KUALA LUMPUR [4.11 am] - Bahang kempen sempena muktamar pemilihan PAS Jun ini turut melebar ke alam maya apabila hampir separuh pemimpin yang berentap untuk jawatan kanan parti itu kini mempunyai blog peribadi sendiri. Penggunaan media baru juga dilihat memainkan peranan penting bagi memperkenalkan diri dan 'berkempen' menjelang muktamar pemilihan parti itu awal bulan nanti. Difahamkan, daripada 107 nama yang dicalonkan mengisi jawatan kanan parti iaitu Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa hampir 40 peratus daripadanya mengendalikan blog. Malah, daripada lima calon yang dinamakan bagi mengisi kerusi nombor dua parti itu, tiga daripadanya mempunyai blog. Mereka ialah penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa dan dua Naib Presiden iaitu Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu. Dua lagi calon Timbalan Presiden ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak dan Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din masih tidak mempunyai blog. Bagi pemilihan kepimpinan ketiga-tiga sayap parti Islam itu iaitu Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat , walaupun komposisi penulis blognya lebih kurang, namun trend itu dilihat turut berkembang dengan pesatnya.[Senario ini adalah merupakan satu perkembangan terbaru yang amat menarik untuk diperkatakan. Keperluan blog sebagai medium penyebar maklumat juga kini sudah menjadi alat berkempen untuk mereka yang ingin lebih popular dari yang lain. Blog semakin hari semakin digemari dan menjadi keperluan dalam menentukan halatuju politik masing-masing. Namun, agak hairan masih ramai dikalangan pemimpin UMNO dan PKR yang masih tidak mempunyai blog. Malah mereka kelihatan memanda "enteng" keperluan mempunyai blog sebagai media alternantif untuk penyampaian maklumat kepada rakyat. Mereka terkadang lupa bahawa lebih 2 juta pengundi muda dalam pilihanraya umum akan datang, 90% daripadanya adalah terdedah kepada internet dan laman blog ].
Anak Raja Petra Mengaku Salah Tuduhan Mencuri
SHAH ALAM [2.56 am] - Anak lelaki penulis blog, Raja Petra Raja Kamaruddin, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap empat pertuduhan mencuri dan memiliki harta curi. Raja Azman Raja Petra (foto), 32, yang beralamat No 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini, mengaku bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah pada pukul 11.30 pagi. Dia didakwa mencuri sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ milik Mohd Syaiful Setapa, 24, seorang operator pengeluaran, membabitkan kerugian RM8,000 di No 65, Jalan Batas 2, 19/6b, Seksyen 19 di sini, pada 9.30 pagi 20 Mac lepas. Tertuduh yang ditangkap pada 6 Mei lepas juga mengaku memecah masuk ke dalam rumah Mohd Syaiful dan mencuri beg duit mengandungi kad pengenalan, wang tunai RM20, cukai jalan, kad ATM Maybank dan BSN serta lesen memandu Mohd Syaiful di alamat, masa dan tarikh yang sama. Raja Azman juga mengaku mencuri telefon bimbit dan seutas jam tangan bernilai RM3,850 milik seorang pelajar, Saipul Adli Mohamed Yunus, 21, di rumah mangsa di No 16, Jalan Sastera, U2/1K Seksyen U2 di sini, pada 10 pagi 24 April lepas. Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, turut mengaku bersalah memiliki sebuah motosikal curi kepunyaan seorang pelajar, Ahmad Firdaus Jalaluddin, 23, bernilai RM6,000 di depan rumah No 3, Tingkat 1, Blok 1, Apartmen Kinrara Court, Puchong pada 10.40 malam 5 Mei lepas. Majistret Norkamilah Aziz mengenakan ikat jamin RM10,500 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 19 Jun ini untuk menjatuhkan hukuman. Tidak ada sesiapa yang menjamin Raja Azman manakala bapanya juga tidak kelihatan dalam mahkamah.
