script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Apa Sudah Jadi Dengan Si Mufti Perak, Dulu Lantang Bersuara Tetapi Kini Pantang Pula Dengar Parti UMNO Dan Kerajaan BN Itu Di Hina

Inilah akibatnya bila golongan ulamak dan agama takut untuk menegur kebobrokan yang dilakukan oleh pemerintah yang zalim. Akhirnya mereka akan bercetuju dan terus bersekongkol dengan mereka, biarpun dia tahu "nahi mungkar" dan "halal haram" sesuatu perkara. Sebelum ini telah ramai golongan ugama seperti Pirdaus Ismail (bekas Imam Besar Masjid Negara), Fadzil Hanafi (Penceramah Agama RTM), Mashitah Ibrahim (Pendakwah Bebas), Jamil Khir Baharom (Pendakwah Bebas Dari KAGAT) dan kini yang terbaru ialah Harussani Zakaria (Mufti Perak). Terdapat petanda awal yang Mufti Perak ini sudah mula lari dari "matlamat asal kewujudan dirinya itu". Beliau yang sepatutnya menegur segala kepincangan, kezaliman dan penyalah gunaan kuasa yang berlaku dalam kerajaan, kni seolah-olah memihak pula kepada kerajaan yang memerintah. Benarkah Harussani kini sudah berubah?. Apakah dek kerana janji-janji kemewahan maka manusia seperti Harussani boleh terpengaruh dan mahu bersekongkol dengan mereka?. Apakah beliau lupa yang kesemua golongan agama terbabit, terutamanya yang sanggup menjilat ludah mereka sendiri itu kini tersiksa dan merana akibat ditolak majoriti rakyat. Inilah hakikatnya buat Harussani. Beliau yang sebelum ini cukup popular dengan kelantangannya dalam mengeluarkan hujjah kini seolah-olah berada dalam tekanan dan sanggup lakukan apa sahaja demi mempertahankan tindakan kerajaan hari ini. Apakah sebenarnya yang telah terjadi kepada Mufti Perak ini sebenarnya?. Masih kita ingat, beliau telah dengan lantangnya mengharamkan "konsert Sure Heboh @ Jom Heboh TV3" dulu.

Namun, tatkala BN merampas Perak beliau sanggup pula pekakkan telinga dan membiarkan saja program ini diadakan baru-baru ini. Malah, beliau juga adalah mufti yang lantang mendedahkan begitu ramai anak-anak muda Melayu yang telah "murtad". Malah beliau turut mendedahkan begitu banyak fail "murtad" yang telah diterima oleh pihak berkaitan. Kemudian beliau juga telah menjadi juara dalam banyak kes-kes yang melibatkan rakyat Malaysia sebelum ini hingga akhirnya dianugerah tokoh agama oleh kerajaan UMNO dan BN pada masa Pak Lah menjadi Perdana Menteri. Difahamkan beliau menerima ganjaran lumayan atas anugerah tersebut yang akhirnya memaksa beliau "menutup mulut dan matanya" dari menegur kerajaan. Maka itulah kita tidak hairan, dalan banyak isu politik yang berlaku sekarang ini Harussani lebih banyak mempertahankan UMNO dan BN daripada rakyat secara keseluruhannya. Malah beliau dilihat sebagai "wira dan penyelamat parti karat itu" bila begitu cepat memberi "fatwa" mengkritik tindakan-tindakan pro-rakyat yang diambil oleh Pakatan Rakyat Perak di bawah pimpinan Nizar Jamaluddin. Misalnya dalam kes Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan Dr Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamamah Tinggi dalam tempoh kurang daripada empat jam setelah permohonan dikemukakan, Harussani juga mengikut jejak langkah yang sama apabila membidas keputusan Pakatan Rakyat itu tidak sampai beberapa jam setelah pengumuman dibuat. Beliau turut memperlecehkan semangat rakyat Perak untuk menegakkan amalan demokrasi di negeri mereka yang telah dinodai oleh UMNO dan BN.

