script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Kemelut Di Perak, Kerajaan Di Saran Jangan Terus Memperbodohkan Rakyat Hanya Kerana Terlalu Kemaruk Mahu Terus Berkuasa

KUANTAN [9.00 pm] - Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman (foto) menegaskan bahawa beliau tidak terkejut dengan segala "permainan politik krisis Perak" yang sedang berlaku sekarang ini. Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh Krew PDO dirumahnya sebentar tadi. "Bagi saya, segala apa yang disajikan kepada rakyat sekarang sudah mengatasi batasan. Pemimpin UMNO kini bukan sahaja tidak mematuhi segala undang-undang malah cuba pula mempermainkan badan kehakiman itu sendiri" katanya. Beliau berkata demikian ketika ditanya pandangannya tentang kemelut politik Perak yang semakin bercelaru dengan keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk menangguhkan keputusan laksana Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Semalam Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar sah. "UMNO dan BN kini terlalu takut dengan pilihanraya kecil di Perak sekiranya DUN dibubarkan. Ini kerana mereka tahu bahawa majoriti rakyat sudah pasti akan menolak mereka.

Malahan kemungkinan besar majoriti kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat akan bertambah sekiranya pilihanraya diadakan. Inilah yang menggusarkan mereka sebenarnya",
tambah Dato' Fauzi lagi. Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa segala kepincangan terbaru yang berlaku ini adalah perancangan antara Perdana Menteri Najib Razak dengan Peguam Negara Ghani Patail. Justeru itulah Ghani yang menjadi peguam pencelah amat gembira dengan keputusan Hakim Datuk Ramly Mohd Ali yang memberi "semangat serta kekuatan baru kepada BN" untuk menghalang pembubaran DUN Perak. Sementara itu beliau turut menyifatkan mahkamah di Malaysia kini sudah "macam kartun" dan gagal berfungsi dengan baik apabila terdapatnya campurtangan politik. "Sungguh memalukan bila Mahkamah Rayuan begitu cepat dan pantas membacakan keputusan yang difailkan oleh Zambry Kadir awal pagi ini. Bayangkan Mahkamah Rayuan sudah menjalankan perbicaraan umpama "table talk" antara Hakim Ramly dengan Zambry kadir, tanpa disertai oleh dua panel hakim yang menjadi syarat dan kebiasaannya. Bukankah ini membuktikan bahawa sidang mahkamah itu sendiri kini sudah tidak sah dan wajar dipertikaikan sebenarnya" kata Dato' Fauzi mengakhiri perbualannya.

[Sesungguhnya PDO juga merasa malu melihat apa yang berlaku ini sebenarnnya. Kenyataan Najib dalam konsep 1Malaysia bahawa "rakyat diutama" ternyata hanya omongan kosong semata-mata. Walhal sebaliknya rakyat terus diperbodoh-bodohkan seolah-olah tidak faham undang-undang. Mereka masih lagi mengamalkan politik "jakun" dengan menganggap hanya mereka sahaja yang bijak dan pandai sebaliknya rakyat boleh diperkotak-katikkan. PDO juga agak hairan, kenapakah Najib dan UMNO begitu takut dengan pembubaran DUN jika benar mereka utamakan rakyat. Seharusnya suara rakyat dikembalikan untuk menentukan manakah kerajaan yang mereka impikan. Jika begini caranya, bukan sahaja rakyat bertambah marah malah mungkin suatu hari nanti ada yang akan bangkit dan memberontak seperti zaman penjajahan British dulu. Jika British memperbodoh-bodohkan orang Melayu dengan mengutip cukai dan segala urusan pentadbiran neger. Raja hanya ditugaskan menjaga agama Islam semata-mata. Maka akhirnya bangkit pahlawan seperti Mat Kilau, Tok gajah, Bahaman, Tok janggut, Abd Rahman Limbung, Mat Salleh dan ramai lagi. Malah di Perak lahirnya Dato' Maharajalela. Apakah akan berlaku lagi tragedi pembunuhan J.W.W Birch yang masih segar dalam lipatan sejarah di negeri Perak Darul Ridzuan itu].

Share:

10 ulasan:

  1. Dah agak dah..bila mahkamah memihak kpd Zambri, mesti ada yg tak kena. Tuduh itu, tuduh ini. Semalam tu tak mahu pulak menuduh mahkamah tak adil. Yg si Fauzi ni nak tumpang glamour beri komen pasal penghakiman pulak..ada "table talk" katanya. Itu satu tuduhan serious yg perlu diambil tindakan kerana menghina mahkamah.

    BalasPadam
  2. memang lah table talk..sebab Hakim Mahkamah Rayuan mesti ada tiga panel untuk sebarang keputusan..Mcm mana hakim boleh satau sama satu dengan Zambry then buat keputusan yg begitu cepat dan pantas...sedangkan kes Altantunya pun nak merayu ambik masa berminggu2.. kenapa begitu cepat?

    BalasPadam
  3. KITA KENAL FAUZI SIAPA..DAH TAK LAGU PUNYA AHLI POLITIK...BIAR LAH DIA MERAPU TAK ADA PENGARUH,PAHANG SUSAH PR NAK AMBIL

    BalasPadam
  4. Sudah sudah le tu. Kalau semalam Nizar kalah,nanti cakap BN masuk campur pulak. Bila dah menang pusing lain pulak.Bila nak habis. Bagi DAP je le perintah. Baru semua ok kot.

    BalasPadam
  5. MELAYU BODOH NI KENA BAGI DAP ( CINA )PERINTAH. BARU DEMA TAHU LANGIT TU TINGGI ATAU RENDAH. BIAR JADI KULI KONG SELAMA2NYA BARU DEMA SYOK.

    BalasPadam
  6. dorang ni tahu gang tapi buat2 bodo je kan... mari kita tengok siapa yang kena....

    BalasPadam
  7. tu lahhh..depa (PR) je yang betul skang nih..depa ja yg masuk syurga.org len masuk neraka..depa la yg maksum sgt..bila pihak tang depa semuanya betul ,mahkamah telus la apa lah/..bila tak pihak kat depa hina balik mahkamah..al maklumlah ramai sgt dalam PR nih yg Loyar-loyar..tu la pasalnya..jd lah PARTI LOYAR sudah nya...

    BalasPadam
  8. Inilah sikap puak Pembangkang, kalau keputusan Mahkamah menyebelahi mereka, mereka akan menyatakan Mahkamah itu adil, sampai sangggup sembahyang hajat, tapi bila mahkamah tidak menyebelahi mereka, dikatakan Mahkamah berpakat dengan BN. Wahai Fauzi fikir-fikirlah sebelum memberi komen. Ingatlah semasa berada di dalm kerajaan dahulu semuanya betul tapi sekarang bila duduk belah pembangkang lain pulak. Kalau nak jadi pejuang rakyat berjuanglah betul-betul,jangan berjuang untuk mendapatkan jawatan. Saya kenal siapa Fauzi. kita pernah bersama.

    BalasPadam
  9. ekele hujanemas kunun..yg engkau mengaku pernah 'bersama' fauzi plak ni apehal? cerita dlm kelambu sendiri simpan la bodo..

    BalasPadam
  10. sorry to say, tp ckp byk pun tarak guna la..mmg kitorang PR ni byk yg betulnye drpd tak betul. heheh...korang tu yg bengap, totok, buduss, kelabu asap!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.