script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bacul: Penasihat UMNO Dulu Hingga Selamanya Iaitu Mahathir, Tegaskan Tidak Perlu Pilihanraya Perak Kerana Pakatan Rakyat Pasti Akan Menang

Penasihat UMNO, Mahathir Mohamad (foto) membuat satu kenyataan "bacul" hari ini bila menegaskan bahawa tidak perlu pilihanraya negeri Perak untuk menyelesaikan perebutan kuasa antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat. Jika ia diadakan, kata Mahathir, Pakatan Rakyat akan memenanginya dan sebab itu tidak perlu BN memanggil satu pilihanraya negeri. Pilihanraya negeri itu, tambahnya, hanya membazirkan wang rakyat. Inilah kenyataan bebal seorang negarawan ulung yang langsung tidak mahu melihat perkara ini dari sudut demokrasi dan sebagainya. Ini bermakna, Mahathir sendiri sedar yang UMNO telah membuat satu kesilapan besar apabila merampas Perak dari Pakatan Rakyat. Bahkan sebelum ini Mahathir juga ada mengatakan bahawa BN tergesa-gesa untuk membuat tindakan tersebut. Jika Mahathir berjiwa rakyat setelah 22 tahun menjadi Perdan Menteri maka beliau harus akur dengan "suara rakyat". Menang atau kalah hanya rakyat yang akan menentukan. Kemelut yang melanda negeri itu sekarang tidak akan ada kesudahannya jika terus dibiarkan seperti ini. Mahathir sebagai penasihat UMNO dan kerajaan harus berkata benar biarpun pahit untuk ditelan. Tidak timbul soal membazir wang rakyat kerana adanya pilihanraya. Selama ini telah banyak wang rakyat dibelanjakan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan masalah rakyat. Bila hak rakyat ingin dikembalikan, barulah terfikir belanja pilihanraya akan membazirkan wang rakyat. Biarlah wang rakyat digunakan ke jalan yang benar, bukannya jalan yang penuh dengan penyelewengan, rasuah dan korupsi seperti yang dilakukan oleh UMNO sejak dulu, kini dan selamanya. Maka itulah kini, kita sudah faham kenapa Najib Razak takut benar untuk berhadapan dengan pilihanraya kecil di Perak serta memberi berbagai alasan dan menggunakan mahkamah untuk menghalang ianya berlaku. Rupa-rupanya beliau mempunyai seorang penasih "bacul" dan "bangang" seperti Mamak Firaun Mahathir yang telah sekian lama menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan yang memerintah sebenarnya. Jika Najib "anak jantan" beliau tidak akan terpengaruh dengan nasihat daripada "sifunya" itu. Beliau langsung tidak boleh terfikit, jika keadaan ini dibiarkan berterusan maka ia lebih banyak merosakkan serta menggelapkan masa depan rakyat itu sendiri.

[Memang bacul mamak Mahathir ini, dulu ketika beliau kembali ke pangkuan UMNO maka heboh dicanangkan lebih ramai lagi bekas ahli UMNO akan menuruti jejak langkahnya itu. Maka turunlah Mahathir berkempen di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Ketika itu seolah-olah kita melihat memang benar apa yang dikatakan oleh Mahthir yang rakyat mula menyokong UMNO dan BN. Namun, bila keluar keputusan ternyata Mahathir dan BN dimalukan. Bukan sahaja BN tewas, malah majoriti Pakatan Rakyat meningkat mendadak. Maka itulah gara-gara penangan pilihanraya kecil terbaru itu, Mahathir kini takut untuk berhadapan dengan kenyataan. beliau juga gusar Najib akan dimalukan bila ia berlaku. Patutlah Najib sengaja mencari jalan untuk menggagalkan usaha pembubaran DUN tersebut rupanya. Beliau mendapat nasihat daripada seorang pemimpin UMNO yang takut berpijak di bumi yang nyata].
Share:

7 ulasan:

  1. Memang betul. Mereka takut sangat dan macam-macam alasan bagi konon membazir duit rakyat. Cakap macam tak sekolah. Duit rakyat tau pulak tapi bila dia orang belanja untuk kenyangkan perut dia orang tak pulak rasa. Dasar pengkhianat..patut kena hapuskan dari bumi ni.

    BalasPadam
  2. Pak2 Menteri pergi holiday sampai hujung dunia tu tak membazir duit rakyat ke???Jangan ingat rakyat bodoh..

    BalasPadam
  3. alar pak mahadir nih da tua nyanyuk ntah ape yang dier cakap melalut jew.. da lama x service kot..

    BalasPadam
  4. ya Allah, apahal la ngkorang ni tak paham aku. jgn dikutuk org tua tu. dah dah pi balik umah makan nasik lg bagus!

    BalasPadam
  5. MEMBAZIR DUIT KEPALA HOTAK HANG!!! YG U AMBIK DUIT KWSP SELAMATKAN SYKT ANAK U TU APE HAL!!! TUA TAK SEDAR DIRI!!! PTUI.....!!!

    BalasPadam
  6. TAK BAIK HAMPA DOK MARAH2KAN
    TUN MAHADIR NI, DIA DAH TOBAT MANA HAMPA TAU, CUBA TENGOK DIA LANIE
    DAH PAKAI SERBAN DAN SIMPAN JANGGUT
    IKUT SUNNAH.

    DIA DAH BANYAK JASA SEMASA MENJADI PM, 22 TAHUN LAMA TU. BUKAN SEMUA DIA BUAT TAK BAGUS, YANG BAGUS KITA KENA AKUI JUGAK, KAN KAN KAN

    BalasPadam
  7. salam.kawan asik tgk PDO je jadi nak seimbangkan maklumat supaya rakyat tak keliru hang pa pi la ke www.selamatkanperak.blogspot.com..kan sini hang tgk la sapa yg buat kecoh kat PERAK la nih....Alhamdulillah Tun MAhathir dah INSAF pakai Serban dan Janggut..lepaih nih boleh lak dok sebelah Tok Guru..Jangan marah ahhh..hang pa yg lukis lagu tuh.:)

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.