script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Krisis Politik Perak, Kelibat Osman Dan Jamaluddin Di Mahkamah Rayuan Membuktikan Mereka Amat Gusar Jika Nizar Kembali Berkuasa

Ramai pemerhati politik terkejut melihat kelibat "petualang rakyat" Kapten (B) Mohd Osman Jailu (foto) dan Jamaluddin Razi dilihat berada bersama peguam UMNO Dato' Hafarizam di Mahkamah Rayuan semalam. Persoalannya, kenapakah mereka begitu gusar sekali dengan kes ini?. Apakah mereka malu dan takut seandainya Kerajaan Negeri Perak kembali ke tangan Pakatan Rakyat. Ini kerana mereka tahu perancangan jahat yang dilakukannya dengan UMNO demi untuk menjatuhkan kerajaan yang mereka naungi itu. Apakah mereka takut seandainya Mahkamah Rayuan menolak permohonan Zambry untuk merayu kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu. Maka itulah mereka terpaksa berada di mahkamah, kerana tidak dapat "tidur lena" jika hanya mendengar keputusan kes itu dari jauh. Mahu atau tidak mereka terpaksa menggagahi juga diri masing-masing untuk hadir. Osman dan Jamaluddin adalah pengkhianat rakyat Perak sebenarnya. Angkara mereka berdua itulah akhirnya "rampasan kuasa" berlaku dan kemelut di Perak tidak berkesudahan sehingga ke hari ini. Semua ini masih segar dalam ingatan rakyat Perak khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Maka itulah mereka amat gusar jika Nizar kembali berkuasa menjadi Menteri Besar Perak dan membubarkan DUN negeri itu. Kemungkinan besar, hayat mereka sebagai wakil rakyat juga akan berkubur dihukum oleh rakyat di DUN Behrang dan Changkat Jering jika pilihanraya kecil negeri diadakan nanti. Inilah punca agaknya mereka bagai "cacing kepanasan" dan dilihat bagaikan "lipas kudung" di Mahkamah Rayuan semalam.

Bila kita kenangkan balik apakah dosa mereka kepada rakyat Perak, terkadang rasa "berderai airmata" memikirkannya. Sedih melihat negeri Perak Darul Ridzuan huru-hara dan kucar kacir sehingga ke hari ini. Tambah malang lagi pabila Tuanku Sultan Perak sendiri dilihat "tidak mahu mendengar rintihan rakyat" yang mahukan DUN Perak dibubarkan. Ternyata, bukan sahaja puak-puak UMNO yang takut dengan pembubaran DUN, malah tuanku Sultan Perak sendiri. Apakah ini bermakna memang ada "rahsia besar" yang "tersurat" disebalik "kemelut politik di Perak" ini agaknya. Jika tidak, masakan seorang sultan yang merupakan bekas orang yang arif dalam bidang perundangan dan kehakiman tergamak membiarkan kemelut yang melanda ini. Bukankah baginda boleh mencari jalan tengah, dengan tidak memihak kepada mana-mana parti politik. Adalah lebih elok jika Sultan Azlan Shah membuat keputusan yang tidak mengecewakan rakyat dengan pembubaran DUN itu. Namun, kenapakah ini tidak dilakukan? Apakah yang ditakutkan sangat oleh tuanku Sultan sebenarnya. Jika baginda benar-benar berjiwa rakyat, maka pembubaran DUN Perak harus dilakukan segera demi masa depan rakyat. Lebih aneh lagi bila Perdana Menteri, Najib Razak yang baru sahaja popular dengan imej "1Malaysia"nya juga melaung-laungkan slogan "rakyat diutamakan". Tetapi kini, bukannya rakyat yang diutamakan tetapi lebih kepada politik sempit puak-puak mereka sendiri yang akhirnya telah menyusahkan sekalian hamba rakyat yang tidak bersalah dan berdosa.