Kenyataannya bahawa Pakatan Rakyat sepatutnya menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan tidak menimbulkan masalah apabila keputusan itu tidak memihak kepada bekas Menteri Besar."Kenapa hendak datangkan masalah, kalau menang belah dia tidak apa tetapi apabila kalah hendak bangkang, Dia punya pasal lah, tidak ada kena mengena dengan hukum Islam tetapi kalau keputusan mahkamah begitu, haramlah hukumnya," katanya. Terbaru, beliu juga mengkritik satu keputusan politik yang diambil Pakatan Rakyat berhubung tindakan mengadakan puasa sunat dan mogok lapar selama tiga hari mulai esok. Kritikan tersebut jelas membuktikan bahawa Harussani ternyata tidak akan menyokong apa jua tindakan Pakatan Rakyat dalam menyelesaikan kemelut politik di Perak. Maka, sungguh malang nasib rakyat Perak kerana terpaksa menerima lagi Mufti Harussani sebagai tokoh agama kebanggaan mereka. Harussani kini sudah "Haru Biru", jiwanya sudah kacau bila antara dua persimpangan. Mahu ditegur kerajaan takut kehilangan segalanya. Mahu atau tidak terpaksalah beliau bersekongkol dengan kerajaan UMNO dan BN untuk menggasak Pakatan Rakyat. Apakah beliau sedar atau tidak dengan apa yang berlaku itu agaknya?. Namun, dari hati kecil rakyat Perak kini sudah terbuku satu perasaan kecewa kepada tokoh agama yang mereka sanjung selama ini. Harussani kini sudah berubah. Beliau dilihat lebih UMNO dari puak-puak karat itu sendiri. Lantaran itulah beliau akan menyokong apa jua tindakan yang dilakukan oleh mereka, biarpun beliau tahu kebenarannya.

[Semoga Harussani akan sedar dengan apa yang berlaku ini, atau setidak-tidaknya ada dikalangan rakyat yang bisa menyedarkan beliau dari lamunan terhenti ini. Kembalikan Mufti Perak ini ke landasan asalnya, jangan sesekali membiarkan beliau terus alpa dan menjadi Mufti UMNO pula. Jika ini yang beliau mahukan, maka benarlah telahan ramai pihak supaya Harussani menyahut cabaran untuk bertanding sebagai calon BN dalam pilihanraya umum akan datang. Lengkapkan "Team Ular Dalam Semak UMNO" yang terdiri daripada Dr.Mashitah, Pirdaus Ismail, Fadzil Hanafi dan Jamil Khir Baharom. Inilah yang dikatakan dalam kitab Al-Quran dan hadis-hadis Nabi bahawa terdapatnya "ulamak akhir zaman yang termakan dek pujukan duniawi". Kembalikan mereka ke panggal jalan, semoga mereka akan menginsafi semua yang terjadi ini].

Share:

56 ulasan:

  1. JANGAN TERLAMPAU KURANG AJAR HINGGA NAK LETAK SIMBOL UMNO KEDAHI ULAMA..APA PUN DIA TETAP ORANG YANG ARIF BAB UGAMA,MACAM MANA KALAU NIK AZIZ DIPAKAI LAMBANG DAP KAT DAHI NYA,,BERSOPANLAH ENDAK NYA.TERIMA KASEH

    BalasPadam
  2. Psychotickiller ni bangsa YAHUDI yg hina dan keji cuba menakluk islam secara dari dalam selimut.Tapi ia lupa islam sebenar tidak akan dapat diresapi oleh kamu wahai yahudi laknatullah.

    Selamat berjuang psychotickiller kami mengalu alu kedatangan kamu ke bumi kami

    BalasPadam
  3. bawak mengucaplah PDO a.k.a cucumdaudkilau..Hang ni tak kutuk dia kalau dia pro PR/PKR. Hang tengok muka-muka Tuan-Tuan Guru hang bersama dgn kenyataan-kenyataan mereka, semuanya putar alam jugak! Pakai serban/jubah, tapi hati busuk, mulut depa lagi busuk, macam hang jugak!

