script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: Tamparan Hebat Buat Kerajaan BN Negeri Perak, Professor Dr.Aziz Bari Menegaskan Sidang DUN Pada 7 Mei Lalu Adalah Tidak Sah !!

KUALA LUMPUR [12.16 pm] - Professor Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Dr Abdul Aziz Bari (foto) berpendapat sidang DUN Perak 7 Mei lalu tidak sah. Sidang itu baginya, adalah rentetan dan siri perbuatan haram yang beranak-pinak dan terus menimbulkan kekecohan dan kekeliruan dalam negara. Beliau berhujah, dari awal lagi sidang berkenaan mengenepikan kedudukan dan kuasa Speaker V.Sivakumar. Selain itu, pelbagai arahan serta perintah dibuat Setiausaha Dewan dan Setiausaha Kerajaan Negeri yang tidak mempunyai autoriti. Sidang itu sendiri dilakukan melalui rampasan, khususnya Hee Yit Foong yang bertindak memulakan sidang meskipun Sivakumar ada dan masih belum disingkirkan. Aziz berpendapat V.Sivakumar masih lagi Speaker DUN Perak yang sah. Dalam persidangan haram itu, Ganesan kelihatan tidak begitu petah bercakap dan tidak begitu mahir dengan peraturan dewan sehingga terpaksa dibantu oleh Dato' Hamidah Osman. Aziz menyifatkan kekecohan di DUN Perak itu adalah yang kedua selepas rampasan kuasa oleh BN pada 5 Februari.

Sebelum itu polis juga menghalang sidang DUN Perak Mac lalu sehingga ia terpaksa diadakan di bawah pokok. Paling menyedihkan, kata Aziz lagi, sebagaimana sidang bawah pokok dua bulan yang lalu, sekali lagi polis memainkan peranan yang utama. Sebelum itu kita mendengar bagaimana Ketua Polis Negara sendiri dalam kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat mengakui yang mereka tidak boleh masuk dewan. Anehnya di Perak ada pula undang-undang lain yang mereka pakai. "Apa yang polis lakukan ialah pencerobohan dan jenayah. Tetapi kita tak boleh buat apa-apa kerana kita bergantung kepada polis. Ini kes pagar makan padi," katanya kesal. Cara menyelesaikan krisis Perak ialah dengan membubarkan DUN kerana keadaan menjadi semakin teruk dan Kerajaan haram pimpinan Dato Seri Dr Zambry akan terus menghadapi masalah dan terpaksa bergantung kepada istana dan polis untuk berfungsi. Aziz berkata hanya kerajaan diktator yang berfungsi begitu dan dalam sistem demokrasi kerajaan hidup dan tegak berdasarkan sokongan rakyat, bukan atas bantuan polis dan mahkamah. Hanya golongan fasis sahaja tidak percaya dengan pilihanraya. Mereka akan mengambil tindakan ganas dan di luar kebiasaan untuk berkuasa. "Apa yang dilakukan oleh Ahli-ahli DUN di Perak adalah respons yang dilakukan oleh sesiapa pun termasuk oleh BN sendiri kalau mereka melaluinya. Dengan itu adalah tidak adil untuk menuduh mereka ganas, liar dan sebgainya sedangkan kita tahu bagaimana mereka dilayan oleh polis dan pihak sekretariat kerajaan negeri," jelasnya.

[Kenyataan Prof.Dr Aziz Bari ini pastinya akan menyebabkan UMNO dan BN semakin mendapat tekanan demi tekanan. Ini bermakan, bukan sahaja golongan politik dan NGO yang mahukan perubahan di Perak untuk melihat sebuah pilihanraya negeri di adakan. Malah kini, golongan cendiakawan serta cerdik pandai yang telah sekian lama membuat analisis politik sendiri pun sudah melihat bahawa tindakan UMNO dan BN itu adalah diluar batasan dan lunas-lunas demokrasi sebenarnya. Apakah mereka masih tidak sedar dengan apa yang berlaku ini. Apakah juga mereka akan mengambil tindakan terhadap individu yang mengeluarkan pandangn yang tidak memihak kepada mereka seperti kenyataan Prof.Dr Aziz Bari ini. Mereka kini benar-benar berada dalam persimpangan akibat kesilapan sendiri yang sengaja "mencari pasal". Kini ketakutan bukan sahaja kepada rakyat malah kepada semua pihak disekeliling mereka. Mahu atau tidak, satu pilihanraya negeri harus diadakan untuk memberi kuasa kepada rakyat membuat pilihan kerajaan manakah yang mereka mahukan].