Osman Jailu dan Jamaluddin (foto) sebenarnya telah merencanakan perancangan "rampasan kuasa" di Perak tanpa disedari oleh kita semua. Masih kita ingat kes Osman bersama empat orang lagi ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki terlibat dalam sogokan wang lebih RM100,000 dan seks bagi mempercepatkan kelulusan satu projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar, kira-kira 40 kilometer dari Ipoh. Tiga suspek yang dituduh ketika itu termasuk Osman sendiri yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Perak. Susulan kes itu, beliau telah ditangkap di sebuah hotel , diikuti penahanan dua lagi suspek di sekitar bandar raya Ipoh hasil maklumat orang ramai. Beliau ditahan bersama bekas ADUN Bota, juga daripada PKR, iaitu Kapten (B) Usaili Alias. Turut ditahan ialah Juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Ruslan Sahat, Ahli Majlis Daerah Perak Tengah yang juga peniaga, Zul Hassan, serta seorang lagi ahli peniagaan, Fazirul Azim Ismail. Turut dikatakan terlibat dalam kes itu ialah Jamaluddin Razi, ADUN Behrang sendiri yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Perak ketika itu. Anehnya, kes yang cukup menggemparkan itu kini seolah-olah failnya telah dikapankan. Malah BPR yang kini dikenali dengan nama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), juga seakan-akan tidak menyiasat lagi dan membuat pendakwaan kes itu. Malah, ada sumber yang mengatakan terlihat kelibat pegawai SPRM di rumah Najib dekat Pekan ketika kedua-dua ADUN "haprak" itu sedang "deal bisnes" untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat untuk menyokong UMNO dan Barisan Nasional sehingga tercetusnya tragedi "rampasan kuasa di Perak" itu.

[Terkadang, bila difikirkan semula kemelut di Perak ini. Ia bukanlah sesuatu yang harus dipertikaikan sangat sebenarnya. Bagi rakyat yang mempunyai akal fikiran yang waras memang akan faham dan tahu bahawa memang kes berkenaan adalah bukti kerakusan dan kezaliman BN untuk merampas kuasa di Perak. Tidak ada alasan lagi untuk dibuat, kerana rakyat yang melihat perjalanan kes ini bukanlah "budak-budak sekolah" yang boleh diperbodoh-bodohkan oleh pemimpin yang memang "bangang" itu. Kita dapat menilai apa yang berlaku tanpa merujuk kepada proses undang-undang. Bermula dengan kes rasuah dua ADUN, kemudian hilang, kemudia muncul di Putrajaya bersama Najib, kemudian isytihar keluar PKR dan sokong BN dan kemudiannya menyebabkan Kerajaan Negeri Perak ditumbangkan diluar gelanggang tanpa ada sidang DUN. Bukankah perjalanan kes ini sendiri pun kita sudah nampak bahawa adanya perancangan jahat yang telah dibuat oleh mereka. Justeru itu, wajarkah untuk kita mempercayai Mahkamah Rayuan yang hanya membuat keputusan seorang Hakim sahaja tanpa tiga panel seperti kelazimannya. Bukankah ini semua konspirasi yang telah dirancang].

Share:

20 ulasan:

  1. Adei saper lah yang banggang tu kan, pemimpin PR kot yang tak tahu macam mana nak kawal pemimpin pemimpin dia, kalau orang tu semua nya jahat saja kan, ya lah mana ada orang mengaku kalau dah berak kat tepi jalan ni, kalau berpihak pada puak mereka semuanya jdi betul belak, kalau tak berpihak pada mereka, ada aja alasan nak mereka cari, sampai hakim pun dah jadi tak betul, sorang lah, dua orang lah....siapa yang tak puas hati ni, rakyat perak ke, atau rakyat perak yang ada kepentingan di negeri perak, sultan perak tahu pa baginda buat kan, kenapa tidak kita bagi kepercayaan kepada baginda....hampeh yop

    BalasPadam
  2. sultan bukan maksum dr melakukan kesalahan. kenapa BN takut sgt bubar DUN? sebab TAKUT KALAH kan.hehehehheheh..BACUL BN niii

    BalasPadam
  3. Budak sekolah pun sekarang sudah makin bijak mengenal intan permata dan kaca..jangan disamakan budak sekolah sama mereka yang bangang2 itu juga..(mmpertahankan generasi2 yg masih bersekolah)..

