script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Lelaki Maut Di Belasah Si Mat Rempit, Terbukti Kerajaan Telah Gagal Membentuk Jati Diri Dan Akhlak Generasi Muda Itu Sebenarnya

KUANTAN - Kejadian sekumpulan Mat Rempit membelasah orang awam sehingga mati dekat sini awal pagi Khamis lalu amatlah mendukacitakan dan sukar untuk dimaafkan. Nampaknya, mereka sudah mula berani bertindak lebih ganas bukan sahaja di atas jalan raya, malahan juga kepada orang awam yang tidak mengikut selera mereka. Kejadian yang berlaku baru-baru ini melibatkan empat hingga lima orang Mat Rempit yang membelasah orang awam semata-mata menegur perbuatan bising mereka. Dalam kejadian itu, seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 42 tahun yang datangg dari Seremban untuk bekerja di sebuah mekanik di bandar ini telah mati akibat dipukul dengan topi keledar. Mangsa yang cedera parah di kepala disahkan meninggal di Hospital Tengku Ampuan Afzan beberapa jam kemudiannya. Natijah dari kes ini, jelas menunjukkan bahawa generasi muda terutamanya golongan Mat Rempit sudah semakin liar dan ganas. Ini juga menggambarkan kepada kita bahawa kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sebenarnya telah gagal menerapkan nilai-nilai murni ke dalam jiwa remaja seperti yang diwar-warkan selama ini. Susulan daripada kegagalan itulah menyebabkan generasi muda kini semakin bersikap "kurang ajar" dan "biadap" kepada orang tua. Gejala sosial yang semakin menular jelas sekali menunjukkan bahawa dasar-dasar yang diterapkan dalam Islam Hadhari ternyata telah gagal membentuk jiwa dan sahsiah diri golongan terbabit. Mereka lebih banyak dialpakan dengan hiburan yang melampau hingga mereka hilang jati diri masing-masing. Ini jelas dapat dilihat dengan sikap media massa yang berlumba-lumba ke arah itu semata-mata mahu mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Hasilnya rancangan berbentuk agama keterbelakang dan rancangan yang merosakkan akhlak seperti itu terus disajikan kepada mereka. Inilah yang menyebabkan golongan terbabit semakin hari semakin lupa asal usul mereka dan menjadi ganas serta bertindak diluar batasan kemanusia. Apa kesalahan orang awam yang tidak berdosa itu dibunuh semata-mata menegur. Jika sikap ini dibiarkan, maka ternyata generasi muda hari ini akan terus rosak akhlak mereka dan bakal menjahanamkan masa depan negara sebenarnya.

[Kes yang berlaku di Kuantan ini adalah secebis kisah daripada keganasan yang dilakukan oleh Mat Rempit sebenarnya. Banyak lagi kisah-kisah mereka yang tidak dipaparkan kepada umum. Kerajaan melakukan kesilapan bila memajukan sukan bermotor seperti Grand Prix dunia di negara ini. Kejohanan yang diadakan saban tahun di Litar Lumba Sepang itu jelas sekali gagal untuk membawa kemajuan kepada anak Malaysia muncul dalam kelompok dunia sukan itu. Sebaliknya, muncul juara-juara yang lebih hebat dan ganas dari juara dunia itu. Mat Rempit berjaya memainkan peranan untuk memajukan sukan bermotor dalam konteks mereka sendiri. Mereka dinafikan hak untuk berlumba di litar antarabangsa kerana perlukan lesen berkaitan dan tidak diberikan peluang itu. Maka akhirnya sebagai alternatif mereka "merempit" di atas jalanraya. Kerajaan sepatutnya membina litar lumba motor di semua bandar-bandar besar di Malaysia untuk memberi peluang Mat Rempit berlumba pada setiap hujung minggu. Ini bagi mengelakkan mereka berlumba di jalanraya yang membahayakan orang awam yang lain. Lakukan sesuatu yang lebih bermanfaat daripada terus menghalang].
Share:

20 ulasan:

  1. isk pdo ni pasal mat rempit pun nak salahkan kerajaan. haprak betul la.. tu depa punya hal la... mak bapak dia org ada...entah2 salah sorang adik beradik pdo ni juga... kubur masing2 jadi jaga la sendiri perangai tu

    BalasPadam
  2. itular makna puak umno tak pk..kerajaan salah sbb bawak masuk kejohanan lumba motor..menyebabkan industri mat rempit meningkat..kemudian nak marah kat mat rempit...sapa yg salah...mmg kubur lain2..tp kerajaan bertanggungjawab tak kuat kuasa undang2 yg selaras dengan Islam..akhirat nanti akan ditanya..oleh Allah SWT

    BalasPadam
  3. salam..
    masalah nya merempit tak tentu tempat dan masa..gejala sosial makin teruk akibat pergaulan bebas..

    BalasPadam
  4. Ada ka istilah Ah Chong Rempit atau Muniandy Rempit? Yang ada hanya Mat Rempit...

    Sah, bangsa melayu jugak yg dah bercelaru.

    BalasPadam
  5. Kerajaan tak salah PDO, pasai Mat Rempit. Tak baik awok tuduh macam tu. Tak penah tengok Dato' Nan merempit di malam hari.
    Yang salah bila kerajaan hidangkan budaya hendonisme, budaya hiburan melampau. Mat Rempit ni tak takutkan Allah. Itu yang berlaku.
    Majlis Ceramah disekat. Ustaz diikut oleh SB - SB.
    Siapa punya angkara ini. Sudah pasti yang punya kuasa. Siapa yang punya kuasa, jawapannya semua tahu. UMNO LAH, sekarang dah tukar jadi UMNO JIB.

