak berkenaan" maka projek ini dipandang sebelah mata, biarpun ternyata menyalahi berbagai perkara berkaitan. Justeru itu, adalah diharapkan agar pihak berkaitan dapat mengambil perhatian segera akal hal ini, sebelum perkara yang lebih buruk berlaku. Ini kerana ada sebahagian dikalangan penduduk setempat sudah "hilang sabar" dengan "karenah birokrasi" pihak berkenaan. Biarpun kes ini telah dibawa ke pengetahuan pihak atasan, namun siasatannya dilihat masih "lembab" dan tiada tanda-tanda "pihak yang bersalah" akan didakwa atau dibawa ke muka pengadilan. Selaras dengan kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tentang konsep 1Malaysia bahawa "rakyat didahulukan" maka diharapkan kes ini dapat selesai dengan segera untuk kepentingan semua pihak.
[Difahamkan projek berkenaan telah dijual kepada "warga asing dari Thailand" untuk didirikan "Thai Sea Food Restoran". Menurut sumber, rakyat Thailand itu telah membelanjakan hampir RM80,000 untuk urusan pembinaan "haram" projek berkenaan. Sedangkan Dato' terbabit hanya menjanjikan lesen dan kelulusan daripada jabatan berkaitan. Walhal suara penduduk setempat dinafikan. Laporan rasuah dan penyelewengan juga telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pahang dan kini proses siasatan sedang dijalankan oleh pihak terbabit. Jika terdapat bukti rasuah dan penyelewengan, maka adalah diharapkan pihak berkenaan diambil tindakan yang sewajarnya demi kepentingan penduduk setempat. Kami juga difahamkan terdapat unsur ugutan telah dibuat kepada jawatankuasa penduduk sekiranya "projek berkenaan" diganggu atau digagalkan. Inilah bukti bahawa memang projek berkenaan perlu dihentikan dan dikembalikan tanah terbabit kepada jawatankuasa penduduk untuk dijadikan kemudahan awam yang lain. Ini kerana, surau baru telah dibina ditapak lain setelah tapak berkenaan yang sepatutnya dirampas oleh mereka. Kes ini adalah bukti betapa rakusnya mereka yang berkuasa dan mempunyai hubungan rapat dengan pihak yang berkuasa untuk bertindak sewenang-wenangnya tanpa mengambilkira hak-hak dan kepentingan rakyat setempat. PDO juga hairan dengan sikap berdiam diri Pengerusi Jawatankuasa Penduduk taman berkenaan yang merupakan bekas calon BN yang kalah kepada PKR bagi Parlimen Indera Mahkota dulu].

SPRM MPK PEJABAT TANAH PAHANG SEMUA MASIH TIDO LENA KE..KENAPA AMIK TINDAKAN. NAK TUNGGU KAMI PECAT TUKAR KAMU SEMUA DULU KE.KALAU KES ANAK BILIS CEPAT BENAR KAMU PERGI SIASAT TERUS SUMBAT PENJARA.
BalasPadamINILAH NILAI SEBENAR KAMU SEMUA TIDAK BERGUNA LANGSUNG PADA AGAMA BANGSA DAN NEGARA.MAKAN GAJI BUTO
Report lagi. Report banyak kali kat SPRM. Segala bentuk penyelewengan oleh sesiapa saja mesti dibenteras. Tapi betul ke tapak tu tapak haram? siasat betul2, nanti naya.......
BalasPadamtanah ku kan rezab masjid perumahan tu.alih alih bertukar menjadi sea food corner oleh tgn tgn ajaib.
BalasPadamsama sama la kita fikir. mana betul mana salah
Buat laporan polislah...kalau dalam blog, tak boleh bawa ke mahkamah....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
BalasPadamSuara penduduk umpama 'Menunggu ayam jantan bertelur'. cuk-cuk gendong, gendong bertalu-talu, Datok dah kena cucuk hidung, Poket penuh buat tak tahu. wakaka..
BalasPadamLAPORAN POLIS LAPORAN SPRM LAPORAN KPD MPK MALAH SEMUA DAH DI KOKOK KAN CUMA KOKOKAN AYAM KAMPUNG SIAPA NK DENGAR JIKA DI KOKOK KN PD PEMIMPIN NO1 NEGARA PUN SAMA JUGA HASILNYA
BalasPadamMalangnya Negeri Pahang habis dijual kepada semua orang asing. Yang kaya lepas ni Orang Siam, kemudian bawak lari duit secara haram ke luar negara. Untuk SO dan dato' tu moga Allah turunkan laknat atas mereka moga jadi panduan kepada orang lain. Kepada J/kuasa Surau kalau dah lapurkan kepada SPRM, MPK, buat sembahyang hajat dan baca Yassin, moga sesiapa yang terbabit meruntuhkan agama Allah ni diturunkan bala' segera.