    BalasPadam
  4. PDO sila nyahkan psychotickiller dari meresapi blog ini dan kembaliknnya ke alam kubur secepat mungkin kerana ia terlalu hina dan keji utk berada di dunia ini

    BalasPadam
  5. psychotickiller ialah sejenis mamalia yg amat disukai umno dan bn utk dijadikan mamalia peliharaan dlm kandang khas terpelihara

    BalasPadam
  6. psychotickiller akan diubah suai mengikut keadaan. psychotickiller is mutant. Beware!

    BalasPadam
  7. saya akan marah,juga, kalau nik aziz atau hadi awang diperlaku serupa ,tak kira apa fahaman politik,

    BalasPadam
  8. betul saya juga akan turut marah jika nik aziz atau hj hadi diperlakukan sebegitu

    BalasPadam
  9. Amat keterlaluan sehingga sanggup menghina sedemikian rupa semata-mata kerana kenyataan pro umno/bn. Nik Aziz dan Hj Hadi pun pernah buat kenyataan yg elok tentang pemimpin umno. Mereka juga pernah menghina umno/bn. Tapi tiada kendengaran respon yg keterlaluan dari puak-puak umno. mereka tetap menghormati Nik Aziz dan Hj Hadi sbg seorang yg alim dan ulamak. Lebih-lebih lagi mereka itu ialah orang-orang tua alim yg patut dihormati spt apa yang dituntut Islam.

    BalasPadam
  10. ok apa letak gambar umno.umno bukannya hina takleh letak logo kat dahi.kalau letak logo yahudi barulah marah....

    BalasPadam
  11. aku sokong.. klu dia mufti nak tegakan islam napa x sokong hudud.. napa sokong umno...

    BalasPadam
  12. mufti berubah jd mcm 2 ble dpt duit 1 juta mase di itkiraf tokoh agama mse era pak lah lpas 2 dio senyp dgn teguran panas n lbh bela kerajaan BN.sehingga org islam nk dkt dgn islam pn dio marah.biasa ler org cina bc al-quran bsangkut2 krna xbiasa bc tp org islam x bc dio x mrah ble org bkan islam nk dkt dio mrah ble bkn islam nk knal islam.same dgn umno 2 org iktiraf mcm 2

    BalasPadam
  13. cukuplah...setiap apa perancangan yang terbaik hanya dari Allah...berbaik sangka lah...lebih baik..

    BalasPadam
  14. Salam semua, ini adalah komen saya kepada artikel daripada yg tersebut -> http://emang-psychotickiller.blogspot.com/2009/05/anwar-ibrahim-hamba-illuminati.html#comment-form

    Saya tidak bias kepada mana2 parti. Asalkan ia berkebajikan kepada rakyat, itulah sokongan yg akan saya curahkan.

    Point no 1 anda sdiri sudah meragukan. Membuka ahli kepada semua kaum, ialah kepada penduduk di bumi Malaysia ini. Bukanlah keterbukaan ahli kepada org di luar negara.

    Memberikan hak milik kekal geran kepada kaum cina kebanyakkan, adalah atas dasar mereka sebagai permastautin malaysia. Bezanya dengan kerajaan di perak sebelum ini, memberikan tanah kepada konglomerat cina. Mana yg lebih baik? Memberikan kemudahan kepada rakyat kebanyakan atau mengkayakan kroni? Bukankah konglomerat cina ini ciri2 mereka elit dan kaya yg akan dijadikan ejen kepada secret society illuminati tersebut?