    BalasPadam
  4. PAS Bacul..
    Aku pelik lah..sorang je Ahli PAS yg beriya2 sgt krisis Perak ni..sape la ..MAD NIZAR la..yg len2 mana sibuk nak rebut kuasa dalam pemilihan PARTI yg lebih kurang je ngan pemilihan UMNO jgak..hampehh..kata org dorang yg lebih jugakk..heheheh..

    BalasPadam
  5. dah kata dah. bila tak dapat apa yg dihajati seantero dunia akan disalahkan. KDYMM Paduka Sultan Perak pun disalahkannya. Sambil tu ada juga unsur-unsur menghina baaginda. Yg Nizar ni tak habis-habis, tak reti bahasa, degil. Semuanya atas kehendak rakyat konon. Dia ni memang sedar dan sesedarnya yg dia dah dikudakan oleh Ngeh DAP dan kuncu-kuncunya tapi buat dek je. Agaknya puak PR ni dah dijangkiti A H1N1 dan JE sbb tu lah semuanya berperangai macam yg kat dlm kandang tu..tak reti bahasa.

    BalasPadam
  6. PUAK AMNO PERANGAI YAHUDI DAH TAU HARAM NAK DIHALALKAN DGN APA CARA SEKALIPUN. SEBACUL-BACUL MAHAFIRAUN BACUL LAGI PORK JIB AL-TUYA GEMBALA BIRI2!!!

    BalasPadam
  7. celaka punya Najis...ada agenda rupanya..mula-mula dia bagi PR senang hati lepas tu dia rentap macam kilat...rakyat perak betul betul dianiaya oleh si celaka Najis dan sikeparat zambry.Laknat..sial..

    BalasPadam
  8. Tahu tak ape. Lain kali beringatle. Jangan nak buat ikut sesuka hati. Tuhan bagi akal gunakan. Jangan salah guna. Pelihara akal, tatacara dan budi bahasa baik2. Jangan jadi macam kat dlm kandang tu. Korang PR ni memang sah dah kena selsema dan sawan sbb tak nak terima kenyataan. tu lah..

    BalasPadam
  9. Zamri babi,sial,celaka,laknat..kau akan terima azab api neraka kelak

    BalasPadam
  10. BILA MENYOKONG BERI TARAF EXCO,BILA MENENTANG PERTUALAN,DEPA ORANG SIAPA,SENDIRI TAK RETI JAGA ANAK BUAH SALAH KAN KITA PULA...HEY BUKAN SENANG ADUN DAP NAK TINGAL PARTI..APA KENA BELI,,ITULAH KERJA KAMU,TABOR FITNAH DAN MAKI HAMUN

    BalasPadam
  11. UMNO tu maksum, semua benar tiada yang tidak benar selain benar,

    UMNO benar belaka walau anak UMNO sendiri mengandung luar nikah.

    UMNO benar belaka walau anak sendiri jadi penagih dadah.

    UMNO benar belaka walau anak sendiri jadi pelacur terhormat.

    UMNO benar belaka walau bini sendir kena rembat.

    UMNO benar belaka walau anak sendiri kena bunuh.

    UMNO benar belaka walau anak sendiri jadi kaki judi.

    UMNO benar belaka asal keturunan merasa makan hasil rasuah.

    UMNO benar belaka walau pun sendiri nak makan mintak sedekah.

    UMNO benar belaka walau tolak hukam Islam.

