script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Kemelut Politik Perak, Perdana Menteri Najib Razak Semakin Gusar Dengan Suara Rakyat Serta Menafikan Beliau Adalah Punca Segalanya !

Nampaknya Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak, sudah memang "takut" dan "gusar" dengan tanggapan rakyat kepadanya dalam kes politik di Perak sekarang. Sebentar tadi ketika ditanya oleh media beliau menafikan dirinya adala punca kemelut politik di Perak dan meminta rakyat tidak menyalahkan Sultan Perak kerana pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar "mematuhi undang-undang". Nampaknya Najib masih "bermimpi disiang hari" dan menghina keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru yang secara jelas mengatakan Datuk Seri Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah. Justeru itu, kenapa Najib menafikan dirinya sebagai punca kemelut yang melanda ini. Jika bukan dia punca, maka siapakah lagi yang harus dipertanggungjawabkan. Apakah Pak Lah yang menjadi punca?. Kerana hanya mereka berdua sahaja pemimpin UMNO yang boleh membuat keputusan drastik itu. Dan sekarang Pak Lah sudah tidak berkuasa lagi, apakah Pak Lah akan dijadikan "kambing hitam" dalam kes ini agaknya. Umum mengetahui yang kemelut di Perak bermula beberapa hari selepas Najib mengambil alih kepimpinan UMNO Perak dari Tajol Rosli Ghazali. Selepas itu mulalah timbul isu kehilangan dua ADUN yang juga Exco PKR Perak. Dan kemudian diikuti dengan kemunculan mereka bersama Najib di Putrajaya dengan mengisytiharkan keluar dari Pakatan rakyat dan menjadi calon bebas serta menyokong UMNO dan Barisan Nasional.


Walhal Speaker DUN, V.Sivakumar telah melaporkan kekosongan kerusi DUN itu selepas kehilangan mereka dan berdasarkan kepada surat akujanji semasa dilantik selepas pilihanraya umum ke-12 dulu. Kemunculan mereka pula ialah di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, bukankah itu adalah pejabat Najib Tun Razak dulu?. Kemudian bermula episod Najib mengatakan Barisan Nasional telah mendapat majoriti sokongan di Dewan Undangan Negeri Perak, walhal sokongan hanya dibuat di luar DUN dan bukannya ketika DUN bersidang. Ini yang menghairankan kita sebenarnya. Maka kemudian Najib jugalah dipercayai telah berkenan mengadap Sultan Perak untuk memaklumkan tentang perkara ini. Bukan sekali beliau berjumpa, malah dua kali. Dan kemudian beliau mengumumkan bahawa BN sudah berjaya mengambil alih Kerajaan Negeri Perak daripada Pakatan Rakyat apabilan Sultan Perak memecat Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan kemudiannya melantik Zambry Kadir sebagai Menteri Besar yang baru. Bukankah ini semua kerja Najib dulu?

Bermula dari situlah episod kekecohan terus berlaku dan berbagai-bagai insiden terjadi termasuk isu Nizar derhaka, Sidang DUN bawah pokok, rampasan kuasa Speaker dan banyak lagi. Timbul pula isu saman menyaman, laporan polis demi laporan sehingga perbicaraan mahkamah bagi menentukan status Menteri Besar Perak yang sah. Najib kemudian dilantik menjadi Perdana Menteri menggantikan Pak Lah Badawi dalam episod peralihan kuasa UMNO dan BN. Sangkaan kita, dengan naiknya Najib sebagai Perdana Menteri maka beliau boleh menangani kemelut yang melanda, rupanya ia bertambah menjadi-jadi. Akhirnya BN ditolak rakyat dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang setelah Najib dipercayai menghalang hasrat Nizar membubarkan DUN ketika berkuasa dulu. Malah kekosongan kerusi dua ADUN "pengkhianat" yang dimaklumkan oleh Speaker kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk diadakan pilihanraya kecil juga telah dinafikan. Sesuatu yang janggal apabila speaker mempertikai kesahihan surat perletakkan jawatan itu dan tidak membenarkan pilihanraya kecil diadakan. Makanya berlakulah kekecohan demi kekecohan hingga menyebabkan ramai rakyat yang ditangkap dan dizalimi oleh pihak polis terutamanya pasukan Simpanan Persekutuan (FRU). Semua episod malang ini masih menghantui sebahagian besar rakyat Perak khasnya dan Malaysia amnya. Justeru itu, Najib tidak boleh lari dari tanggungjawab sekarang. Kerana beliau dilihat berada disebalik insiden ini dan yakinlah bahawa segala apa yang terjadi dan menghantui rakyat Perak kini adalah Perdana Menteri Najib Razak yang punya angkara !!