    Pemberian tanah tersebut juga, berbeza sama sekali dengan pemberian tanah palestin kepada kaum Yahudi. Kaum Yahudi yg tidak diiktiraf mengambil tanah palestin yg telah lama diusahakan. Berbeza dengan di perak, tanah yg dberikan kepada kaum cina terbabit adalah tanah yg telah lama mereka usahakan atas titik peluh terbabit. Sila jangan jadi hipokrit, apakah itu tidak terjadi ke atas perjuangan Gerakan dan MCA. Yang penting cuma satu, adakah ianya untuk membantu rakyat kebanyakan, atau mengkayakan individu. Bila kita tidak membantu rakyat kebanyakkan inilah yg akan membantu mencapai objectif secret society tersebut : menjadikan rakyat kebanyakan ini sebagai hamba, tiada tanah, tiada harta, bekerja untuk mengkayakan org atas yg mendapat easy money dari kerajaan sebelum ini.

    TQ.

    BalasPadam
  15. Lambang UMNO tu jijik ke hina sgt ke hingga melenting nk marah ni. pada saya lambang umno tu baik bersih suci knp nk marah lekat kat dahi sapa sapa pun apa salahnya.

    macam kopiah letak atas kepala kn nampak elok baik dan sopan begitu juga lambang umno dia tk salah.

    blh letak kat dahi siapa saja krn ia bkn najis dan blh bawa solat.ia sekadar logo umno.terang lg jelas.

    jika logo umno itu haram jijik tkkn ramai dari kita nk dok dlm umno.betulkan

    BalasPadam
  16. biaq p la... kan bagiuh logo keris tu. Nampak macam pendekar. Nanti aku cetak banyak-banyak kat kopiah. pastu jual kat UMNOBN... agak-agak laku dak.

    BalasPadam
  17. Ini adalah salah seorang manusia yang diberi kelebihan dalam beragama. Orang ini juga amat pakar hal haram dan halal dalam peraturan dan undang-undang agama islam. Oleh kerana itu dia telah dilantik sebagai mufti perak.

    Tapi malangnya dia hanya makan gaji saja selaku mufti Perak. Apa tugas yang dilaksanakan berkaitan dengan mufti Perak...? Kenapa kerja hariannya sebagai orang agama tidak menonjol dan tidak diketahui oleh penganut islam yang lain...?

    Orang ini menonjol kan diri bukan berasaskan agama islam tapi berasaskan politik. Kenapa dia tidak menegur secara jelas pengaut islam yang melakukan kesalahan dalam beragama...? Kenapa dia tidak memperbetulkan akidah penganut islam terutama bangsa melayu agar bangsa melayu menjadi lebih bersatu dan berfikiran maju..?

    Tapi kenapa pula dia lebih bersemangat bercakap dalam bentuk politik dari berunsurkan beragama..?

    Kalau nak jadi orang politik, calonkan diri jadi wakil rakyat yang mempunyai ilmu agama yang tinggi.

    Belum ada pemimpin UMNO terutama Perdana Menteri yang mampu membaca doa untuk kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.

    BalasPadam
  18. hoi puak puak barua dan bodoh. dulu hampa juga yang duk sokong dia sebagai mufti. bila kena usik sikit dah melenting macam nak terbalik dunia. bertaubat lah puak puak barua dan bodoh sebelum terlambat.... amin

    BalasPadam
  19. pahang daily ni melampau...
    macam la bagus sangat..
    macamlah sumer tulis tu betul..

    bagi aku pdo ni hanya blog picisan dan murahan....
    jangan ayik nak berpolitik jer..

    anak2 kat rumah terbiar..mereka itu pewaris bangsa...
    ibubapa pulak sibuk berpolitik..sampai mengangur tidak ada hala tuju...bertanggungjawab la sikit pada keluarga..jangan asyik nak perjuangkam politik yang kotor ni...pdo ni mengangur ker xder kerja lain nak tulis benda sampah ni....dah la fitnah...hampir 60% apa yang ada dalam blog ni fitnah..


    apa yang korang dapat dengan berpolitik gila2 macam ni?
    korang tau tak semua ni rubbish...