Share:

9 ulasan:

  1. Baguslah...ada lagi orang yang celik ilmu terutama tentang perundangan yang berani bercakap benar...takbir...

    BalasPadam
  2. UIA memang dah maksum dan taksub pada al-juburi sejak dulu lagi. Tak heran lah kalau pandangannya tu pro PR. Kalau Prof lain pandangannya barangkali pro UMNO/BN pulak. Biasala, jangan nak syok sangat itu cuma pandangan. Ntah ntah Prof kankung, tak pernah dengar pun!
    Takbir! Makkal Sakthi!

    BalasPadam
  3. hellow.professor so simple ,there is 14 days notice,ada perasmian oleh raja lepas tu ada persidangan dan all the pr adun hadir,,ala macam ni u baki tutur kat uia lengkup,student, take note fellow student

    BalasPadam
  4. rakyat perak ni nak jadi cam penang kot...diperintah oleh DAP... mgkn ialah. aku tgk perak dibawah mad nizar tu macam tunggul aje...sentiasa diapit oleh dap dap kiri kanannya... boneka... tak nmpak pun mcm dia tu pemimpin pas... biarla moga perak akan jadi mcm penang ditindas oleh DAP... jika itu yg org perak nak sgt... amik aje

    BalasPadam
  5. HOI...SEBAB APE AKU BENCI
    SANGAT KAT UMNO..

    JUDI,
    ARAK,
    MAKSIAT,
    FITNAH,
    RASUAHHHHH,

    APA KEJAHATAN
    YANG UMNO TAK LAKUKAN?

    BENCI
    BENCI
    BENCI
    REBAHLAH KAU WAHAI UMNO

    BalasPadam
  6. awang kat atas ni apahel... macam org tak betul aje

    BalasPadam
  7. Dulu Penang pun Gerakan perintah, dia olang ni pun cina juga, habis melayu kena halau pi dok kat pinggir atau lari atas bukit. Lu tak kecoh pun. Bila DAP perintah kecoh habis, semua tak kena...pirah UMNO cabok, lani baru nak ingat kat orang melayu.

    BalasPadam
  8. Gerakan dan DAP tidak ade beza dari segi kecinaannya. Yang membezakan ialah DAP terang-terang anti Islam yg Gerakan pulak tidak dinyatakannya secara terang-terang. Walau apa pun Melayu terus terpinggir dibawah kedua pemerintah ini. Tak ade bezanya. Tapi sentimen DAP mengenai anti Islamnya lebih pekat dan lebih bahaya dari Gerakan. Manakala Gerakan dilihat agak sederhana. Jadi siapa yg lebih bahaya? Dan yg peliknya para ulamak PR spt Tuan Guru, Tuan Presiden dan lain-lain tuan PAS/PKR semuanya tahu akan hakikat tersebut, tapi masih berpeluk-pelukan dan bercumbu mesra dgn puak-puak DAP. Oleh itu munafik kah mereka ini? Dayus kah mereka ini? Dimanakah maruah mereka, dimanakah maruah Islam mereka??

    BalasPadam
  9. itu lah yang dikatakan munafik ALLAH SUDAH MEMBERI PERINGATAN,KAUM MUNAFIK LEBEH BAHAYA DARI KAFIR.KAT DAP AKU BERSAMA KAMU,PI KAT MELAYU AKU BERSAMA KAMU,INILAH APA YANG DI LAKU OLEH PAS

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Khai Bahar Meriahkan Karnival Kerja Pahang 1st Di Komplek Belia Dan Sukan Di Kuantan Pada 26 September Ini

KUALA LUMPUR : Penyanyi popular Khai Bahar dan Haqiem Rusli bakal menghiburkan pengunjung menerusi mini konsert sempena Karnival Kerjaya Pah...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.