KUANTAN [1.30 pm] - Mahkamah Tinggi di sini akan bersidang petang ini bagi mendengar permohonan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob, untuk penangguhan keputusan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kepada sebuah syarikat kerana didakwa melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan. Hakim Datuk V T Singham telah menetapkan tarikh hari ini selepas mahkamah diberitahu bahawa peguam utama Menteri Besar, Datuk Mohammad Shafee Abdullah, terbabit dalam kes lain di Mahkamah Rayuan. Syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd yang diwakili peguam Rajoo D Moothy tidak membuat bantahan pelaksanaan perintah mandamus yang sepatutnya berakhir 4 Mei lalu ditangguhkan. Pada 20 April lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Halim Aman memutuskan bahawa Adnan perlu melunaskan bayaran penghakiman dalam tempoh 14 hari selepas membenarkan permohonan perintah 'mandamus' (untuk memaksa) kepada syarikat pembalakan tersebut. Pada 17 September tahun lalu, Kerajaan Negeri Pahang diperintah membayar RM60 juta kepada syarikat itu selepas ia gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mendapat kebenaran merayu. Mahkamah Persekutuan dengan itu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 memerintahkan Kerajaan Negeri Pahang membayar RM37,127,471.60 beserta faedah 8% setahun mulai 31 Disember 2000.
[Perbicaraan yang bakal diadakan hari ini ialah berkenaan rayuan penangguhan bayaran tetapi bukan rayuan untuk membatalkan tuntutan tersebut. Ini bermakna duit rakyat Pahang terpaksa dibelanjakan bagi membayar segala saman itu. Bukankah ia akan membazirkan wang rakyat sebenarnya?. Inilah padahnya bila pihak berkenaan gagal untuk membuat pertimbangan diperingkat awal kes ini berjalan. Penyelesaian boleh dibuat secara rundingan sebenarnya. Namun, dek kerana memikirkan kuasa yang ada dan mengharapkan mahkamah berpihak kepada mereka maka akhirnya masalah yang lebih besar pula timbul kini. Kami difahamkan peguam pemerhati Karpal Singh turut akan hadir petang ini].

Tiada ulasan:
Catat Ulasan