    BalasPadam
  20. PDO a.k.a cucumdaudkilau sendiri seorang pengangur. Dia ni full time politikus. Salah satu punca pendapatan beliau ialah pendapatan dari sewa iklan-iklan yg terdapat dilaman blog ni. Oleh kerana blog ni 60% fitnah, populariti blog ini juga disebabkan ia penuh dgn kenyataan dan ulasan fitnah, maki hamun, hina menghina semata-mata. Jadi hasil sewa iklan dari laman blog ni halal ke haram? Sesiapa tolong jawab..Kalau haram, susahlah PDO a.k.a cucumdaudkilau, sebab hasilnya dah jadi darah daging beliau dan keluarganya. Kalau halal, selamat..

    BalasPadam
  21. PEMBELA BABI NEGARA!!!

    BalasPadam
  22. biaqpila dekat dia (harunsani) tahun depan dia pencen la. lepas pencen baru dia berjuangan bermati-matian untuk Islam, teutama parti Pas.

    Lanie dia masih dok makan gaji dengan kerajaan, kena la bela tuan dia, cari makan beb.

    banyak dah kita tengok, Pegawai2 tinggi kerajaan bila depa pencen, depa masuk Pas, sebab depa tau, Paslah satu2 parti yang memperjuangankan Islam Syhumul.

    Untuk ahli2 umno yang tak setuju dengan pemimpin umno yang menolak hukum hudud dan takut bersekongkol. Saya harap saudara semua tak payahlah memberi undi kepada parti tsbt dlm pru13 nanti, jadilah ahli biasa dahlah, tak sokong Pas pun tak pa, tapi jangan keluar mengundi.

    Sekian terima kasih.

    BalasPadam
  23. bagus jugak kalau semua mufti
    pakai kupiah logo umno, sebab
    depa kerja dengan kerajaan, depa
    kenalah pakai logo umno, bagueh, bagueh, lepas ni semua anggota keselamatan yang memakai uniform dan pakai topi ka? cap ka? bere ka? logo
    umno,

    ini melambang taat setia kepada kerajaan.

    BalasPadam
  24. Kalau berani mufti tu tegurlah isteri N1 yang macam buah nangka tu pakai tudung,kan asas tu..

    BalasPadam
  25. Kepada puakx UMNO ni nak bagi tau TG NIk Aziz dan TG Hj Hadi tu peranan dia berbeza dgan Harusani. Harusani tu MUFTI sepatutnya dia ckap mestilah bebas tak terikat dngan politik ada faham ka gaji dia pun bukan bayaq dgan duit UMNO/BN. Cuba tngok MUFTI Kelantqan ada ka dia ckap halx politik.TG Nik Aziz dan TG Hj Hadi tu org politik bila dia ckap kenalah melibatkan politik. Ada tau ka TG Nik Aziz dan TG Hj Hadi lagi teruk kena hina dgan UMNO ni tak kan tak ingat kot. Masa pilihanraya brux ni siap bubuh gambar TG Nik Aziz dgan Babi masihkah kau ingat dan bnyak lagi lah penghinaannya.Yg pelik tu dulu Harusani bukan main lantang menegur Jom Heboh haram katanya tapi mcam mana boleh plak masuk ke negeri dia.dia tak rasa apax ka samada satu penghinaan oleh UMNO terhadap di atau UMNO tak menghormati Mufti Perak.Pasai apa la ni dia nampaknya cenderong membela UMNO dan menghentam PR.

    BalasPadam
  26. anon 8.3 awak pembela P antat R AKYAT

    BalasPadam
  27. SEBAB MUFTI PERAK DAH NAMPAK KEBENARAN BN BETUL PR MUNAFEK

    BalasPadam
  28. kalau mad nizar masih mb pun jom heboh tetap ada juga. benda tu dah lama dirancang apa nak heran. kepada yang suka maki hamun mufti tu aku doakan dia pun sokong umno/bn suatu hari nanti. insyallah..

    BalasPadam
  29. HEY! PEMBELA BN!!

    NAMA PUN PEMBELA BN
    MACAM2 MANA BN SALAH PUN TETAP DIA BELA BN.