    BalasPadam
  6. lumrah anak muda yang suka motor. lebih suka guna trek free kat highway... dah tu bila berkumpul ramai2 mula jadi samseng.

    (samseng kampung dusun... anak jantan yang fight 1=1 dan menang... keh..keh)

    BalasPadam
  7. Apa macam kalau PKR haprak taja AMK merempit pakai UNTA..tak bahaya kan. Lagi pun pakai UNTA ni ala-ala Arab gitu. Semua pakai jubah, tutup mulut, tutup hidung, tutup segala-galanya sampai bau hapak, lebih-lebih lagi yg kat dalam jubah tu, bau masam dan meloyakan..Inilah budaya yg boleh diterima dan disukai oleh PR a.k.a PKR haprak ni. Inilah budaya resmi korang..

    BalasPadam
  8. Kat Kelantan mursyidul am PAS pun minta track aper, beliau kata itu yang elok.

    BalasPadam
  9. ahak2...kerajaan juga yang salah, mentalati2

    BalasPadam
  10. Secara seriusnya gejala Mat Rempit ni memang dah melampau. Mat Rempit yang membunuh tu mesti dihukum. Tapi nak menyalahkan kerajaan membabi buta tak boleh jugak. Bermacam usaha telah dilakukan tapi tak jalan jugak. Ini tanggung jawab semua. Dibawah kerajaan PAS/PKR pun ade Mat Rempit. Tak nak pulak disalahkan kerajaan-kerajaan negeri itu. So, ape citer? Jangan dok nampak salah orang je, diri sendiri tak menyumbang lansung. Entah-entah Mat Rempit tu kader-kader PR/PKR yg umum tahu parti haprak ni lebih cenderung kpd keganasan utk menyelesaikan sesuatu perkara atau isu. Jadi, jangan ingat diri tu mulia sangat dan jangan ingat diri tu sentiasa betul dan sempurna sampai nak memperlekehkan orang lain. Riak namanay tu..

    BalasPadam
  11. betul la anony kat atas ni.. org2 pr ni asyik nak salahkan org aje... pasai mat rempit ni semua atas masing2 la.. kalau dia org dah rasa dia org berkuasa sgt kat dunia ni biarla dia org buat... tunggu aje kat akhirat... jawab apa yg dia org telah buat samada bunuh org ke, belah org ke, pukul org ke.. jadi diri sndiri la yg jawab.. jgn dok salah org lain. akal ada fikirla yg mana baik yg mana buruk... tak kan kehidupan sndiri pun nak kena kerajaan bentuk diri mereka... bodoh la tu

    BalasPadam
  12. Masaalah mat rempit.

    Yang salah adalah Polis dan JPJ, kerajaan dah bayaq gaji sebab apa hampa tak buat kerja dengan bersungguh, sekali orang repot, sekali tu hampa buat operasi.

    kalau dibuat operasi berterusan, aku percaya mat rempit tak ada ruang nak merempit, satu lagi bila polis tangkap, ada plak vip, vvip yg dok masuk campur urusan polis dan jpj ni, sebab ada mat rempit dan minat rempit kaum keluarga depa.

    shushah, shushah... kalau macam ni,
    teruslah merempit biaq negara kita hancur, bila negara hancur, umno pun hancurrrrrrrrrrrrr

    BalasPadam
  13. Salam.

    Semuanya berlaku kerana kesalahan ibu bapa. Ibu bapa yang tidak mendidik dan tak memantau.

    Jangan salahkan pihak lain.

    BalasPadam
  14. Nak melaksanakan sesuatu memang payah....tapi nak mengkritik ni mudah dan seronok kan.....kenapa kerajaan perak boleh balik semula pada BN....kerana PR tak reti nak melaksanakan, asik nak mengkritik je, dah jadi kerajaan buat lah kerja...

    BalasPadam
  15. sedapnye CMK ckp isu mat rempit ni adalah kesalahan kerajaan...klu nak tahu dulu pun CMK rempit jugak...maklum la anak peneroka felda...merempit diwaktu senja...tak gitu CMK

    BalasPadam
  16. ada ke pulak salahkan ibubapa....kerajaan lah yg salah..x laksanakan undang2 dengan betul dan byk rasuah..sbb tu budak rempit x takut dahhh..x der kaitan dgn cmk ker sapa ker...

    BalasPadam
  17. kalo nak merempit pon.. tok sah lar libatkan orang lain.. nak mati.. gi lar mati sorang-sorang..
    nih yang bunuh orang lain pesal..
    kecik-kecik tanak mampus da besaq dok nyusahkan orang len jew..

    BalasPadam
  18. mana kelibat mat-mat rampit yang diserap masuk pegi Putra UMNO..
    dengar kate dulu nak tawan antartika..
    dah sampai lom..
    hehehe..
    kalo da rempit tu rempit jugak..

    BalasPadam
  19. Melayu memang maju, tapi dalam aspek menyalahkan orang lain jer, jubur sendiri ada taik tak kisah. Semua sebab Jepun dan British dulu dah tanamkan cerita mat jenin , bangau oh bangau kan PDO. Mungkin dunia hampir kiamat nanti baru dapat kita baca PDO tulis mengaku kesilapan sendiri.. buat masa nie kalau boleh tuduh orang lain tuduhlah sebab PDO belum dpt kuasa kan... lu fikirlah sendiri

    BalasPadam
  20. mana kelibat mat-mat rampit yang diserap masuk pegi Putra UMNO..
    dengar kate dulu nak tawan antartika..
    dah sampai lom..
    hehehe..
    kalo da rempit tu rempit jugak..<--- kau ni kluar dari lubuk mana ek?

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.