    UMNO benar belaka jual negara pada orang asing.

    UMNO benar belaka walau tak ikut undang-undang.

    Pendek kata memang UMNO semuanya benar dan ada kunci pintu syurga untuk ahli-ahlinya yang taksub. Maka tiada hairanlah mengapa ahlinya begitu ramai kerana mengejar syurga UMNO. Mungkin ada yang beranggapan bahawa UMNOlah agama yang sebenar?

    Ada bila lagi bila nak join agama UMNO?

    BalasPadam
  12. Anon 1.10,

    Hai meniru skrip nampak..dah tak ada fakta lagi dah. Dipusing cerita/tukar topik pulak..dah menuduh anak luar nikah pulak. Masyaallah, apa nak jadi dgn hamba tuhan kat atas tu..so sad!

    BalasPadam
  13. Walauapapun selagi hayat dikandung badan aku tetap anggap UMNO bg aku umpama babi yg haram segala ke atasnya.Terlalu amat jijik walau kamu AMNO kaya raya mewah berjela

    Sesungguhnya BABI itu haram.

    Syukur aku tidak dilahirkan dalam keluarga tali pusat AMNO. Aku bertuah kerana lahir dalam keluarga PAS yg hidup sederhana dgn cara halal.

    Kita tidak mampu melawan kuasa tuhan kerana kita adalah hamba. Dan sehebat mana pun kamu menguasai pentas dunia ini kamu tidak akan terlepas dari undang-undang pencipta kamu.

    BalasPadam
  14. SPESIS KATAK TU MASIH HIDUP RUPANYA INGATKAN DAH MAMPUII. OHHHH RUPANYA DIA NAK JUGA AMIK SYER TUBUH KERAJAAN KATAK HARAM, BARU PACIK TAU...PTUII...

    BalasPadam
  15. MAD NIZAR... MAD NIAZAR...MAD NIZAR NIZAR GILAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

    BalasPadam
  16. macam2 le korang ni.. perak punya pasal.. korang saje order dosa free.. kita ada mahkamah, tunggu je la kes rayuan tu, kita ada raja, dia pun ada maruah,dah dia x suka nizar,. PR cadang la MB lain kalau dapat kuasa.. so tunggu la raja buat keputusan.. x yah nak desak2.. yang korang kata zamri tu babi buat pe.. x baik la macam ni punya politik.. aku rasa ramai rakyat sebenarnya makin menyampah dengan situasi ni..

    BalasPadam
  17. MENYAMPAH DENGAN SITUASI YANG DIBUAT DEK CELAKA NAJIS DAN BABI SIAL ZAMBRY TUH...

    BalasPadam
  18. GAMUDA LEBIH PENTING UNTUK DISELAMATKAN DLM KEADAAN EKONOMI GAWAT SEKARANG NI, RAKYAT BIARKAN DIORANG BERGADUH SESAMA SENDIRI

    BalasPadam
  19. Antara Nizar dan Zambri yg mana lebih nampak Melayu nya? Kedua-duanya memang takde muka melayu. Yang satu tu asal usul serumpun dgn gengnya Ngeg dan Nga. Yg satu lagi mcm penang mari, asal usul dari sana agaknya. Tapi semua orang tahu siapa yg betul2 memperjuang dan membela nasib orang melayu. Yg satu lagi tu jadi kuda dan jadi A H1N1 Ngeh, Nga dan saudara-saudara exconya...

    BalasPadam
  20. Zamri babi,sial,celaka,laknat..kau akan terima azab api neraka kelak

    May 13, 2009 11:42 AM

    =================================
    Ya Allah apa nak jadi ngan org ni.. siapa yg akan menerima azab api neraka ni jika sikap sendiri tak dpt dikawal.. jika zamri tak maafkan ngan gelaran yg awak beri ni sampai akhirat awak kena tanggung... insaf2la kawan jgn jadi insan yg tak merupakan manusia

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.