    P/S: KALAULAH PEMBELA BN NI MENJADI PEMBELA AGAMA ISLAM
    LAPANG KUBURNYA DAN DAH TENTU MASUK SYURGA DOWH!!

    BalasPadam
  30. HEY! PEMBELA BN!!

    NAMA PUN PEMBELA BN
    MACAM2 MANA BN SALAH PUN TETAP DIA BELA BN.

    P/S: KALAULAH PEMBELA BN NI MENJADI PEMBELA AGAMA ISLAM
    LAPANG KUBURNYA DAN DAH TENTU MASUK SYURGA DOWH!!

    BalasPadam
  31. HIDUP DAP. KITA BAGI MELAYU BANGGANG DOK BERGOCOH. KITA SENANG JADI KETUA. MALAYSIA UNTUK SEMUA

    BalasPadam
  32. melayu tu islam,islam tu melayu ,orang kafir kalau usik melayu pas atau pkr, aku akan bela ,wasalam

    BalasPadam
  33. Ulama adalah pegawai kerajaan naik pangkat dapat gaji pun dari kerajaan.kalau hentam kerajaan karang tak naik pangkat tak naik gaji apa la senang je conclusion tu.Nanti kena memo kena tukar kalau menentang kerajaan jadi senang je diamkan diri makan gaji buta jadi berhala lagi baik.Sebab rezeki dari kerajaan bukan dari Allahkan?Ini lah susahnya bila kerajaan tak professional semua nak dikaitkan dengan politik bodoh,bodoh.

    BalasPadam
  34. orang melayu sekarang telah terikut telunjuk kaum lain..sama sendiri dok bergaduh... sampaikan kepada mufti pun dihina dan dikeji semahu2nya... org kafir... senyum bangga..... sedar2 la wahai umat2 semua... dah tak lama dah kita tumpang kat sini

    BalasPadam
  35. Aku rasa PDO ni elok dilaporkan sja pada POLIS sbb sampai menghina MUFTI pulak dah..yg kes fitnah saiful tak habis lg nak buat lg..lepas nih sah2 PDO masuk ISA..tunggu dan lihat la..PASTI punya..tak hormat langsung ALIM ULAMAK..nt korang jgn lak marah eh kalau PDO dan krew2 masuk ISA..korang yg carik pasal..suruh TOK Guru tgk sendiri BLOG PDO nih..mst orang mengucap panjang..masyaallah.!! terok doh puok puok aku nih..

    BalasPadam
  36. pehal org2 umno ni melalak x tentu pasal.. logo punye hal pun nk kecoh, tp bg aku la umno ni dr dulu,kini dan selamanya adalah barua penjajah..bangsat punye umno hahahahaaa

    BalasPadam
  37. bukan soal logo ,soal; sikap kurang ajar terhadap ulamak ,tak kira dari fahaman mana,tutur kata kita,itulah kita

    BalasPadam
  38. PEMBELALA BN INI, SAMALAH DENGAN
    PENENTANG HUKUM HUDUD, SOKONG UMNO,
    BERMAKNA SOKONG MENENTANG HUKUM HUDUD, MENENTANG HUKUM HUDUD, APA
    HUKUMNYA TUAN AL MUFTI AL PERAKI SAHIBUL SAMAAH AL HARUSSANI ISLAMI HADAHARINI?

    BalasPadam
  39. AKU TETAP HORMAT ULAMA PAS WALAU PUN BANYAK YANG MEREKA KELIRUKAN UMMAH,SESAKALI AKU TIDAK AKAN MAKI HAMUN SEPERTI KAMU MAKI HAMUN UALAMAK2 YANG MEMBERI PANDANGAN MEREKA , KEPADA PENYOKONG BN JANGAN SESAKALI MAKI HAMUN ULAMAK PAS.

    BalasPadam
  40. AKU HERAN SEBAB APA, PEMBELA BN TAKUT NAK JAWAB SOALAN AKU, APA HUKUMNYA ORANG ISLAM MENOLAK HUKUM
    HUDUD, SEBAGAI PEMBELA BN, JAWABLAH
    SOALAN AKU NI. JANGAN DOK ALIH TAJUK MAKI HAMUN LA, HORMAT UALAMAK PAS LA,

    APA HUKUMNYA ORANG ISLAM MENOLAK HUKUM HUDUD, TERUTAMA PENYOKONG UMNO?

