script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Integriti Polis Semakin Terhakis Gara-Gara Double Standard Dan Terbaru Anggota UTK Terlibat Pula Jenayah Rompakan Berkumpulan !

KUALA LUMPUR [1.00 pm] - Nampaknya apa yang dilakukan oleh pegawai polis UTK dalam kes Altantunya Shaaribuu kini sudah dijadikan tauladan oleh rakan-rakan yang lain. Kini anggota polis Tiga anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, terhadap pertuduhan merompak secara berkumpulan, April lalu. Sabaruddin Harun, 32; Ahmad Razi Abd Talib, 27; dan Aminuddin Salim, 28; yang kini digantung tugas, didakwa merompak lapan unit telefon bimbit pelbagai jenis, cermin mata, minyak wangi, wang tunai RM320, sebentuk cincin emas, seutas rantai leher emas, dan seutas rantai tangan perak. Terdapat seramai lapan orang mangsa yang berumur antara 16 dan 40 tahun dan di antara mereka ada yang bersaudara dan ada yang masih belajar. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di No 115, Jinjang Selatan Tambahan, Sentul, pada jam 11 malam, 11 April lalu. Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika disabitkan dengan kesalahan itu.

Apa yang berlaku ini jelas sekali amat memalukan. Ini kerana mereka yang terlibat itu adalah anggota unit UTK yang kita tahu hanya akan menjalankan tugas berdasarkan arahan daripada pegawai atau ketua mereka. Soalnya sekarang kenapa jenayah pula dilakukan oleh mereka. Inilah akibat kerajaan sendiri mempergunakan pihak polis terutamanya UTK sebagai alat untuk dikambing hitamkan seperti apa yang berlaku kepada Sirul dan Azilah. Kini kes tersebut seolah-olah hambar dengan isu politik yang melanda Perak sekarang ini. Namun, apakah adengan polis terlibat dengan jenayah ini harus menjadi tatapan rakyat Malaysia?. Mana perginya motto BN semasa pilihanraya ke-12 iaitu "Selamat, Aman dan Makmur" itu?. Bukankah ini membuktikan kepada kita bahawa penjenayah sudah berada di mana-mana hatta dalam balai polis sendiri. Justeru kita tidak hairan kini banyak kes-kes yang melibatkan kebobrokan polis terus dipaparkan.Dalam masa yang sama jenayah terus berleluasa seperti pengedaran dadah, rompakan, pembunuhan, ragut dan sebagainya. Bukankan ini jelas menunjukkan bahawa penjanayah sudah tidak takut lagi dengan pihak polis di negara kita kerana mereka tahu kerja mereka akan dipermudahkan apabila "angpow under table" telah diberikan kepada pihak terbabit. Inilah senario yang berlaku sebenarnya. Maka itu jugalah kita tidak hairan dengan penahanan lori treller yang boleh membawa berjuta-juta ringgit dadah dengan melepasi kawalan imigresen dan pihak polis. Bukankah ini semua membuktikan bahawa mereka sudah diperdayakan, kerana asyik terlibat dengan kes-kes politik semata-mata.

[Justeru itu, dalam meraih kembali kepercayaan rakyat kepada pasukan Polis Raja Di Malaysia, makanya mereka harus bersikap adil dan tidak mengamalkan "double standard" kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan fahaman politik masing-masing. Pihak polis perlu telus dalam menjalankan tugas mereka serta jangan diperbodohkan dengan tindakan-tindakan yang tidak masuk dek akal dan fikiran waras manusia. Polis juga perlu telus dalam menyiasat laporan yang dibuat oleh rakyat Malaysia, jangan hanya menyiasat laporan Saiful Bukhari sahaja sedangkan laporan Anwar terhadap Saiful Buhari hingga kini tidak disiasat dalam kes liwat yang akan mula dibicarakan pada bulan Julai 2009 ini nanti].

Share:

9 ulasan:

  1. Ini kes jenayah beb! Tak usah nak kaitkan dgn hal politik. Kat negeri dibawah PR pun ada jenaya gak. Tak kiralah penjenayah tu sapa, warga asing ke, polis ke, tentera ke, pegawai kerajaan ke, orang UMNO ke, orang PR ke. Dah takde modal lagi dah PDO a.k.a cucumdaudkilau ni. Yg dah confirm, kes al juburi penasihat korang yg akan kemahkamaah atas jenayah liwat!! kita tengok nanti..