[Ramai yang tertanya-tanya, apakah kes ini ada kaitan dengan kehilangan "Raja Blogger" itu sebenarnya?. PDO juga amat terkejut dengan kes ini, dan sesuatu yang agak janggal kenapa anak beliau mengaku salah dan tidak mahu dibicarakan?. Apakah ia adalah satu skrip yang dicipta untuk mengaburi mata rakyat, walhal selama ini anaknya tidak pernah dikenali. Malahan amatlah tidak masuk akan bila beliau mencuri motosikal tersebut dan dirinya tidak diwakili oleh seorang peguam pun. Kemungkinan besar kesemua motorsikal itu adalah kepunyaan rakan-rakan beliau sendiri dan kes ini dijadikan asas untuk membuktikan bahawa kehilangan Raja Petra "bersebab". Tambahan pula beliau juga dilihat tidak hadir ke mahkamah semasa kes itu dijalankan. Malah isterinya yang begitu kerap ke mahkamah semasa kes Raja Petra juga tidak kelihatan untuk menjamin anaknya itu. Inilah yang menimbulkan persoalan sebenarnya? Apakah semua ini satu konspirasi terbaru terhadap RPK].
Khir Toyo Digantung Setahun Hadiri Sidang DUN
SHAH ALAM [2.24 am] - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (foto) digantung menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kemudahan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selama setahun selepas didapati bersalah menghina Dewan. Beliau didakwa menghina DUN kerana tidak hadir sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang bersidang pada Mac lalu berhubung wang tajaan yang disalurkan kepada Badan Kebajikan dan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Selangor (BALKIS). Perkara itu diumumkan Speaker DUN, Teng Chang Khim semalam.
[Inilah akibatnya bila Khir Toyo sengaja engkar untuk menjawab segala persoalan yang dikemukakan tentan isu BALKIS ini. Umum mengetahui beliau sebelum ini begitu rakus dan bersemangat untuk mengaitkan isu rasuah terhadap Tan Sri Khalid berkaitan isu lembu korban. Namun kesilapan itu akhirnya mengorbankan dirinya, apabila satu demi sati fail sulit beliau telah dibongkarkan. Kini rakyat Selangor sudah mula tahu bahawa siapakah Khir Toyo yang sebenarnya. Begitu banyak wang rakyat telah dirompak sesuka hati untuk mengenyangkan puak-puak mereka. Justeru itulah apabila tahu kalah dalam pilihanraya umum ke-12 lalu, Khir dan kuncu-kuncunya begitu cepat merompak segala fail-fail sulit di pejabat Menteri Besar untuk dibawa lari. Bahkan ada sesetengahnya yang bertaburan di atas lantai tanpa disedari. Inilah dia rupa pemimpin UMNO yang kononnya ingin membela nasib rakyat terutamanya orang Melayu].
1,000 Orang Ahli UMNO Sertai PKR Di Perlis
KANGAR [2.10 am] - Tindakan ahli-ahli UMNO yang didakwa melompat parti untuk menyertai PKR secara terbuka di Perlis, khususnya di Kangar, menimbulkan tandatanya apakah ianya tanda membantah pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu sebagai pengerusi UMNO negeri yang baru. Dr Md Isa yang juga ADUN Bintong, merupakan ketua UMNO bahagian Kangar. Difahamkan seorang bekas pemimpin UMNO bahagian Kangar telah mengisytiharkan keluar parti itu bersama-sama kira-kira 1,000 ahli parti itu untuk menyertai PKR, bulan lalu. Ketika dihubungi , seorang pemimpin UMNO bahagian tersebut yang tidak mahunya disebut, mengesahkan perkara itu berlaku tetapi berkata, tidak tahu apa puncanya. Beliau juga mengesahkan kumpulan tersebut bertindak keluar daripada parti UMNO selepas Dr Md Isa dilantik menerajui UMNO Perlis, bagi menggantikan bekas MB, Datuk Seri Shahidan Kassim pada 24 April tahun lalu.