    BalasPadam
  41. LAKUKAN HUDUD DIKELATAN AKU AKAN SOKONG,MARI PAS DAN UMNO BERGABONG,KITA BINCANG....AKU SOKONG HUDUD,TAPI BERAPA BANYAK NEGARA ISLAM YANG MENGAMAL HUDUD.HUDUD HANYA BOLEH DILAKSANA APA BILA BUKAN ISLAM,FAHAM SEDALAM2NYA TETANG ISLAM ,DEMI ALLAH AKU SOKONG HUDUD,BUAT KAU SEMUA BUAT JANGAN CAKAP AJE

    BalasPadam
  42. YANG CAKAP KAT ATAS,TU, ADALH AKU PEMBELA BN ,DEMI ALLAH AKU SOKONG HUDUD,LAKSANAKAN APA YANG AKU CAKAP KAT ATAS TU

    BalasPadam
  43. Anonymous Anonymous said...

    HEY! PEMBELA BN!!

    NAMA PUN PEMBELA BN
    MACAM2 MANA BN SALAH PUN TETAP DIA BELA BN.

    P/S: KALAULAH PEMBELA BN NI MENJADI PEMBELA AGAMA ISLAM
    LAPANG KUBURNYA DAN DAH TENTU MASUK SYURGA DOWH!!

    May 26, 2009 6:47 AM

    =====================
    bukan sebab bela bn atau apa.. tapi kita sebagai rakyat biasa yg tak tinggi manapun kepandaian kita dalam agama... ulama kenalah kita hormat juga... samala kita membela agama Islam kita ni sebab bila sesama kita orang Islam ni memaki hamun sesama sendiri menunjukan betapa keciknya maruah kita dipandangan org kafir... I'Allah pembela BN dapat masuk syurga dan lapang kuburnya jika dia juga seorang yang benar2 menghayati agama Islam... amin

    BalasPadam
  44. apa la korang sudah2 la dgn poltik ni...byk2 muhasabah diri la...smpi ulama pun korang nk kutuk ke...diaorang ade pandangan tersendiri jgnla cepat melatah...

    BalasPadam
  45. Macam ni ajelah usah dipanjang-panjangkan cerita.Nak cerita bab politik masuk politik, nak masuk bab agama jadi ulama, kalau nak kedua-dua masuk jadi Nik Aziz. Jadi biar masyarakat nilai. masa pilihanraya pilih siapa yang disuka.Tinggal dua/tiga tahun je lagi sabar je. nanti kalau tak mahu sesiapa buang je dalam tong udah cerita. Jangan lak nanti masa dah dekat cuba-cuba pulak tukar gaya masa tu dah lambat dah.

    BalasPadam
  46. Macam ni ajelah usah dipanjang-panjangkan cerita.Nak cerita bab politik masuk politik, nak masuk bab agama jadi ulama, kalau nak kedua-dua masuk jadi Nik Aziz. Jadi biar masyarakat nilai. masa pilihanraya pilih siapa yang disuka.Tinggal dua/tiga tahun je lagi sabar je. nanti kalau tak mahu sesiapa buang je dalam tong udah cerita. Jangan lak nanti masa dah dekat cuba-cuba pulak tukar gaya masa tu dah lambat dah.

    BalasPadam
  47. Macam ni ajelah usah dipanjang-panjangkan cerita.Nak cerita bab politik masuk politik, nak masuk bab agama jadi ulama, kalau nak kedua-dua masuk jadi Nik Aziz. Jadi biar masyarakat nilai. masa pilihanraya pilih siapa yang disuka.Tinggal dua/tiga tahun je lagi sabar je. nanti kalau tak mahu sesiapa buang je dalam tong udah cerita. Jangan lak nanti masa dah dekat cuba-cuba pulak tukar gaya masa tu dah lambat dah.

