script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Najib Seru UMNO Sediakan Hujah Dan Fakta Betul Bagi Menangkis Fitnah Pembangkang, Tetapi Menikus Bila Di Suruh Saman Fitnah Itu !!

SHAH ALAM [5.15 pm] - UMNO perlu bertindak dengan menyediakan hujah dengan fakta yang betul bagi menangkis tohmahan serta fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang, kata Presiden UMNO yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Najib Razak (foto). Fitnah atau “spinning" yang dilakukan oleh pembangkang seolah-olah meletakkan Umno tidak berada di pihak yang betul atau dalam keadaan terlalu mempertahankan diri berhubung apa yang dilemparkan terhadap parti, kata Perdana Menteri dalam sidang media di sini, hari ini. Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Selangor yang pertama selepas beliau mengambil alih jawatan itu yang sebelum ini dipegang oleh Tan Sri Muhammad Muhamad Taib. "Jadi dengan langkah-langkah baru yang akan kita ambil ini, kita akan lebih bersedia untuk menghadapi serangan daripada parti pembangkang," kata Najib. Dalam pendekatan baru UMNO Selangor pada kali ini, beliau berkata, pendekatan yang lebih mesra rakyat diutamakan dalam segala perkara yang dilakukan dan beliau sudah menggariskan apa yang perlu dilakukan itu nanti.

[Sebenarnya UMNO Selangor kini agak tertekan dan kecewa bila Najib mengambi alih jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri itu baru-baru ini. Bagi mereka,
Mat Taib atai Khir Toyo lebih layak lagi untuk menjawat jawatan tersebut. Makanya rakyat harus sedar, yang Najib senantiasa menjadikan perkataan "fitnah" sebagai senajata untuk menidakkan segala yang diperkatakan oleh rakyat. Misalnya dalam kes Altantunya, Helikopter Eurocopter, Jet Shukoi, Kapal Selam Scorpene dan terbaru kemelut politik di Perak, itupun mahu dikatakan fitnah oleh beliau. Sedangkan sudah terang lagi bersuluh, ada bukti-bukti yang kukuh tentang penglibatan beliau dengan semua kes itu. Cuma masalahnya bila ada laporan polis dibuat, pihak polis bukan sahaja tidak mahu menyiasat malah terus membuat kenyataan bahawa Najib tidak bersalah seperti dalam kes Altantunya. Najib pula seperti biasa mengatakan semua itu fitnah semata-mata. Jika beginilah caranya, maka amat mudahlah untuk kita lari dari kenyataan. Kira buat salah, orang nampak ada bukti tapi kita kata itu semua fitnah. Apakah mahkamah sudah tidak berfungsi lagi agaknya?. Najib sendiri tidak berani menyaman pihak-pihak yang dikatakan menfitnahnya itu. Bukankah ini bukti jelas bahawa semuanya adalah berlandaskan kebenaran tetapi telah dimanipulasi oleh mereka untuk lari dari kenyataan dan hakikat yang sebenar-benarnya].
Share:

8 ulasan:

  1. Salam.

    Najib cerdik orangnya.
    Dia tak perlu jawab.

    Jangan buat tohmah.
    Satu hari dia ambil tindakan undang2.

    Contoh cerdik Najib.

    Dulu DSAI war2 nak tubuh kerajaan kerana "katak".
    Najib diam.
    Diam2 ada "katak" Perak melompat.
    Najib tubuh kerajaan.

    Yang cerdik tetap cerdik.'
    Tak payah war2.
    Kena belajar dengan Najib.

    BalasPadam
  2. nama pun fitnah, buat apa nak layan. kalau pembangkang tak bangang pergilah fail di mahkamah buat tuduhan dan letak nama najib sebagai tertuduh melakukan semua yang dia sebut sebagai fitnah. jangan cakap dalam parlimen dan buat lawak semasa ceramah je. mengata orang memang sedap sebab tak payah bayor. jangan ingat semua orang bodoh sebab kita bodoh.

    BalasPadam
  3. nama pun fitnah, buat apa nak layan. kalau pembangkang tak bangang pergilah fail di mahkamah buat tuduhan dan letak nama najib sebagai tertuduh melakukan semua yang dia sebut sebagai fitnah. jangan cakap dalam parlimen dan buat lawak semasa ceramah je. mengata orang memang sedap sebab tak payah bayor. jangan ingat semua orang bodoh sebab kita bodoh.

    BalasPadam
  4. Apabila Datuk Seri Mohd. Najib Razak mengambil alih jawatan pengerusi perhubungan UMNO selangor maka kita nasihatkan Menteri Besar Selangor dan ahli exconya wajib berhati-hati setiap gerak dan tindakan UMNO-BN diseluruh negeri Selangor.

    Kita amat percaya Mohd. Najib adalah pembawa masaalah dan dia akan wujudkan masaalah dalam negeri selangor pula sebagaimana terjadi di negeri Perak.

    Kita berharap semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat Negeri Selangor mesti bersiap sedia dari saat ini bagi menentang Mohd. Najib dengan kuncu-kuncunya dalam apa jua gelanggang.

    Mereka akan menggunakan polis, SPRM dan mahkamah untuk membuli rakyat yang tidak bersenjata.

    BalasPadam
  5. Nama lagi PM..buat apa nak layan tuduhan-tuduhan bodoh tu...kalu nak layan itu semua nampak gaya awal-awal lagi dah tersungkur..tak reti-reti lagi main politik ...

    BalasPadam
  6. Najib tak cerdik... tapi bijak menggunakan kecerdikan orang lain untuk kepentingan parti. Banyak ilmuan yang diketepikan cuma idea mereka aje yang di guna. Pastu ilmuan di tolak tepi. Yang tinggal hanya ilmuan 1234 suku media umnobn.

    BalasPadam
  7. AMNO PENGECUT BACUL!!!

    BalasPadam
  8. Najib memang terbutkti cerdik. Tak pernah dalam sejarah perdana menteri seluruh dunia nie, ada seorang perdana menteri yang teramat cerdik. Cerdik memperkotak katikkan rakyat, cerdik memperkudakan penjawat awam untuk kepentingan politiknya, pendek kata memang cerdiklah Tok Jib PM kita.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.