[Nampaknya ketika bahang krisis politik di Perak masih terasa, kini satu lagi negeri UMNO bergolak. Jika di Trengganu isu Menteri Besar menjadi sebab utama, kini di Perlis juga nampaknya isu yang sama menjadi sebutan rakyat Perlis. Inilah akibatnya jika UMNO dan BN asyik tertumpu kepada krisis Menteri Besar di Perak agaknya. Hukuman dunia akhirnya datang kepada mereka. Jika di Perak ia melibatkan dua parti yang berbeza idealogi, namun di Perlis dan Terengganu ternyata amat memalukan kerana melibatkan sesama UMNO bercakaran antara satu sama lain. Kemelut yang berlaku ini memberi harapan baru kepada Pakatan Rakyat untuk menawan kedua-dua negeri itu sebenarnya].
[ Sokong PDO, Sila Sign Buku Pelawat Kami ]
[Masalah Di Tempat Anda, Laporkan Di Sini]






PDO a.k.a cucumdaudkilau,
BalasPadamSudah menjadi satu trend dlm ulasan anda bahawa apa-apa saja berlaku adalah angkara kerajaan atau UMNO/BN. Perbuatan jenayah dan penjenayah pun anda bela. Penangkapannya diragui dan disyaki bermotifkan politik. Perbicaraan di mahkamah nanti akan dipersoal dan apa-apa hukuman yg akan dijatuhui akan dikaitkan dgn "invisible hand" yg akan mempengaruhi keputusan hakim diamana ia juga akan dilihat sbg satu konspirasi utk menjatuhkan individu tertentu. Penjenayah tetap penjenayah. Tak kira siapa dia. Mengapa harus dikaitkan dgn politik. Mengapa anda mengait dan menuduh segala kejadian alam dimuka bumi ini adalah angkara perbuatan kerajaan atau UMNO/BN? Dimanakah kewarasan dan kebijaksanaan anda dlm menilai sesuatu perkara? Mengapa anda lari daripada kenyataan dan kebenaran? Dlm kes ragut di JB yg telah mengorbankan seorang perempuan hamil, pihak polis telah berjaya menangkap sipenjenayah tersebut dan dia akan dihadapkan ke muka pengadilan; sedikit pun anda tidak memberi sebarang ulasan tentang kejayaan pihak polis. Jauh lagi untuk memberi pujian kpd pihak polis kerana telah berjaya menyelesaikan kes tersebut dlm masa yg singkat. Anda juga gagal membuat sebarang kenyataan mengenai salah guna kuasa oleh kerajaan PAS Kelantan mengenai isu pemberian tanah. Semua ini menunjukkan betapa anda seorang yg dangkal dan dungu serta "double standard". Dlam hal yg berkaitan anda juga boleh ditakrifkan sbg seorang munafik..
Jom ramai-ramai masuk PAS.
BalasPadamSesungguhnya yg elok itu budi. Aku tidak sabar untuk menjadi rakyat dalam sebuah negara bernama Malaysia di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat.
BalasPadamInsyallah seluruh rakyat termasuk umno juga akan merasai nikmatnya kebajikan bersama susah senang bersama.Insyallah kita tidak lupakan org umno mereka tetap saudara kita mari semua org umno kita penuhkan saf masjid surau2 kita tegakkan syiar islam kita tinggalkan keje maksiat keje rasuah keje sia sia selama ini.
Buang yg keroh amik yg jernih pas ti kita akan berjaya dunia akhirat. Kaya di dunia juga kaya di akhirat itulah cita kita
itulah manusia yang dilahirkan oleh pas. hanya mereka yang betul orang lain salah. tak mengaku dalam pas pun ada rasuah. terimalah kenyataan.