    BalasPadam
  48. Macam ni ajelah usah dipanjang-panjangkan cerita.Nak cerita bab politik masuk politik, nak masuk bab agama jadi ulama, kalau nak kedua-dua masuk jadi Nik Aziz. Jadi biar masyarakat nilai. masa pilihanraya pilih siapa yang disuka.Tinggal dua/tiga tahun je lagi sabar je. nanti kalau tak mahu sesiapa buang je dalam tong udah cerita. Jangan lak nanti masa dah dekat cuba-cuba pulak tukar gaya masa tu dah lambat dah.

    BalasPadam
  49. Macam ni ajelah usah dipanjang-panjangkan cerita.Nak cerita bab politik masuk politik, nak masuk bab agama jadi ulama, kalau nak kedua-dua masuk jadi Nik Aziz. Jadi biar masyarakat nilai. masa pilihanraya pilih siapa yang disuka.Tinggal dua/tiga tahun je lagi sabar je. nanti kalau tak mahu sesiapa buang je dalam tong udah cerita. Jangan lak nanti masa dah dekat cuba-cuba pulak tukar gaya masa tu dah lambat dah.

    BalasPadam
  50. Macam ni ajelah usah dipanjang-panjangkan cerita.Nak cerita bab politik masuk politik, nak masuk bab agama jadi ulama, kalau nak kedua-dua masuk jadi Nik Aziz. Jadi biar masyarakat nilai. masa pilihanraya pilih siapa yang disuka.Tinggal dua/tiga tahun je lagi sabar je. nanti kalau tak mahu sesiapa buang je dalam tong udah cerita. Jangan lak nanti masa dah dekat cuba-cuba pulak tukar gaya masa tu dah lambat dah.

    BalasPadam
  51. Kat belakang MCA/GERAKAN/DAP/MIC/Yahudi/Kristian/dll musuh Islam berguling-guling ketawa kat kita orng melayu islam.
    Carek2 bulu ayam lama2 bercantum juga. Jangan berkerat rotan berpatah arang sesama kita. Bila hidup ni resah, keluh kisah, hilang hala, hilang tujuan, jiwa tak tenteram, pada ulama yg dikasihi juga kita minta panduan dan pedoman. Berpada-padalah kita semua...

    BalasPadam
  52. mufti kelantan mana berani nak komen nanti silap haribulan kena tendang keluaq dari kelantan. mana dia nak pegi, perak jugak. sapa nak jawab.... aku jugak eh eh eh

    BalasPadam
  53. BN KELIRU BIRU DAH JADI HARU BIRU KENA TEGOR OLEH EMPUNYA BLOG

    BalasPadam
  54. Kenapa marah sangat kat Mufti ni, dulu bila dia bagi pandangan yang meyebelahi demo,tak marah, sekarang bila mufti ni bagi pandangan yang tidak menyebelahi demo, marah pulok. Kalau demo bijak sangat ajaklah Mufti ni berdebat. Janganlah dek kerana kepentingan politik, semua orang tak betul. Bapo demo jadi gini,mintaklah petunjuk dari ALLAH SWT,mudah-mudahan demo diberi hidayah dan pertunjuk ke jalan yang benar.FIKIRKAN DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK DAN CUCU-CICIK KITA SEMUA.

    BalasPadam
  55. KASIHAN AL MARHUM TUAN HAJI ISHAK BIN BAHARUM BEKAS MUFTI SELANGOR.

    KENA PECAT SEBAB TEGUR GADIS2 MELAYU MENYERTAI RATU CANTIK, SEBAB TAATKAN AGAMA, KENA BUANG KERJA.

    PADA MASA TU ULAMAK2 LAIN, MEMBISU SEJUTA BAHASA, ADA MATA PEJAM, ADA MULUT BISU, ADA TELINGA PEKAK, INILAH
    MUFTI AKHIR ZAMAN.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.