KOTA BHARU [4.29 pm] - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin (foto) belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding atau tidak jawatan Naib Presiden PAS pada muktamar agung parti itu di Shah Alam, Selangor, Jun depan. Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu berkata, beliau belum memikirkan perkara itu dengan mendalam kerana mahu memberikan tumpuan terhadap kesnya di Mahkamah Tinggi Ipoh pada 4 hingga 6 Jun ini. "Setakat ini, belum terlintas dalam sanubari saya (untuk memikirkan soal pencalonan jawatan dalam parti)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS Kawasan Pengkalan Chepa, di sini, hari ini. Mohd Nizar bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada kawasan yang mencalonkannya untuk jawatan itu walaupun beliau belum membuat persediaan untuk memberi kata putus sama ada ingin menerima atau sebaliknya pencalonan itu. Ditanya mengenai pandangan bahawa PAS perlu dipimpin oleh gabungan kalangan ulama dan profesional bagi memantapkan masa depan parti agar boleh diterima semua pihak, Nizar menyokong cadangan itu. "Cadangan itu baik bagi memastikan kesinambungan kepimpinan dan masa depan PAS," katanya. Dua hari lalu, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamad Daud dilaporkan berkata pemimpin bertaraf ulama perlu diberikan jawatan sebagai Presiden dan Timbalan Presiden PAS bagi menjadikan parti itu terus dihormati pada masa depan. Bagaimanapun, kenyataan Mohamad itu dibidas oleh beberapa pemimpin Pas yang lain termasuk Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun. Abdul Fatah berpendapat sesetengah pemimpin ulama sebenarnya tidak memahami konsep sebenar kepimpinan ulama bagi mewujudkan barisan kepimpinan yang mantap dan perlunya kepada gabungan pemimpin ulama dan profesional.
[Sebagai pemerhati politik tanahair, PDO amat menyokong penuh sekiranya Ir.Nizar bertanding untuk kerusi Naib Presiden PAS dalam muktamar part itu kali ini. Tambahan pula, namanya kini semakin popular selepas isu rampasan kuasa di negeri Perak Februari lalu. Jika beliau bertanding, kemungkinan besar beliau mempunyai harapan menang].
KUALA LUMPUR [3.38 pm] - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yakin Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (foto) tidak akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden MCA dan melompat parti menyertai pembangkang. Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, beliau ada berjumpa Dr Chua dua hari lalu dan perkara ini tidak timbul. "Isu lompat parti ini diwar-warkan oleh pihak tertentu saja," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Pekerja 2009 peringkat kebangsaan di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini hari ini. Najib berkata, beliau percaya Dr Chua adalah penyokong setia BN. Semalam, Dr Chua tidak menolak kemungkinan akan melompat parti dan menyertai pembangkang kerana mendakwa semakin tidak berperanan dalam parti, termasuk sebagai Pengerusi Biro Pemantauan Dasar Kerajaan. Bekas Menteri Kesihatan itu berkata beliau dipujuk untuk melompat parti sejak dikaitkan dengan skandal cakera video digital (DVD) rakaman aksi seks dan kemudian berulang selepas memenangi jawatan Timbalan Presiden sebelum pujukan itu semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.[Nampaknya budaya ugutan dalam BN semakin terserlah kini. Chua Soi Lek ada hak untuk mempertahankan dirinya. Sebagai bekas Menteri dan kemudian menang pula dalam pemilihan orang nombor dua dalam pucuk pimpinan MCA, sudah semestinya beliau mahukan satu kedudukan yang istimewa dalam kerajaan. Tugasnya sebagai Pengerusi Biro Pemantauan Dasar Kerajaan adalah tidak sesuai, ini kerana seolah-olah beliau adalah "pembangkang" dalam kerajaan itu sendiri. Tambahan pula beliau terpaksa memantau dasar-dasar kerajaan yang pastinya sudah dibuat oleh pemimpin BN sendiri. Tindakan Chua untuk melompat parti akan memberi tamparan hebat kepada Najib dan tepat pada masanya. Nampaknya kemelut budaya ugutan dalam BN akan terus berlaku bila kuasa yang ada itu boleh diperkotak-katikkan. Budaya ugutan dan rasuah kini sudah menjadi satu "syarat" dalam BN untuk mendapat perhatian daripada pihak atasan sebenarnya].






Saya cukup tak faham dengan PDO, kalau diberi peluang pada CSL dapat jawatan dalam Kerajaan. nanti dikatakan Kerajaan bagi muka/sokong pada pelaku seks bebas, tapi bila CSL takde jawatan, dikatakan Kerajaan meminggirkan pulak ..
BalasPadamPDO sila jawab. Saya nak sangat tahu apa pendirian PDO sebenar.
Nak mengkritik pun kena la berhemah, bukan buta2 jek ..
hahahahaha....mana ada yang betul, cakap apa saja, ujung2 periuk nasi kena jaga, tak dapat rotan akar pun boleh lah. kalau UMNO atau BN kompom semua tak sehat, bile kena batang idung sendiri, macam2 alasan, tok guru pun ckp ok je, nak heran apa kan, tok duru pun dah ckp dengan syaitan pun boleh berkawan....heee
BalasPadamAku setuju,
BalasPadamdia tak akan lompat parti,
tapi lompat atas katil ada le..
Nama pun lelaki, tapi pompuan pun sama je kan, tapi nasib baik lah YB bangsa cina je kan, kat selangor kenapa YB yang tak bermoral tu PKR boleh terima lagi, malu lah
BalasPadam