[Najib tidak perlu berdolak dalih lagi. Jika bukan dia siapa lagi agaknya?. Mana mungkin orang yang tiada kuasa boleh merencanakan semua yang berlaku ini. Rakyat bukan bodoh dan bangann seperti "puak-puak UMNO" yang masih percaya bulat-bulat apa yang dilaporkan oleh media arus perdana. Najib boleh menipu sekali, tetapi rakyat tidak akan masuk lubang dua kali. Beliau harus dipertanggungjawabkan kerana telah melakukan rampasan kuasa ini. Malah mantan Perdana Menteri yang juga "Sifu Najib" iaitu Mahathir Mohamad mengakui bahawa Najib telah tersilap kerana merampas kuasa di Perak. Mahathir juga "mudah lupa" bahawa beliau tersilap kerana memecat Anwar Ibrahim sebelum didapati bersalah di mahkamah pada tahun 1998 dulu. Makanya Najib dan penasihatnya Mahathir "dua kali lima" macam "keluarga 69", dua-dua tonggang terbalik dan mahu lari dari tanggungjawab ini. Kepada seluruh rakyat, yakinlah perubahan yang lebih besar dalam iklim politik negara pasti akan berlaku akibat kepincangan yang berlaku ini. Najib sengaja menjolok tebuan dengan galah pendeknya. Kini beliau terpaksa akur dengan kehendak rakyat dan membubarkan DUN. Kenyataan Najib bahawa pembubaran DUN terletak ditangan Sultan Perak tidak wajar diterima sekarang. Sebagai Perdana Menteri, beliau harus menasihatkan Sultan Perak supaya membubarkan DUN denagn segera sama seperti menasihatkan tuanku melantik MB Zambry Kadir dulu].

Share:

7 ulasan:

  1. tu semua pasal dia dah kena bala iaitu sumpah laknat dari roh pompuan monggolia yang dia bunuh dulu. itu pasal la dia jadi merapu, meracau dan tak lama lagi jadi nyanyuk sebab suka sangat menipu orang, pas tu menafikan dengan sumpah bila dah buat salah. semua pemimpin umno memeng macam tu. mengalahkan zionis zalimnya.

    BalasPadam
  2. tu bukan jib,
    tu ulaq kot

    BalasPadam
  3. semua pemimpin lebih kurang aje perangainya tak kira kerajaan ataupun pembangkang...tapi bila dia org berjumpa berpeluk pula. yang jadi masalahnya la ni penyokong masing2 yang terlebih sudah... maki hamun bagai nak rak... tu semua cari dosa kering aje

    BalasPadam
  4. Nasihat untuk Bekas kekasih Altuntuya,NAJIS ALJUBURI,: Tali bohong itu amat pendek,jadi jangan lah berbohong.Makin banyak kamu bercakap, makin banyak bohong yang keluar.

    BalasPadam
  5. betul tu..najis altantuya dan org2 yang sewaktu dengannya tak payah lah bagi komen banyak2.lagi banyak yang keluar dari mulut korang lagi meluat rayat dengar.bertambah2 benci rakyat kpd korang..diam je la..rakyat pun tak sakit hati.kalau komen tu betul tak apa.ini merapu,meraban macam orang nyanyuk.apa hallll..

    BalasPadam
  6. Hanya yang kata sex dengan wanita warga cina sebagai sedekah sahaja yang sesuai lompat masuk umno, dia sendiri yang mengaku, bukan aku fitnah. DSAI dah sah kena fitnah, sebab tu dia keluar dari umno.

    memang jahat umno ni

    BalasPadam
  7. ADAKAH BANYAK ORANG UMNO YANG BERPENGA BEROH IKUT SAMA KELUAR UMNO BILA NUAR KELUAR UMNO ,MACAM MAHATHIRLAH ADA ORANG UMNO IKUT KELUAR SAMA ,ORANG YANG KELUAR UMNO ORANG TULAH,MATHIR TULAH KERANA TERLAMPAU MEMBEBEL HENTAM PARTI SENDIRI.NUAR DAN MAHATHIR ORANG YANG MEMECAHLAH KAN MELAYU,,, DAN DUA2 PUN BUKANKETERUNAN MELAYU TAPI MELAYU YANG DI PERBODOH OLEH MEREKA BERDUA

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.