BalasPadamKalau tak jalan juga kita buat demontrasi. OK tak
ape nak heran....puak2 ni tanah yg ada masjid/surau pun depa rampas, ni pulok tanah kosong....tapi aku nak tanya SIAPA YG BAGI PUAK2 KUASA? Lu pikir le sendiri.....
BalasPadambukan rakyat thailand la...apa la ni info salah..rakyat malaysia juga yang nak bukak tu...tapi guna konsep thailand and seafood..
BalasPadamnak buat citer sembang jer lebih..tak ada etika dalam menulis..
bagi aku lantaklah..ko nak sibuk apasal..lagipun diaorang nak bukak restoran...bukan kasino pun..disko ker aper..
penduduk kat sini x bising pun..ko pulak lebih-lebih..aku pun duduk kat sini gak..bagi aku ok apa..
tengoklah kesan sosio ekonomi nanti..antara kesannya:
1)Peluang pekerjaan
2)dapat mewujudkan persaingan yang sihat
3)memperkenalkan indera mahkota sebagai tempat makanan yang popular
jangan ambil yang negatif aja..
kena ingat kita ni hidup di dunia ni tidak lama..sikap dengki mendengki tidak harus ada..
hahaha..wujud peluang pekerjaan (semua pekerja org siam nanti..ini bukan kilang wey), wujud persaingan sihat (kat sini dah ada 3 warung tomyam seafood, dan dua darinya penduduk tempatan), nak perkenal indera mahkota sbgai tempat makanan popular buat apa..kat situ dah ada gerai2 makanan yang dibuka sampai jam 4 pg. Apa yg penting tanah tu adalah tapak SURAU dan dirampas dari penduduk secara HARAM. Tanah TOL kemudian didirkan bangunan KEKAL..ikut LAW ker tu? . Memanglah nak bukak RESTORAN..tapi kenapa rampasa HAK PENDUDUK..engko ni bukan penduduk disini, sebab tu ko sokong..kos ama jer macam SOLOMON hahahaha..nama jer Pengerusi Taman...tapi MENIKUS dalam isu ni. sapa kata penduduk x bising2...pegi tanya KRT dan jawatankuasa surau...ko tak aktif dgn persatuan penduduk..tak pun dapat komisyen projek tuu kot..kalau dibuka juga kami penduduk akan menagambil tindakan drastik termasuk mem.....premis terbabit...awas..jgn cabar kesabaran kami...
BalasPadamtak payah nak bagi peluang pekerjaan larr..restoran bukannya kilang boleh ambik pekerja sampai ratus2 orang...apa yang pasti..budak2 thailand yg dapat peluang jadi tukang masak, waiter dll...penduduk tempatan ker tu?
BalasPadamApa2 pun kalau nak ambil tindakan ikut lunas undang2. Jangan main hentam ikut sesuka hati bro!
BalasPadamlunas undang2 tu lar yg didedahkan..sebab dah puas dah KRT ikut lunas undang2..semua x dilayan oleh kerajaan UMNO..kenapa nak terkejut pulak dengan pendedahan ini..ikut lunas undang2..BINA BANGUNAN KEKAL ATAS TANAH TOL pun dah salah..menyalahi AKTA..kenapa nak ikut lagi?
BalasPadamMaksudnya, tindakan susulan selepas semuanya tak jalan. Persatuan Penduduk boleh pasang lawyer mohon injunction kat mahkamah..Kena pakai duit sikitlah bang..pandai2lah nak cari duit tu, asalkan jangan merompak, mencuri, samun, seluk saku. Tak pun cari lawyer free, mesti ada punyer..ramai yg nak ambik kesempatan dlm hal begini.
BalasPadamaKU TAK MARAH PUN DEKAT PUAK2 UMNO NI, SEBAB AKU TAK PERNAH PUN PANGKAH DEPA DALAM PILIHANRAYA.
BalasPadamSETAKAT RAMPAS TANAH, NAK HERAN APA, PUAK2 NI HUKUM ALLAH PUN DEPA TOLAK, INIKAN PULAK MASAALAH TANAH, KALAU BOLIHN TANAH KUBOQ PUN DEPA NAK JUAL.