    BalasPadam
  2. hahaha...jenayah memamg lar jenaya..tapi libatkan Polis UTK..maknanya UTK terlibat jenayah..UTK tu sapa? polis...dah lar si Sirul ngan Azilah terlibat kes Altantunya..apa x kait ngan politik..polis skrg memang asyik dok kejar org politik...rakus tangkap pemimpin politik..yg dah comfirm apa Anwar? hahahahha..belum lagi wey..kes lama pun dan tak sangkut..inikan pula kes Saiful...yg pasti polis berlari tangkap n siasat Anwar bila saiful repot..bila org repot kat boss engko Najib Altantunya...apa polis buat?..belum siasat dah kata Najib tak terlibat..hahahhaa..ko sorang jer yg percaya...berjuta2 rakyat tak termakan dek citer nii..at least nama dah disebut dlm mahkamah..dtg lar ker mahkamah jadi saksi..ni nak jd saksi pun takut.... polis ada nak siasat ker apa sebab UTK dua org tu bunuh altantunya..mesti ada sebab..dia kejer ngan Najib..pulak tuu...UTK ni buat keje ikut arahan..ko sorg jer yg kata kes polis x ada kaitan politik..tapi polis masuk DUN perak..takper plak..bukan ker itu ganggu urusan politik..bangang tullar puak2 umnokarat nii..mujurlah aku dah insaf..nak taruk nama samaran pun x berani..hahahha

    BalasPadam
  3. marah kt polis dah la bang.....apahal masuk imigresen plak...imigresen x check brg bang...dia check dokumen jer...yang check barang satu lagi tu nama dia sahibooool kastammm....apapapun takbir....pueeekkkk

    BalasPadam
  4. kalau pr tak percaya kat polis lepas ni jangan buat apa polis terhadap bn.pi report kat amerika ..kawan baik si bond tu

    BalasPadam
  5. ckp anak iblis ni tkde guna buang karen kita bro..ada lbh baik kita bersama jutaan rakyat yg tidak suka iblis dan setan berkuasa dlm negara kita ini.lupakan anak iblis sekor tu biarkan dia sorang menghasut anak adam yg pasti tidak termakan tipu daya nya utk menuju neraka kekal didlmnya selamnaya..

    kita byk kerja lain bro bersama angkatan perang Pakatan Rakyat membebaskan negara dari iblis dan setan yg terlalu haloba dan rakus tidak kenal erti halal haram.

    biarlah anak iblis tu nk menyalak bukit

    BalasPadam
  6. Depa UTK bukan merompak,
    cuma buat lagihan merompak je..

    ha..ha..ha....
    umno tak pe!!
    orang lain x bolih!!!

    BalasPadam
  7. pembangkang tak yahla dok repot kat polis lagi kalau ada apa2 berlaku... repot aje kat amerika or yahudi mana ke... sebab polis kat malaysia ni semua tak betul.. pembohong... tak gitu???? dalam polis bohong pun bila ada apa2 buat laporan polis juga... haru betul la otak korang ni...

    BalasPadam
  8. umno parti memperjuangkan bangsa
    israel jugak memperjuangkan bangsa

    macam sama je

    BalasPadam
  9. Aku tengok hangpa kata mengata tak ikut nas. cakap ikut emosi jo. Macam ni la, hangpa tengok betul-betul, ingat betul-betul, baca betul-betul, dengaq betul-betul, nampak tak kes terpilih-pilih yang dok dibuat oleh penguasa tu. Lagu mana dia bagi cepat, sapa kalau dia bagi lambat. kes apa terus tutup. x payah gaduh-gaduh. Kita semua ada mata ( tak kan nak buta ), kita ada telinga ( Tak kan nak pekak ), kita ada otak ( tak kan nak bagi pelupa)Fikir sendiri.Lepas tu doa sajalah.. kalau baik dibalas kebaikan, kalau jahat dibalas dengan kejahatan. Allahwaalam.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.