BalasPadamtu la..aku rasa org PR mmg gila kuasa..ko tgk lahh Speaker PR Selangor same je dgn bekas Speaker PERAK PR..diluar Dewan dah gantung ADUN BN (UMNO)..apa lah PR ni mmg sah gila kuasa nih..tu la aku ni nama je org Selangor tp aku tak pernah pun nikmati apa2 pun janji dari PR Selangor yg ditaburkan sebelum menang PRU12..dan aku tgk PR Selangor nih yg suka gantung Banner sane sini tak ikut LAW langsung dan menyemakkan pandangan sekitar Selangor je..cuba korang dtg Selangor Tgk BAnner2 berterabur sana sini...Pelik tp Benar bro..Asyik berpolitiking je kerja PR nih..alahai setakat baju kurung semua org boleh pakai bro..jgn berselindung dibalik baju kurung dan tudung dan jgn memalukan pakaian tradisi org2 melayu..korang PR sokong je membabi buta..mmg lah org bukan islam elok dekati islam tapi korang ade ke tolong bantu mualaf2 yg dah masuk islam nih..tu yg penting sekali supaya mualaf2 ni tak terabai dan terpesong semula..tu yg afdalnyaa..pk pk kan lahh..
BalasPadamBRO semasa kau dlm dakapan toyol khir dulu kau dapat habuan kemewahan melimpah ruah ke bro.Tibanya PKR perintah selangor setahun ko kata ko tkdpt apa yg dijanjikn PKR selangor.
BalasPadamKesian kau bro dulu kau mewah dalam dakapan toyol skrg kau merempat dikg kau bro.
Ok jawapan utk mamat anak umno di atas. org pas pun jika buat salah tetap masuk penjara jika rasuah tetap kena hukuman.kenapa kamu ni bodoh sgt budak taik bodoh supo taik. kalu aku dapat mu ni nescaya aku tampar mapuh sbb mu ni terlalu bodoh.
kalau dah tahu bodoh jgn dok tunjukkn kebodohan kamu dkt sini bangang
May 20, 2009 3:14 PM
BalasPadamengko pun bodos bro... ko ingat malaysia ni tak ada undang2 ke nak tampor org sampai mampus. kalau mampus org tu ko yg kena dok dalam lokap tau...ko pun jgn tunjuk kebodohan ko dlm ni banggang
tu la si dungu tu mmg cakap mcm best tp hati kaudu jugak..aku masa PRU12 aku undi PR ko tau tak..dungu..tp telah jelas aku tersilap pilih kerajaan rupanya..masa khir dulu aku nampak la jugak kemajuan2 yg dibuatnya..ko si dungu pun hampeh maklumlah puok2 al juburi..mmg gitu..
BalasPadamkorang nih sah2 lah puok2 yg tak leh terima kenyataan..mcm adik beradik HINDRAF jgak la..anak RPK tu mengaku berslah atas diri dia sendiri dah ahli keluarga dia pun tak nak jamin n jenguk..korang kalau bagus sgt umpah lah loyar2 korang yg hebat2 tuh..apa lagi tunjukkan lah demo+keras+i ko tuh..jgn dok kuar kata ada 'tangan tangan ghaib mcm yg korang war war kan tuhh...hampehhh...
BalasPadamBUBARKAN GAMUDA!!!
BalasPadamISLAMKAN UMNO
BalasPadamISLAMKAN UMNO
BalasPadamISLAMKAN UMNO
BalasPadampdo yang DUNGU,,
BalasPadamraja petra ke,bini raja petra ke, anak raja petra ke, semua tu manusia bukan malaikat yg tak melakukan apa2 salah silap pun. dah terang2 budak tu buat jenayah terus mengaku salah, apesal pulak nak babitkan konpirasi ke apa2 ke..tentulah mak bapak dia malu tu pasal tak datang mahkamah..sibuk sgt cari salah org lain anak sendiri tak terjaga, sapa nak jawab tu. pdo bijak sesangat mengkritik org sila la jwb..bebal.